Saturday, June 12, 2010

Keutamaan Keluarga Rasulullah Saw. - BAB I

BAB I
SIAPAKAH YANG DISEBUT "AHLUL-BAIT"?

Istilah "Ahlul-Bait" berasal dari firman Allah s.w.t. sebagaimana termaktub di dalam Al-Qur'anul-Karim Surah Al-Ahzab: 33 yang berbunyi:

("Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kalian, ahlul-bait, dan mensucikan kalian sesuci-sucinya")

Dalam ertikata biasa "ahlul-bait" bermakna "keluarga" atau "anggota rumahtangga". Akan tetapi dalam kaitannya dengan makna ayat tersebut, para tafsir berbeza pendapat. Muhammad Jawad Maghniyyah dalam kitabnya yang berjudul 'Al-Husain Wal-Qur'an' halaman 18-19 menerangkan, bahawa menurut riwayat 'Ikrimah dan Az-Zayyad ayat tersebut ditujukan khusus kepada para isteri Rasulullah s.a.w., kerana penafsiran ayat tersebut dikaitkan dengan ayat sebelumnya, iaitu yang berkenaan dengan para isteri beliau s.a.w. Akan tetapi sebahagian besar para ahli tafsir berpegang pada riwayat Abu Sa'id Al-Khudhariy yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan: "Ayat itu turun untuk lima orang, iaitu aku sendiri, ''Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husein". Berdasarkan penegasan beliau itu maka yang dimaksudkan dengan istilah "ahlul-bait" bukan lain adalah lima anggota keluarga Rasulullah s.a.w.

At-Tirmudziy mengetengahkan sebuah Hadits yang dibenarkan oleh Jarir, Ibnul-Mundzir, Al-Hakim, Ibnu Mardawih dan Al-Baihaqiy, iaitu sebuah Hadits yang berasal dari isteri Rasulullah s.a.w., Ummu Salamah. Ummu Salamah r.a mengatakan: "Di rumahku turun ayat 'innamaa yuridullahu…' (yakni ayat 33 Surah al-Ahzab tersebut di atas) dan ketika itu di rumahku terdapat Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein. Rasulullah s.a.w. kemudian menutupi mereka dengan kain yang dipakainya sambil berkata: Mereka inilah ahli-baitku. Allah telah menghapuskan noda dan kotoran dari mereka dan telah mensucikan mereka". Hadits ini terkenal dengan 'Haditsul-Kisa'.

Kedudukan khusus para anggota Ahlu-bait itu diperkukuh oleh kesaksian Ibnu 'Abbas r.a yang mengatakan: "Aku menyaksikan sendiri selama sembilan bulan Rasulullah s.a.w. secara terus-menerus menghampiri tempat kediaman 'Ali bin Abi Thalib setiap beliau hendak bersembahyang di masjid. Beliau selalu mengatakan: Assalaamu alaikum warahmatullahi wabaarakaatuh. Sungguhlah Allah hendak menghapuskan noda dari para ahlul-bait dan benar-benar hendak mensucikan kalian. Marilah bersembahyang, semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian". Tidak diragukan lagi ucapan Rasulullah s.a.w. itu ditujukan kepada 'Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah Az-Zahra dan kepada dua orang cucu beliau s.a.w., iaitu al-Hasan dan al-Husein – radhiyallahu 'anhuma.

Kesaksian Ibnu 'Abbas r.a itu diperkuat oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Mardawih berdasarkan kasaksian Abdul-Hamra yang mengatakan sebagai berikut: "Selama delapan bulan di Madinah aku menyaksikan, tiap kali Rasulullah s.a.w. keluar hendak menunaikan shalat di masjid, beliau berpegang pada pintunya beliau s.a.w. berucap: Marilah bersembahyang, sungguhlah bahwa Allah hendak menghapuskan kotoran dari kalian, hai ahlul-bait, dan Dia benar-benar hendak mensucikan kalian".

Sebuah Hadits yang berasal dari Abu Hurairah r.a diriwayatkan oleh Al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Ad-Dailamiy; bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Yang terbaik di antara kalian ialah yang terbaik perlakuannya terhadap ahlulbaitku setelah aku kembali ke haribaan Allah"

Demikian juga At-Thabraniy dalam kitabnya yang berjudul 'Al-kabir' dan Ibnu Hajar dalam kitabnya 'Ash-Shawa'iqul-Muhriqah'; kedua-duanya meriwayatkan sebuah Hadits berasal dari Abu Sa'id Al-Khudhariy r.a yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

"Sesungguhnya bahawa bagi Allah ada tiga hurumat, yakni tiga perkara yang tidak boleh dilanggar. Barangsiapa menjaga baik-baik tiga perkara tersebut, nescaya Allah akan menjaga urusan agamanya (akhiratnya) dan urusan dunianya. Barangsiapa yang tidak menjaga baik-baik tiga perkara tersebut maka tidak ada suatu pun baginya yang mendapat perlindungan Allah. Tiga hurumat itu ialah: Hurumatul Islam (yakni kewajipan terhadap Islam), hurumatku (yakni kewajipan terhadap Rasulullah s.a.w.) dan hurumat rahimku (yakni kewajipan terhadap ahlulbait atau keluarga Beliau s.a.w.)".

Imam Muslim di dalam 'Shahih'-nya Bab 'Fadha'il Ahlul-Bait, mengatakan, bahawa ayat 33 Surah Al-Ahzab ditujukan kepada Muhammad Rasulullah s.a.w., 'Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah dan dua orang puteranya, iaitu al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu 'anhum. Demikian pula yang dikatakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Penegasan seperti itu dapat kita temukan juga dalam berbagai kitab, antara lain: 'Mustadrakus-Shahihain', 'Sunah At-Tirmudziy', 'Tafsir At-Thabraniy', 'Khasha'ish an-Nasa'iy', 'Tarikh Baghdad', 'Al-Isti'ab', Ar-Riyadh an-Nadhrah', 'Musnad Abi Dawud', 'Asad Al-Ghabah' dan lain-lain.

Penulis Tafsir 'Al-Manar', Syeikh Muhammad Abduh, dalam menafsirkan ayat 84 Surah Al-An'am, antara lain mengatakan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Semua anak Adam bernasab kepada orang tua lelaki (ayah mereka), kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka".

Dari Hadits tersebut jelaslah, bahawa putera-puteri Siti Fatimah r.a semuanya adalah anggota-anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w. Hal itu lebih ditegaskan lagi oleh sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhariy dalam kitab 'Al-Ahkam', dan oleh Imam Muslim dalam kitab 'Al-Imarah'. Iaitu hadits-hadits yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. sambil menunjuk kepada dua orang cucunya, al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu 'anhuma, menyatakan:

"Dua orang puteraku ini adalah Imam-Imam, baik di saat mereka sedang duduk atau pun sedang berdiri".

Dengan keterangan-keterangan tersebut di atas semuanya, kiranya jelaslah sudah, bahawa yang dimaksud dengan istilah 'ahlulbait' dalam ayat 33 surah al-Ahzab ialah anggota-anggota keluarga Rasulullah s.a.w. Mereka itu adalah: Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a, isteri beliau Siti Fatimah r.a puteri bongsu Rasulullah s.a.w., al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu 'anhuma. Penafsiran dan definisi (ta'rif) tersebut sepenuhnya didasarkan pada ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. sendiri, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hadits-Hadits shahih. Dengan perkataan lain yang lebih tegas ialah: Rasulullah s.a.w. sendirilah yang menafsirkan ayat 33 Surah Al-Ahzab. Sedangkan beliau s.a.w. adalah seorang Nabi dan Rasul yang oleh Allah s.w.t. nyatakan dalam Al-Qur'anul-Karim:

"Sahabat kalian (yakni Muhammad Rasulullah s.a.w.) tidak sesat dan tidak keliru. Ia tidak mengucapkan sesuatu menurut hawa nafsunya. Apa yang diucapkan adalah wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya" [An-Najm: 2-4]

Berbagai penafsiran para ulama mengenai ayat 33 Surah al-Ahzab

Imam Abu Ja'far bin Jarir At-Thabariy dalam kitab 'Tafsir'-nya mengatakan, bahawa firman Allah tersebut bermakna: Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan keburukan (as-suu) dan kemaksiatan (al-fahsya) dari kalian, hai ahlulbait Muhammad, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya dari noda dan kotoran yang dapat ditimbulkan oleh perbuatan maksiat terhadap Allah s.w.t. At-Thabariy juga mengetengahkan sebuah keterangan yang diperoleh dari Abu Zaid, bahawa kata 'ar-rijsa' (noda atau kotoron) dalam ayat tersebut bermakna 'syaitan'.

Dengan isnad Sa'id bin Qatadah, At-Thabariy mengatakan juga bahawa kata 'ahlulbait' dalam ayat tersebut bererti 'ahlulbait yang oleh Allah s.w.t. telah disucikan dari setiap keburukan dan kepada mereka telah dilimpahkan rahmat khusus'.

Ibnu Athiyyah mengatakan bahawa 'ari-rijsa' adalah sebutan yang mengandungi pengertian 'dosa' atau 'seksa', dan semua barang najis serta semua bentuk kekurangan. Semuanya itulah yang telah dihapuskan Allah dari para Ahlul-bait.

Imam Nawawiy mengatakan, ada sementara ulama yang mengertikan kata 'ari-rijsa' dengan 'asy-syak' (keraguan); ada yang mengertikan dengan 'adzab' (seksa) dan ada pula yang mengertikannya dengan 'itsm' (dosa).

Sebaigamana telah kami katakan, para ahli tafsir berbeza pendapat, mengenai makna kata 'ahlulbait'. Sekelompok dari mereka, termasuk Abu Sa'id Al-Khudhariy dan sebahagian kaum Tabi'in (generasi ulama sesudah kaum Salaf) seperti Mujahid, Qatadah dan lain-lain, memberi penafsiran seperti yang dikutip oleh Imam Al-Baghawiy, Ibnul-Khazim dan para ulama tafsir yang lain. Menurut mereka, yang dimaksud 'ahlulbait' ialah 'ahlul-Aba' atau 'ahlul-kisa', iaitu terditi dari Imam 'Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah binti Muhammad Rasulullah s.a.w., al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu anhum.

Kelompok ulama yang lain, seperti 'Ikrimah dan lain-lain, menafsirkan kata 'ahlulbait' dalam ayat tersebut dengan 'para isteri Rasulullah s.a.w.'. Para ulama tafsir dari kelompok ini berpegang pada makna semua ayat dalam Surah Al-Ahzab yang berkenaan dengan para isteri Rasulullah s.a.w. iaitu mulai dari ayat 28 hingga akhir atay 34. Mereka mengatakan, bahawa semua ayat tersebut berkaitan dengan para isteri Nabi s.a.w., jadi bagaimana mungkin di tengah-tengahnya terselip persoalan ini? Akan tetapi penafsiran mereka itu disanggah oleh para ulama tafsir yang lain, iaitu yang mengertikan 'ahlulbait' dengan 'ahlul-aba', berdasarkan dalil-dalil naqliy.

Mengenai Hadits Al-Kisa, di samping riwayat yang berasal dari Ummu Salamah r.a sebagaimana telah kami kemukakan, terdapat versi lain yang juga dapat dipercayai kebenarannya, iaitu: Bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang bersama-sama 'Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum. Beliau s.a.w. menggandeng dua orang cucunya (yakni Al-Hasan dan Al-Husein) hingga masuk ke dalam rumah. Imam 'Ali dan Siti Fatimah kemudian diminta duduk di hadapan beliau s.a.w., sedangkan Al-Hasan dan Al-Husein kedua-duanya dipangku oleh beliau. Setelah itu beliau merentang sehelai kisa (kain sejenis pakaian) di atas mereka sambil membaca ayat 33 surah al-Ahzab.

Sumber riwayat lain mengatakan, ketika itu Rasulullah s.a.w. tidak membaca ayat tersebut, melainkan berdoa:

"Ya Allah, mereka ini adalah ahlulbaitku. Kerana itu hilangkanlah noda kotoron (ar-rijsa) dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya".

Dalam hubungannya dengan Hadits ini diriwayatkan pula bahawa saat itu Ummu Salamah r.a berusaha masuk ke bawah kain yang direntangkan Rasulullah s.a.w. itu, tetapi baru saja ia mengangkat sedikit kain itu segera ditarik oleh beliau s.a.w. dari tangannya. Ummu Salamah berkata: "Ya Rasulullah, aku bersama kalian". Beliau menyahut: "Engkau seorang isteri Nabi, berada dalam kebajikan".

Masih banyak lagi riwayat mengenai hal itu, semuanya dapat dipercaya kebenarannya dan dipandang sebagai Hadtih-Hadits hasan (baik) oleh para ulama Hadits.

Mengenai nas Hadits yang berasal dari Rasulullah s.a.w. sendiri, iaitu pernyataan beliau yang menegaskan bahawa ahlulbait terdiri dari lima orang – sebagaimana yang telah kami kemukakan – para ahli tafsir yang berpegang pada Hadits tersebut mengatakan: Kalau yang dimaksud 'ahlulbait' itu 'para isteri Nabi s.a.w.', tentu dalam ayat tersebut Allah s.w.t. tidak menggunakan dhamir (kata ganti-nama) 'kum' (kalian lelaki), melainkan menggunakan dhamir 'kunna' (kalian perempuan).

Para ahli tafsir yang mengertikan 'ahlul-bait' dengan 'para' isteri Nabi s.a.w.' menjawab: Digunakannya kata ganti nama (dhamir) 'kum' kerana menunjuk kepada kata 'ahlu'. Sebab, menurut tatabahasa Arab, kata 'ahlu' adalah mudzakkar (menunjukkan lelaki), bukan muannats (menunjukkan perempuan). Kerana Allah s.w.t. menyebut para ahlul-bait dengan kata ganti nama 'kum', bukan 'kunna'.

Akan tetapi jumhurul ulama (para alim ulama pada umumnya) berpendapat, bahawa yang dimaksud dengan kata 'ahlul-bait' dalam ayat 33 Surah Al-Ahzab ialah dua pihak sekaligus, yakni: Lima orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dan para isteri beliau s.a.w. Mereka mengatakan, bahawa pengertian 'ahlul-bait' yang mencakup kedua belah pihak itu lebih sesuai dengan semua dalil yang ada.

Mengenai hal itu Al-Muqriziy mengatakan, bahawa di antara dalil-dalil yang digunakan oleh jumhurul-ulama ialah dhamir 'kum'. Kalau yang dimaksudkan ayat itu hanya khusus perempuan pasti digunakan dhamir 'kunna'.

Sehubungan dengan itu Ibnu 'Athiyyah mengatakan, 'menurut pendapat saya, para isteri Nabi s.a.w. tidak berada di luar pengertian 'ahlul-bait' mesti beerti semua anggota keluarga, iaitu para isteri Rasulullah s.a.w., puteri beliau, anak-anak lelaki puteri beliau dan suami puteri beliau'.

An-Nasfiy mengatakan, bahawa firman Allah yang menggunakan kata ganti nama (dhamir) 'kum' mengandungi petunjuk bahawa dalam pengertian 'ahlul-bait' termasuk para isteri Rasulullah s.a.w. . Sebab, dhamir 'kum' berlaku bagi lelaki dan perempuan bersama-sama.

Demikian juga pendapat Zamakhsyariy, Al-Baidhawiy dan Abu As-Sa'ud. Imam Al-Baghawiy dalam kitabnya yang berjudul 'Ma'aalimut-Tanzil' sependapat dengan Zamakhsyariy, bahkan ia mengetengahkan sebuah riwayat Hadits yang olehnya disebut berasal dari Ummu Salamah r.a yang pada waktu terjadinya 'Haditssul-Kisa' ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasullullah, bukanlah aku dari mereka juga"? Beliau menjawap: "Ya, benar"!

Fakrur-Raziy mengenai persoalan itu mengatakan: bahawa Allah s.w.t. menggunakan dhamir 'kum' agar tercakup semua anggota keluarga Rasulullah s.a.w., baik yang lelaki mahupun yang perempuan'. Ia menambah: "Dikalangan para ahli tafsir memang terjadi perbezaan pendapat mengenai makna 'ahlulbait'. Kerana itu lebih baik dikatakan, bahawa mereka itu terdiri dari para isteri beliau s.a.w., puteri beliau bersama suaminya, dan dua orang cucu beliau, Al-Hasan dan Al-Husein. 'Ali bin Abi Thalib termasuk dalam pengertian 'ahlulbait' kerana ia menjadi suami puteri Rasulullah s.a.w. dan selalu bersama beliau". Demikian Fakrur-Raziy.

Ibnu Jarir dalam kitab Tafsirnya mengetengahkan 15 buah riwayat Hadits dengan isnad yang berbeza-beza. Iaitu riwayat-riwayat Hadits yang menerangkan bahawa yang dimaksud 'ahlul-bait' dalam ayat 3 Surah Al-Ahzab ialah Rasulullah s.a.w. 'Ali bin Abi Thalib r.a, Siti Fatimah r.a, Al-Hassan dan Al-Husein radhiyallahu 'anhuma. Setelah mengemukakan 15 buah riwayat Hadits tersebut, barulah Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah Hadits lain yang menerangkan, bahawa yang dimaksud 'ahlulu-bait' adalah para isteri Rasulullah s. a.w.

Dalam kitab tafsir 'Ad-Durr Al-Mantsur' dapat kita temukan huraian Imam Jalaluddin As-Sayuthiy mengenai soal pergertian 'ahlul-bait'. Ia mengetengahkan tiga buah riwayat Hadits yang semuanya menerangkan bahawa para isteri Rasulullah s.a.w. termasuk dalam pengertian 'ahlul-bait'. Di samping itu Imam As-Sayuthiy juga mengetengahkan dua puluh buah riwayat Hadits yang berasal dari berbagai sumber, dan semuanya menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w., puteri beliau (Siti Fatimah r.a), menantu beliau (Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a) dan dua orang puteranya (Al-Hasan dan Al-Husein r.a), semuanya termasuk dalam pengertian 'ahlul-bait'. Di antara dua puluh riwayat Hadits itu terdapat yang dikemukakan oleh Ibnu Jarir, Ibnul-Mundzir, Ibnu Abi Hatim, Thabraniy dan Ibnu Mardawih, yang kesemuanya berasal dari Ummu Salamah r.a, termasuk Hadits Al-Kisa.

Al-Wahidiy dalam kitabnya, 'Asbabun-Nuzul' mengetengahkan dua buah riwayat Hadits yang berlainan. Akan tetapi dalam uraiannya ia menyebut sebuah Hadits yang dikatakannya berasal dari Athiyyah dan Abu Sa'id, iaitu yang menerangkan bahawa makna 'ahlulbait' dalam ayat 33 surah Al-Ahzab adalah lima orang: Rasulullah s.a.w., Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a, Siti Fatimah Az-Zahra r.a, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu 'anhuma. Lebih jauh Al-Wahidiy mengemukakan pernyataan Atha bin Abi Rabbah yang mengatakan: "Hadits tersebut disampaikan kepadaku oleh orang yang mendengar langsung dari Ummu Salamah". Al-wahidiy mengatakan juga bahawa Hadits yang dikemukakannya itu terdapat di dalam kitab 'Ad-Durr Al-Mantsur'. Setelah itu ia menyebut dua buah Hadits lainnya lagi yang menerangkan, bahawa ayat 33 surah Al-Ahzab tertuju kepada para ibu suci isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Berdasarkan riwayat-riwayat Hadits yang dihimpunnya itu Imam Al-Wahidiy akhirnya menyimpulkan dalam 'Tafsir'-nya, bahawa ayat 33 surah Al-Ahzab mencakup dua pihak. Iaitu 5 orang seperti tersebut di atas tadi, dan para ibu suci isteri-isteri Rasulullah s.a.w.

An-Nisaburiy dalam 'Tafsir'-nya menyatakan pendapat yang sama dengan pendapat Al-Wahidiy. Semua riwayat Hadits yang berkenaan dengan persoalan itu dikemukakan olehnya, termasuk Hadits Al-Kisa. Selanjutnya ia mengetengahkan pendapat Muqatil yang menegaskan sebagai berikut: "Para isteri Rasulullah s.a.w. termasuk dalam pengertian ayat 33 surah Al-Ahzab, sebab jika dhamir lelaki itulah disatukan dengan dhamir perempuan maka dhamir lelaki itulah yang mengalahkan dhamir perempuan. Kerana itu Allah s.w.t. dalam firman-Nya menggunakan dhamir 'kum', bukan 'kunna'.

Al-Muqriziy mengatakan sebagai berikut: "Menurut lahirnya, ayat tersebut berlaku umum bagi semua anggota ahlulbait yang terdiri dari para isteri Rasulullah s.a.w. dan orang-orang selain mereka". Setelah menjelaskan kedudukan dhamir 'kum' sebagaimana yang dikatakan oleh An-Nisaburiy, lebih lanjut ia berkata: "Dengan demikian jelaslah, bahawa ayat tersebut menetapkan para isteri Rasulullah s.a.w. termasuk dalam pengertian 'ahlulbait'. Hal itu sesuai dengan urutan dan rangkaian kalimat selengkapnya ayat 33 surah Al-Ahzab".

Ibnu Hajar dalam kitabnya, 'Ash-Shawa'iqul-Muhriqah', mengatakan: "Yang dimaksud dengan kata 'bait' (rumah atau keluarga) dalam ayat itu ialah rumah kediaman Rasulullah s.a.w. dan para penghuninya. Kerana itu ayat tersebut mencakup para isteri Rasulullah s.a.w.

Ats-Tsa'labiy mengatakan: "Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksud 'ahlulbait' ialah orang-orang Bani Hasyim. Pengertian itu disasarkan pada ta'wil, bahawa yang dimaksud 'bait' (keluarga) ialah para orang tua silsilah Rasulullah s.a.w. Dengan demikian maka 'Abbas bin Abdul Mutthalib dan para paman Rasulullah s.a.w. lainnya beserta semua anak-anak mereka adalah anggota-anggota ahlulbait. Seperti itu jugalah yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam, sebagaimana tercantum di dalam Tafsir Al-Khzin…"

Ada suatu penafsiran kata 'ahlulbait' yang lebih bersifat umum. Iaitu sebagaimana yang dikemukakan oleh Imam Al-Khathib. Dalam tafsirnya ia mengatakan: "Banyak perbezaan pendapat mengenai erti 'ahlulbait', dan yang terbaik ialah yang dikatakan oleh Al-Buqai'iy, iaitu: Setiap orang yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. atau selau menyertai beliau, maka orang itu berhak dan patut disebut 'ahlulbait'. Demikian kata Al-Khathib.

Seorang arif dan tokoh sufi kenamaan, Syeikh Al-Akbar Sidi Muhyiddin bin Al-Arabiy, dalam bab ke-29 dari kitabnya yang berjudul 'Al-Futuhaatul-Makkiyyah' mengatakan antara lain sebagai berikut: "Kerana Rasulullah s.a.w. itu seorang hamba Allah s.w.t. telah disucikan sesuci-sucinya bersama para ahlulbaitnya, maka telah dihilangkan pula segala kotoran (rijsa) dari peribadi mereka. Yang dimaksud 'rijsa' (kotoron) ialah apa saja yang dapat membuat mereka buruk, sebagaimana yang lazim terdapat di dalam masyarakat Arab. Kerana itu, kepada 'ahlulbait' tidak dapat dimasukkan orang lain sebagai tambahan, kecuali yang benar-benar telah disucikan Allah. Sebab, hanya orang yang seperti mereka (ahlulbait) sajalah yang dapat dimasukkan ke dalam pengertian 'ahlulbait'. Mereka sendiri tidak memasukkan orang lain ke dalam lingkungannya selain orang yang oleh Rasulullah s.a.w. sendiri telah dipandang suci. Dalam hal itu Salman Al-Farisiy telah disebut oleh beliau s.a.w. ketika bersabda: "Salman adalah dari kami, ahlulbait"!

Tirmudziy berpendapat, bahawa yang dimaksud 'ahlulbait' dalam ayat 33 surah Al-Ahzab ialah para isteri Rasulullah s.a.w., tidak termasuk ahlul-'aba (ahlul-kisa). Tirmudziy mengatakan, bahawa dimasukkannya ahlul 'aba ke dalam pengertian 'ahlulbait' semata-mata atas dasar kehendak Rasulullah s.a.w. sendiri, setelah turun ayat 33 surah Al-Ahzab yang tertuju kepada para isteri Rasulullah s.a.w. Pendapat Tirmudziy yang demikian itu menimbulkan kesulitan lebih jauh lagi, kerana orang akan bertanya: "Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w. berkeinginan memasukkan sekelompok orang ke dalam pengertian ayat tersebut, sedangkan Allah s.w.t. tidak memasukkan mereka ke dalam firman-Nya"? Lepas dari pendapat Tirmudziy mengenai "keinginan Rasulullah s.a.w." itu, namun yang jelas ialah bahawa Imam Tirmudziy tidak menolak pengertian, bahawa yang dimaksud 'ahlulbait' ialah Rasulullah s.a.w., para isteri beliau, Siti Fatimah, Imam 'Ali bin Abi Thalib, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum.

Dari berbagai panafsiran para ulama yang kami utarakan di atas tadi, dapatlah kita simpulkan, bahawa mengenai makna kata 'ahlulbait' dalam ayat 33 surah Al-Ahzab terdapat lima penafsiran:

Pertama: Pada umumnya para ulama ahli tafsir berpendapat, bahawa makna 'ahlulbait' mencakup dua pihak, iaitu para ahlul 'aba (Rasulullah s.a.w., Siti Fatimah, 'Ali bin Abi Thalib, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum) dan para isteri Rasulullah s.a.w. – radhiyallahu anhum. Itulah penafsiran yang mu'tamad dan dapat dijadikan pegangan.

Kedua: Abu Sa'id Al-Khudhariy (seorang sahabat Nabi) dan sejumlah para ulama tafsir dari kaum Tabi'in, termasuk Mujahid dan Qatadah, berpendapat bahawa makna 'ahlulbait' terbatas pada para ahlul-'aba.

Ketiga: Ibnu 'Abbas (seorang sahabat Nabi) dan Ikrimah (dari kaum Tabi'in) berpendapat, bahawa yang dimaksud 'ahlulbait' ialah para ummahaatul-Mu'minin, yakni para ibu suci isteri-isteri Rasulullah s.a.w.

Keempat: Ibnu Hajar dan Tsa'labiy berpendapat, bahawa yang dimaksud 'ahlulbait' ialah orang-orang Bani Hasyim, kerana mereka mengertikan kata 'bait' dengan 'keluarga', yakni keluarga seketurunan. Dengan demikian maka 'Abbas bin Abdul Mutthalib (paman Nabi), saudara-saudaranya dan anak-anaknya; semuanya termasuk dalam pengertian 'ahlulbait'. Pengertian tersebut didasarkan pada riwayat yang berasal dari Zaid bin Arqam, dan tercantum di dalam 'Tafsir Al-Khazin'.

Kelima: Al-Khathib Asy-Syaibaniy sependapat dengan Al-Buqai'iy, bahawa menurut mereka, penafsiran yang terbaik mengenai kata 'ahlulbait' ialah: Setiap orang yang hidup bersama Rasulullah s.a.w., baik lelaki, perempuan, isteri, kerabat mahupun hambasahaya. Mereka itulah yang sangat dekat dengan Nabi s.a.w., memperoleh perhatian khusus dari beliau dan selalu menyertai beliau; kerana itu mereka lebih berhak dan lebih patut disebut 'ahlulbait'.

Sumber : K.H Abdullah bin Nuh (1986), Buku Keutamaan Keluarga Rasulullah Saw.

Keutamaan Keluarga Rasulullah Saw. - Syair Ahlul Bayt

BAHTERA KESELAMATAN

Ahlulbait Nubuwwah pengemban wasiat sepanjang zaman
Bahtera kehidupan dan bahtera keselamatan
Selagi bintang-bintang belum berguguran
Mereka tempat manusia menumpu harapan

Kesucian mereka terpatri kukuh dalam al-Qur'an
Diuraikan sabda Nabi di dalam Shahihan1
Tentera sebagai amanat dalam Hadith Tsaqalain2
Tiada kalimat meragukan orang beriman

Mereka bahtera penyelamat kemanusiaan
Dari taufan dan badai keduniaan
Mereka bintang-bintang pemandu jalan
Bagi setiap musafir ke alam kelanggengan

Betapa pun dahsyat gelombang kemunafikan
Hendak membenamkan mereka ke dasar lautan…
Betapa pun ganasnya muntahan lahar kedzaliman
Hendak menghanguskan mereka menjadi debu berserakan…

Dengan lindungan Ilahi mereka tegak tak terpunahkan
Dengan kebenaran Rasul-Nya mereka tangguh tak tergoyahkan
Dengan kecintaan ummatnya mereka tak tersingkirkan
Dengan kesucian darahnya mereka tak tercemarkan

Seandainya dahulu ada seribu Karbala dan Dzil Jausyan3
Bahtera ahlulbait tak akan karam dan bintang pun tak suram
Selagi Allah menghendaki kelestarian insan
Pengemban amanat kebenaran dan penentang kebatilan

Kemulian mereka titisan suci darah Rasulur-Rahman
Terpadu dengan kalam Ilahi di setiap dada beriman
Dalam Surah Al-Ahzab dan Aali Imran4
Hingga semua kembali ke Haud di Yaumil-Mizan5

Beruntunglah orang yang melaju dalam bahtera keselamatan
Mengikuti cahaya bintang di tengah samudra kehidupan
Celakalah orang yang enggan berlayar menyeberang laut
Memejamkan mata terhadap beribu bintang taburan

KEAGUNGAN AHLULBAIT RASULULLAH S.A.W.

Syair Farazdaq tentang 'Ali Zainul Abidin

Dialah yang dikenal jejak langkahnya
oleh butiran pasir yang dilaluinya
Rumah Allah Ka'bah pun mengenalinya
dan dataran tanah suci sekelilingnya.

Dialah putera insan termulia
dari hamba Allah seluruhnya
Dialah manusia hidup berhias takwa
kesuciannya ditentukan oleh fitrahnya

Apabila orang Quraishi melihatnya
berkatalah penyambung lidah mereka:
Pada keagungan peribadinya
berpuncak semua sifat yang mulia.

Bernasab setinggi bintang kejora
seanggun langit di cakerawala
tak tersaingi insan mana pun juga
baik Arab mahupun 'Ajam6 di jagat raya

Di saat ia menuju ke Ka'bah
bertawaf mencium Hajar jejak datuknya
Ruknul-Hatim7 enggan melepaskan tangannya
kerana mengenali betapa ia tinggi nilainya

Senantiasa menundukkan kepala
Kerana pemalu menjadi dasar fitrahnya
Orang terpaku kerana kewibawaannya
mengajaknya bicara hanya saat senyumnya

Itulah 'Ali buyut Rasul Allah
buyut pemimpin segenap ummat manusia
dengan agamanya manusia berbahagia keridhaan-Nya

Sinar hidayat memancar di antariksa
dari kecermelangan bulan purnama
penaka mentari terbit diufuk sana
membelah cuaca gelap gelita

Darah, daging dan tulang sumsumnya
berasal dari utusan Allah Yang Maha Esa
sungguh indah semua unsurnya
serba sempurna semua intinya

Jika anda belum mengenal dia
dia itulah putera Fatimah
puteri Nabi utusan Allah
penutup para Rasul dan Anbiya

Sejak azal Allah memuliakan martabatnya
tiada makhluk setara keagungannya
tersurat dalam ilmu Allah Pencipta
di Lauh Mahfudz dengan qalam-Nya

Pertanyaan anda "siapa dia"
Tidak merugikan keharuman namanya
Arab dan 'Ajam mengenal dia
walau anda hendak mengingkarinya

Uluran tangannya bak8 hujan merata
menyebar manfaat ke mana-mana
tangannya tak pernah kosong dan hampa
walaupun dermawan tiada tara

Lembut perangai dan perilakunya
bila marah tak dikhuwatirkan akibatnya
budi luhur dan kedermawanannya
dua hiasan hidupnya yang terutama

Tiap si miskin datang kepadanya
beban derita dipikul olehnya
Dengan wajah cerah ceria
baginya "ya" jawapan yang termesra

Bila berjanji tak kenal cedera
keberkahan menyertai kebajikannya
riang peramah dan lapang dada
sedetik pun hatinya tak pernah lengah

Tak pernah ia berucap "tidak"
Kecuali dalam ucapan syahadatnya9
kalau bukan kerana syahadatnya
"tidak"-nya berubah menjadi "ya"

Kebajikan meluas dan merata
seluas bumi dengan segala isinya
hapuslah semua duka derita
sirnalah semua ratap sengsara

Berasal dari keluarga mulia
mencintainya fardhu wajib dalam agama
membencinya kufur dalam agama
dekat padanya selamat dari merbahaya

Kalau dihitung semua orang bertakwa
merekalah barisan pemimpinnya
bila ditanya siapakah penghuni buni utama
tiada lain kecuali "mereka"-lah jawapnya

Kuda sembrani pun tak terdaya
Menjangkau ketinggian martabat mereka
tiada makhluk lain tolok bandingnya
betapa pun tinggi dan mulianya

Laksana hujan menyiram kemarau
mengikis paceklik menangkal bencana
ibarat singa…singa Syara10
terkenal tangkas dan amat perkasa

Kesukaran hidup bukanlah alasan mereka
untuk menahan uluran tangannya
keadaan mereka senantiasa sama
di saat "kaya" dan di waktu "sengsara"

Betapa berat cubaan dan derita
tersingkirkan oleh cinta kasihnya
dengan cinta kasih dan kebajikannya
nikmat Ilahi melimpah berlipat ganda

Sebutan mereka diucapkan setiap insan
setelah sebutan Allah Yang Maha Rahman
pada tiap awal wicara
dan pada tiap akhir untaian kata11

Kenistaan pantang menyentuh mereka
tiada kehinaan menjamah kehormatannya
keharumannya semerbak merata
dengan tangan mereka melawan durjana

tak ada manusia hina di mata mereka
tak seorang pun menjadi budaknya
tidak! Merekalah justeru pemimpinnya
dan yang pertama: Rasul pembawa nikmat-Nya

yang mengenal Allah pasti mengenal dia
yang mengenal dia mengenal keutamaannya
yang bersumber pada lingkungan keluarganya
tempat manusia bermandikan cahaya12

Sya'ir Farazdaq
Melukiskan kemuliaan anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w.:
'Ali Zainal Abidin bin Al-Husein bin 'Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhum.


1) Dua Hadith Shahih Bukhari dan Muslim.
2) Hadith Rasulullah s.a.w. yang mewasiatkan ummatnya supaya tetap berpegang teguh pada dua bekal, iaitu Kitabullah dan ahlulbait beliau.
3) Karbala = Tempat pasukan Bani Umayyah menyerang Al-Husein r.a
Dzil Jausyan = nama orang yang mencincang jenazahnya.
4) Surah Al-Ahzab: 33 dan Surah Aali Imran: 61
5) Haud = Syurga. Yaumil-Mizan = Hari Kiamat.
6) 'Ajam = Sebutan khusus bagi semua bangsa diluar bangsa Arab,atau semua yang tidak berbahasa Arab.
7) Ruknul-Hatim = Sudut Ka'bah, tempat Hajar Aswad diletakkan.
8) Bak = Laksana
9) Kata "tidak" dalam syahadat: "Tidak ada tuhan selain Allah"
10) Singa Syara = Jenis singa terkenal keberaniannya di daerah sekitar Al-Furat.
11) Yang dimaksud ialah doa, khutbah dan lain-lain selalu diawali dan diakhiri dengan ucapan shalawat kepada kepada Rasulullah s.a.w. dan kepada "aal" (keluarga)-nya
12) Agama Islam.

Keutamaan Keluarga Rasulullah Saw. - Pendahuluan

PENDAHULUAN

BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM

Alhamdulillah, puji syukur saya panjatkan ke hadrat Allah yang mewajibkan segenap kaum Muslimin menumpahkan kecintaan dan kasih sayang kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w. beserta semua ahlulbait dan keluarganya; sebagaimana telah difirmankan-Nya dalam al-Qur'anul-Karim.

("Katakanlah hai Muhammad, aku tidak meminta upah apa pun dari kalian atas seruanku selain kasih sayang di dalam kekeluargaan") [Asy-Syura: 23]

Asyhadu an laa ilaaha illallaah, saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dengan kesaksian itu semoga Allah s.w.t. berkenan memperdalam kecintaan saya dan lebih mendekatkan saya kepada-Nya…Wa asyhadu anna sayyidanna wa maulaanaa Muhammadan 'abduhu wa Rasulu; dan saya pun bersaksi bahawa junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, manusia termulia di seluruh jagat raya…

Ya Allah, limpahkanlah shalawat sebanyak-banyaknya dan salam sejahtera kepada Nabi dan Rasul yang mulia itu bersama seluruh ahlulbait dan para sahabatnya yang telah melaksanakan amanat Risalah dengan sempurna.

Ada dua sebab yang mendorong saya menulis buku kecil ini yang saya beri judul "KEUTAMAAN AHLULBAIT RASULULLAH S.A.W."

Pertama: Lebih kurang lima tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1400 H/1980 M, saya pernah menulis sebuah risalah kecil berjudul "Asyura" (10 Muharram), berisi uraian tentang ahlulbait Rasulullah s.a.w., khususnya riwayat singkat Imam al-Husein bin 'Ali bin Abi Thalib r.a. Di saat menulis risalah itu tidak terlintas dalam fikiran saya, bahawa ia akan memperoleh sambutan hangat dari kaum Muslimin. Bahkan banyak di antara mereka yang meminta kepada saya supaya menulis sebuah buku yang lebih lengkap dan jelas tentang kedudukan ahlulbait Rasulullah s.a.w. di dalam agama Islam.

Sesungguhnya saya merasa berat sekali memenuhi permintaan yang baik itu kerana saya bukan seorang penulis. Dalam waktu yang lama hal itu menjadi beban fikiran saya. Kemudian saya berniat hendak mencubanya sambil bertawakkal kepada Allah s.w.t., mohon hidayat dan taufik-Nya, agar niat saya itu dapat terlaksana. Dengan menekuni pembacaan kitab-kitab tentang ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan dengan bantuan beberapa orang sahabat, akhirnya saya memberanikan diri menulis buku ini. Betapa besar saya rasa syukur saya kepada Allah s.w.t. yang telah berkenan mengabulkan permohonan saya.

Dalam keadaan usia saya yang telah lanjut, saya hanya mengharapkan semoga usaha saya ini diridhai Allah dan Rasul-Nya serta dinilai sebagai amal kebajikan yang akan membuka pintu maghfirah, agar pada saat saya akan meninggalkan dunia yang fana ini dikurniai husunal-khatimah. Tidak lain hanya itulah yang saya idam-idamkan.

Kecuali itu masih ada satu soal yang ingin saya kemukakan untuk mencegah kemungkinan terjadinya salah faham yang sama sekali tidak saya inginkan. Dalam buku ini terdapat pembahasan tentang "Hadith Tsaqalain". Sehubungan dengan itu saya hendak menekankan dua hal: Pertama, saya sama sekali tidak mengingkari adanya Hadith yang diriwayatkan berasal dari ucapan Rasulullah s.a.w., bahawa beliau meninggalkan dua pegangan yang menjamin keselamatan ummatnya iaitu;

(Kitabullah dan Sunnahku)

Hadith tersebut adalah Hadith yang lain lagi, yakni bukan Hadith Tsaqalain, dan pada umumnya telah banyak diketahui oleh kaum muslimin. Lain halnya dengan Hadith Tsaqalain, sekalipun kebenarannya telah diterima bulat oleh berbagai mazhab Islam, namun belum banyak dikenal oleh kaum Muslimin. Kedua, dengan membahas Hadith Tsaqalain, buku ini sama sekali tidak bermaksud hendak membuka pendebatan atau polemik, saya hanya bermaksud menyampaikan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kaum Muslimin awam yang belum pernah mendengar atau mengenalnya. Dengan mengenal dan mengetahui siapa-siapa dan bagaimana sesungguhnya kedudukan ahlulbait Rasulullah s.a.w. itu, orang akan merasa mantap dalam mengucapkan shalawat bagi "sayyidina Muhammad dan bagi aal sayyidina Muhammad" dalam setiap shalat fardhu yang lima kali sehari semalam.

Tidak diragukan lagi bahawa aal Muhammad Rasulullah s.a.w. yang dalam zaman kita sekarang ini terkenal dengan sebutan kaum 'Alawiyyin, merupakan orang-orang yang memiliki fadhilah dzatiyyah (keutamaan dzat) yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mereka melalui hubungan darah dengan insan pilihan-Nya, Rasulullah s.a.w. Naif sekali anggapan yang menyamakan mereka dengan orang-orang dari keturunan lain, kerana anggapan demikian itu sama ertinya dengan menyamakan peribadi Rasulullah s.a.w. dengan peribadi lain. Anggapan seperti itu tidak sejalan dengan syari'at Islam, kerana Allah s.w.t. menegaskan dalam firmannya:

"Dan dia (Muhammad s.a.w.) tidak mengucapkan sesuatu menurut kemahuan hawa nafsunya, ucapannya bukan lain adalah wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya" [An-Najm: 3-4]

Fadhilah dzatiyyah yang mereka miliki bukan fadhilah yang dibuat-buat dan bukan berdasarkan fadhilah pengamalan baik mereka dan bukan pula atas keinginan mereka, melainkan telah menjadi qudrat dan kehendak Ilahi sejak azal. Kerana itu tidak ada alasan apa pun untuk merasa irihati terhadap keutamaan mereka. Soal inilah justeru yang dipertanyakan Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

"Ataukah mereka (orang-orang yang dengki) merasa irihati terhadap orang-orang yang telah diberi kurnia oleh Allah?" [An-Nisa: 54]

Fadhilah dzatiyyah yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada para keturunan Rasulullah s.a.w. sama sekali tidak lepas dari rasa tanggungjawap mereka yang lebih berat dan lebih besar daripada yang mesti dipikul orang lain. Mereka mesti selalu menyedari kedudukannya di tengah-tengah ummat Islam. Mereka wajib menjaga diri dari ucapan, perbuatan dan sikap yang dapat mencemarkan kemuliaan aal Muhammad Rasul Allah s.a.w., dan wajib pula menyedari tanggungjawapnya yang lebih besar atas citra Islam dan ummatnya. Dengan demikian maka kewajipan menghormati mereka yang dibebankan oleh syari'at kepada kaum Muslimin dapat diwujudkan dengan sebaik-baiknya. Tidak akan ada kesan bahawa para keturunan Rasulullah s.a.w. menonjol-nonjol diri menuntut penghormatan dari orang lain, dan kaum Muslimin pasti menempatkan mereka pada kedudukan sebagaimana yang telah menjadi ketentuan syari'at.

Dalam buku ini kami paparkan dengan jelas dan gambling kewajipan kaum Muslimin menghormati keturunan Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang difatwakan oleh para ulama puncak dan para Iman mujtahidin berdasarkan Kitabullah al-Qur'an dan Sunnah Rasul-Nya. Semoga Allah s.w.t. berkenan melimpahkan hidayat-Nya kepada kita semua agar tetap mencintai ahlulbait dan aal Muhammad s.a.w. demi kecintaan kita kepada Allah s.w.t. dan kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w. Maha Besar Allah yang telah berfirman:

"Sungguhlah bahawa engkau tidak akan dapat memberi hidayat kepada orang yang kau kasihi, tetapi Allah sajalah yang melimpahkan hidayat kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang hidup menurut hidayat-Nya" [Al-Qashash: 56]

Mudah-mudahan dengan inayah Rabil-'alamin penjelasan saya mengenai ahlulbait Rasulullah s.a.w. akan bermanfaat bagi kaum Muslimin. Semoga Allah s.w.t. dan Rasul-Nya berkenan menerima serta meridhai sekelumit kebajikan yang saya hibahkan kepada seluruh ahlulbait Rasul Allah s.a.w.

Wa maa taufiqi illa billah, 'alaihi tawakkaltu wa ilaihi unib.

Jakarta, 1986

K.H. 'Abdullah bin Nuh.

Sumber : K.H Abdullah bin Nuh (1986), Buku Keutamaan Keluarga Rasulullah Saw.

Keutamaan Keluarga Rasulullah Saw. - Kata Sambutan

KATA SAMBUTAN

Oleh:
H.M.H Alhamid Alhusaini

Bismillahhir-Rahmanir-Rahim,

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. yang telah mengutus Rasul-Nya membawa hidayat dan agama yang benar; dan telah memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk mengikuti wasiat Rasul yang tidak diucapkan menurut hawa nafsunya, melainkan menurut wahyu yang diturunkan kepadanya oleh Dzat Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Semoga Allah senantiasa melimpahkan shalawat dan salam sejahtera kepada junjungan kita, penghulu semua Nabi dan Rasul, Nabi Besar Muhammad s.a.w. beserta semua ahlulbait dan para sahabatnya.

Sesepuluh Majlis Ta'lim "Al-Ihya" Bogor, Kyai Haji Abdullah bin Nuh menyerahkan kepada saya sebuah naskah tentang keutamaan ahlulbait Rasulullah s.a.w. disertai permintaan agar saya turut menyumbangkan fikiran, menambah atau mengurangi beberapa persoalan yang dianggap perlu. Jika permintaan itu tidak dapat saya penuhi, beliau minta sekurang-kurangnya supaya saya bersedia menulis sepatah dua kata sambutan.

Saya fikir permintaan beliau itu tidak dapat ditujukan kepada saya, kerana betapa pun adanya kekurangan dan kelemahan yang ada pada peribadi saya, saya sendiri termasuk dalam keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Sukar sekali bagi saya untuk memenuhi permintaan beliau itu, tetapi lebih sukar lagi menolak permintaannya, mengingatkan demikian akrabnya hubungan persaudaraan antara kami berdua. Dengan perasaan seresah itu saya membuka-buka naskah yang ada di tangan saya dan saya baca halaman demi halaman. Tiba-tiba pada bahagian terakhir bab "Pembahasan Tentang Ayat Mawaddah" saya menemukan ungkapan Imam 'Ali bin Abi Talib r.a mengenai sifat-sifat para pengikut ahlulbait Rasulullah s.a.w. Beliau mengakhiri ungkapannya dengan mengatakan "…tidak berbuat kebajikan kerana riya dan tidak meninggalkan kebajikan kerana malu". Kalimat sesingkat itu sungguh menggugah fikiran dan perasaan saya untuk segera berlindung kepada Allah s.w.t. dari segala macam riya dalan berbuat kebajikan sebagaimana yang diminta oleh Buya K.H Abdullah bin Nuh. Dengan tetap berlindung kepada inayah Ilahi saya berusaha memenuhi permintaan beliau. Saya menyedari betapa besar jerih payah yang telah beliau curahkan untuk menulis sebuah naskah tentang keutamaan ahulbait disertai dengan dalil-dalil dan hujah yang berupa nas-nas Kitabullah al-Quran, Sunnah Rasul dan pandangan serta pendapat para Imam Mujtahidin dan para ulama.

Dengan penuh perhatian naskah tersebut saya telaah dan saya pelajari serta saya cocokkan dengan berbagai kitab tentang ahlulbait yang ada pada saya. Saya berpendapat, semua yang dikemukakan oleh Buya K.H Abdullah bin Nuh merupakan sumbangan yang berharga bagi kaum Muslimin Indonesia dalam Islam dan kewajipan-kewajipannya. Dari penelahaan seluruh naskah saya berkesimpulan, tidak ada sesuatu yang perlu ditambahkan atau dikurangi, kerana segala sesuatunya telah disusun demikian baik.

Memang benar apa yang dikatakan oleh K.H Abdullah bin Nuh, bahawa masih banyak di antara kaum Muslimin yang belum memahani sepenuhnya kedudukan aal Muhammad s.a.w. di dalam kehidupan agama Islam. Jelas, hal itu merupakan kekurangan yang perlu dipenuhi, agar mereka memiliki pengertian yang tepat sebagaimana dikehendaki oleh Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

Buku ini mengemukakan banyak Hadith Rasulullah s.a.w. yang berkenaan dengan ahlulbait beliau. Di antara Hadith-Hadith yang banyak itu ada yang secara langsung mudah difahami maknanya, ada yang memerlukan pemikiran dan penggaliannya lebih dulu dan ada pula yang sukar dicerna akal, tetapi mudah diresapi dengan hati yang beriman. Memang demikian itulah cirri khusus ajaran agama. Kerana itu pemahaman beberapa Hadith yang tercantum di dalam buku ini tidak hanya menuntut kemampuan berfikir, tetapi juga menuntut kearifan dan kesedaran batin yang berlandaskan iman sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dengan landasan iman semua ajaran sgama tidak sukar difahami, dan dengan iman pula akal tidak hanya berhenti pada alam kenyataan yang dapat dilihat dan diraba saja, tetapi akan terus-menerus mencari pengetahuan tentang soal-soal yang belum deketahui rahsia dan hikmahnya.

Mungkin ada orang yang berkata: Bukankah menganjur-ngajurkan kecintaan kepada ahlubait Rasulullah s.a.w. sejalan dengan ajaran mazhab Syi'ah? Pertanyaan seperti itu sebenarnya timbul dari kekurangan pengertian mengenai ajaran Islam selengkapnya. Yang menganjurkan, yang menyerukan, bahkan yang mewajibkan kecintaan kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. adalah beliau s.a.w. sendiri. Yang menetapkan kesucian ahlubait Rasulullah s.a.w. bukan mazhab dan bukan aliran, melainkan Allah s.w.t. melalui firmannya dalam al-Qur'anul-Karim. Yang meriwayatkan Hadith-Hadith Nabi tentang wasiat mengenai ahlulbaitnya bukan lain adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. Dan yang menyampaikan kepada ummat Islam sedunia adalah para Imam ahli Hadith dan para ulama puncak dari semua mazhab. Bahkan Imam Syafi'i r.a sendiri menetapkan keharusan mengucapkan shalawat bagi sayyidina Muhammad dan aal sayyidina Muhammad dalam doa tasyahhud akhir pada tiap sholat fardhu lima kali sehari semalam. Jadi, kalau mazhab Syi'ah mengajarkan kepada para pengikutnya supaya mencintai ahlulbait Rasulullah s.a.w. itu adalah kewajipan mereka, sebagaimana yang telah menjadi kewajipan seluruh kaum Muslimin tanpa memandang perbezaan mazhab yang dianutnya.

Menurut hemat saya, buku tentang ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang ditulis oleh K.H Abdullah bin Nuh ini cukup memberikan pokok-pokok pengertian tentang kewajipan kaum Muslimin mencintai Rasulullah s.a.w. dan ahlulbait beliau. Di sana-sini tampak adanya beberapa Hadith semakna yang terulang, tetapi mengingat kelainan sumber riwayat dan perawinya serta mengingat pula perbezaan konteks persoalan yang disajikannya, hal itu bukan merupakan kejanggalan, malah meringankan pembacanya. Sabda Rasulullah s.a.w. tersebut diulang di banyak tempat.

AkhirulKalam saya bersama seluruh warga 'Alawiyyin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga besarnya kepada Buya K.H Abdullah bin Nuh atas kebajikan yang dengan tulus ikhlas diberikan kepada semua keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. dan Rasul-Nya berkenan meredhai usaha mulia yang disumbangkan olrh beliau kepada umat Islam Indonesia. Amin.

Sebagai penutup dari kata sambutan ini, saya menyatakan amat prihatin mendengar berita-berita tentang peristiwa yang pernah terjadi di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Iaitu adanya sementara kaum muda dari golongan Alawiyyan yang tidak terpelajar dan tidak memperoleh pendidikan agama secara baik, menyalahgunakan salasilahnya sebagai keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. untuk memperoleh keuntungan tertentu. Mereka mendatangi para pencipta ahlulbait dan sambil "mempromosikan" asal-usul keturunannya lalu mereka minta ini dan itu, bahkan adakalanya tidak segan-segan menggunakan cara-cara yang bersifat menekan. Perbuatan seperti itu tentu saja tidak sesuai dengan kedudukan mereka sebagai keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Namun syukurlah, di antara para pencinta ahlulbait banyak yang tidak menghiraukan mereka dan menolak dengan cara yang tidak menusuk perasaan. Kejadian tersebut di atas sungguh merupakan "musibah" yang mencemarkan martabat kaum Alawiyyan, merosak kehormatan dan kemuliaan Rasulullah s.a.w. serta mendiskreditkan nama baik agama Islam. Sebagai manusia biasa, bukan manusia maksum, mereka memang tidak terhindar dari kemungkinan berbuat kesalahan atau kekeliruan. Kerana itu mereka wajib diingatkan agar tidak berbuat hal-hal yang tidak sesuai dengan kehormatan ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang harus mereka pelihara sebaik-baiknya. Kendati perbuatan mereka itu tidak separah yang dilakukan oleh sementara oknum yang mengaku beragama Islam, tetapi bagaimanapun juga perbuatan mereka yang tidak patut itu dapat dihebohkan atau dibesar-besarkan oleh pihak-pihak yang tidak menyukai ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan tidak menyukai agama Islam. Bahkan perbuatan itu dapat ditiru oleh orang lain yang dengan mengaku-ngaku keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. bermaksud hendak mencari keuntungan. Adalah menjadi kewajipan segenap kaum Muslimin untuk menginsyafkan mereka yang telah berbuat salah dan mengembalikan mereka ke jalan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya.

Sehubungan dengan Fadhail Ahlulbait saya merasa perlu mengemukakan fatwa dari seorang ulama besar dan Mufti rasmi kerajaan Saudi Arabia dari kalangan mazhab al-Wahhabiyah, iaitu Allamah Almufti Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, yang dimuat dalam majalah "ALMADINAH", halaman 9, nombor 5692, tanggal 7 Muharram 1402 H/24 Oktober 1982 Masihi sebagai berikut:

Seorang saudara dari Iraq mengajukan pertanyaan, bahawa sementara orang di negeri itu terkenal sebagai golongan "Sayyid" atau sebagai anak cucu keturunan Rasulullah s.a.w. Akan tetapi menurut keyakinan saya, demikian kata Saudara tersebut, mereka memperlakukan orang lain dengan perlakuan yang tidak semestinya mereka lakukan. Saya sendiri tidak tahu, apakah keyakinan saya itu benar ataukah salah. Yang saya anggap penting iaitu bahawa mereka itu memungut wang dari orang lain sebagai imbasan atas tulisan dan doa-doa yang mereka berikan untuk orang sakit…dan lain sebagainya. Mereka juga menerima shadaqah baik berupa ternakan sembelihan mahupun wang dan lain-lain. Dengan perbuatan seperti itu mereka membangkitkan keraguan orang banyak…dan seterusnya.

Jawapan atas pertanyaan tersebut ialah:

"Orang-orang seperti mereka itu terdapat di berbagai tempat dan negeri. Mereka terkenal juga dengan gelaran "syarif". Sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang mengetahui, mereka itu berasal dari keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Di antara mereka itu ada yang salasilahnya berasal dari al-Hassan r.a dan ada pula yang berasal dari al-Husein r.a; ada yang dikenali dengan gelaran "sayyid" dan ada juga yang dikenali dengan gelaran "syarif". Itu merupakan kenyataan yang diketahui umum di Yaman dan di negeri-negeri lain.

"Mereka itu sesungguhnya wajib bertaqwa kepada Allah dan harus menjaga diri dari hal-hal yang diharamkan Allah bagi mereka. Semestinya mereka itu harus menjadi orang-orang yang paling menjauhi segala macam keburukan. Kemuliaan silsilah mereka wajib dihormati dan tidak boleh disalahgunakan oleh orang-orang yang bersangkutan. Jika mereka diberi sesuatu dari Baitul-Mal itu memang telah menjadi hak yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mereka. Pemberian halal lainnya yang bukan zakat, tidak ada salahnya kalau mereka itu mahu menerimanya. Akan tetapi kalau silsilah yang mulia itu disalahgunakan, lalu ia beranggapan bahawa orang yang mempunyai silsilah itu dapat mewajibkan orang lain supaya memberi ini dan itu, sungguh itu merupakan perbuatan yang tidak patut. Keturunan Rasulullah s.a.w. adalah keturunan yang termulia dan Bani Hasyim adalah yang paling afdhal di kalangan orang-orang Arab. Kerananya tidak patut kalau mereka melakukan sesuatu yang mencemarkan kemuliaan martabat mereka sendiri, baik berupa perbuatan, ucapan ataupun perilaku yang rendah.

"Adapun soal menghormati mereka, mengakui keutamaan mereka dan memberikan kepada mereka apa yang telah menjadi hak mereka, atau memberi maaf atas kesalahan mereka terhadap orang lain dan tidak mempersoalkan kekeliruan mereka yang tidak menyentuh soal agama, semuanya itu adalah kebajikan. Dalam sebuah Hadith Rasulullah s.a.w. berulang-ulang mewanti-wanti: "Kalian ku ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku…kalian ku ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku". Jadi, berbuat baik terhadap mereka, memaafkan kekeliruan mereka yang bersifat peribadi, menghargai mereka sesuai dengan darjatnya, dan membantu mereka pada saat-saat membutuhkan; semuanya itu merupakan perbuatan baik dan kebajikan kepada mereka…

Demikianlah fatwa al-mukarram Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz mengenai kedudukan para keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. di tengah masyarakat. Saya fikir kedudukan seperti itu perlu difahami oleh kaum Muslimin, terutama oleh para keturunan ahlulbait sendiri sebagai pihak yang paling berkewajipan menjaga kemuliaan martabat Rasulullah s.a.w. dan para ahlulbaitnya. Suatu kekeliruan atau kelengahan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan setajam disorot oleh masyarakat seperti kekeliruan atau kelengahan yang dilakukan oleh seorang dari keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ini wajar kerana mereka itu dipandang oleh masyarakat sekitarnya sebagai teladan dalam kehidupan sehari-hari.

Akhirul-kalam, saya bersama seluruh warga Alawiyyin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga besarnya kepada Buya K.H Abdullah bin Nuh atas amal kebajikan dengan tulus ikhlas diberikan kepada semua keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. dengan mencurahkan jerih payahnya untuk menulis buku ini. Semoga Allah dan Rasul-Nya berkenan meridhai usaha mulia yang beliau sumbangkan kepada umat Islam Indonesia, wa billahi attawfig wal hidayah, Amin.

Jakarta, 1986.

Sumber : K.H Abdullah bin Nuh (1986), Buku Keutamaan Keluarga Rasulullah Saw.

Habib Ali bin Ahmad Aidid


Habib Ali bin Ahmad Aidid (1900-1950) pernah menikah dengan Syarifah Lawiyah di Grogot, Kalimantan Timur. Waktu pertama masuk di Grogot, Habib Ali pernah dikeroyok sekitar 20 orang penduduk lokal karena mereka merasa tak senang dengan kehadiran Habib Ali. Para pengeroyok itu, menurut cerita pihak keluarga, lengkap bersenjata parang siap membinasakan Habib Ali. Tanpa diduga parang-parang itu berguguran di tanah. Para pengeroyok itu berteriak berulang kali meminta ampun kepada Habib Ali. "Apa salah saya sehingga saya kalian serang?" kata Habib Ali.

Di waktu kecil Habib Ali pernah ikut ayahnya Habib Ahmad bertamu kepada seorang keluarga Tionghoa di Jalan Sulawesi. Maksud kedatangan Habib Ahmad adalah ingin meminjam burung dalam sangkar peliharaan seorang Tionghoa itu. Masalahnya, beberapa waktu sebelumnya Habib Ali tertarik dengan burung dalam sangkar itu dan bermaksud memilikinya. Habib Ali tak berhenti menangis sebelum keinginannya terkabul.

Habib Ahmad pun menemui orang Tionghoa. Permintaan Habib Ahmad ditolak. Tak lama kemudian burung itu mati dan bangkainya dibuang di belakang rumah orang Tionghoa. Habib Ahmad kembali mengunjungi rumah orang Tionghoa untuk menanyakan soal burung. Orang Tionghoa melaporkan bahwa burung peliharaannya telah mati. "Di mana bangkainya?" ujar Habib Ahmad. Orang Tionghoa kemudian menunjukkan tempat ia membuang bangkai burung yang tak bernyawa lagi itu.

Habib Ahmad memungut burung itu itu dan meniupnya. Burung itu bergerak dan orang Tionghoa akhirnya mengizinkan Habib Ali memiliki burung itu.

Sumber : http://algembira.blogspot.com/2007/09/habib-ali-bin-ahmad-aidid.html

Thursday, May 20, 2010

Syarifah Fatma Binti Abdullah Aidid - Kramat Petogogan

Syarifah Fatma Binti Abdullah Aidid, KRAMAT PETOGOGAN
Sekitar tahun 1700 M atau 1100 H didaerah yang sekarang bernama Kebayoran Baru, hiduplah seorang tuan tanah yang Bernama Saimun. Dia mempunyai seorang putri yang bernama Sakinah. Pada suatu waktu Saimun jatuh sakit dan dia telah berupaya dengan berbagai cara untuk mengobati penyakitnya. Kemudian dia membuat nazar akan menikahkan putrinya kepada orang yang dapat mengobati penyakitnya.
Adalah seorang laki-laki yang datang dari negeri Hadromaut, Yaman yang merantau ke negeri Indonesia khususnya Jakarta untuk menyebarkan Agama Islam kepada penduduknya, Beliau bernama Habib Abdullah bin Muhammad Aidid yang merupakan masih keturunan daripada Nabi Muhammad SAW. Beliaupun diminta oleh Saimun untuk mengobati penyakitnya, dengan niat ikhlas Habib Abdullah lalu mengobatinya. Dengan izin Allah SWT maka Saimun dapat sembuh dari penyakitnya.
Sesuai dengan nazarnya, Saimun pun menikahkan putrinya dengan orang yang dapat mengobati penyakitnya yaitu Habib Abdullah Bin Muhammad Aidid. Dari pernikahan tersebut lahirlah seorang putri yang mereka beri nama Fatma.
Syarifah Fatma binti Abdullah Aidid pun tumbuh dan berkembang menjadi seorang putri yang cantik dan salehah. Pada umurnya yang sekitar 8 tahun lebih telah mampu hapal Al Qur'an, dan beliaupun mampu mengobati orang yang sakit dengan karomahnya. Dan pada umur 9 tahun-an ketika beliau mendapatkan haid pertamanya dan setelah bersih dari haidnya, Beliau meninggal dunia.
Habib Abdullah menguburkan Jasad putrinya dan beliaupun kini tinggal sendirian setelah sebelumnya mertua dan istrinya telah meninggal lebih dahulu dari anaknya. Karena itu beliau memutuskan untuk kembali ke negerinya dan meninggalkan seluruh hartanya untuk diwakafkan dan menyerahkan kepada pembantunya sambil berpesan untuk menjaga dan merawat makam putrinya,
Dan juga disebutkan salah satu karomah Makam Syarifah Fatma, apabila ada burung yang terbang melintas diatas makamnya maka akan terjatuh, juga pesawat udara yang terbang diatasnya akan diam tak bergerak.
Dan dimasa penjajahan Belanda, para pejuang kita apabila mereka mencegat iringan konvoi tentara Belanda menuju daerah Kota atau pelabuhan Sunda kelapa dan para pejuang terdesak, mereka berlari kedaerah sekitar makam. Jika Belanda menembakkan meriamnya ke arah pejuang yang bersembunyi didaerah makam Syarifah Fatma, maka meriam itu tidak akan meledak.
Dan lainnya adalah bahwasannya cahaya dari kubur Sunan Cirebon dan juga Sunan Banten itu menyatu dengan cahaya dari kubur Syarifah Fatma lalu memancar ke langit.
Demikianlah riwayat singkat Wan Syarifah Fatma binti Abdullah Aidid atau Kramat Petogogan yang makamnya berada di Jalan Nipah, Kebayoran Baru, tepatnya di belakang kantor walikota Jakarta Selatan di areal pekuburan Petogogan Blok P, Kebayoran Baru.
Di makam itu juga setiap hari Minggu Subuh diadakan kegiatan shalat subuh berjamaah dan dilanjutkan ziarah ke makam Wan Syarifah Fatma binti Abdullah Aidid yang di pimpin oleh Habib Quraisy Bin Ali Aidid yang merupakan keturunan langsung Wan Syarifah Fatma yang merasa memiliki rasa tanggung jawab untuk melestarikan dan meramaikan mushala dan makam, beliau juga pimpinan Majlis Ta'lim Dzikrullah Maula Aidid, Pekojan.
Semoga kita dapat mengambil hikmahnya dan juga dapat megikuti kegiatan shalat subuh berjama'ah setiap minggu subuh untuk mengambil barokahnya. Waallahu A'lam.
Sumber :

Nasihat

Lembaga Qabilah Ba'alwi Bafagih Sulawesi(LQBBS) berdiri untuk Penjagaan Fiqih, Aqidah, Amalan Shalawat, Nasab Sayyid dan Kafa'ah Syarifah serta Kasih Sayang dalam Keluarga

yuk ngobrol atau say hai, klik tombol buku tamu

Struktur Pengelola(Admin)Website Ini

Randy Ibrahim Bafagih (Alfaqir Bafaqih)_____ Sayyid Muh Zalsabil Bafaqih

Pengunjung Website

Histats.com © 2005-2014 Privacy Policy - Terms

adsfeed