DAFTAR ISI
Mukadimah
|
-Mukadimah
|
Prakata
Penyusun
|
-Prakata
|
Pembahasan
Pertama
|
-Ayat
Pertama
|
-Ayat
Kedua
|
-Ayat
Ketiga
|
Pembahasan
Kedua
|
-Mengenai
Aali (Keluarga) Dari Segi Bahasa Dan Istilah
|
-Pengertian
Aali Dalam Istilah Fikah
|
Pembahasan
Ketiga
|
-Bantahan
Dan Penjelasan Terhadap Rencana Tantawi
|
Pembahasan
Keempat
|
-Nasab
Yang Tidak Terputus Di Dunia Mahupun Di Akhirat
|
-Fasal
Pertama
|
-Fasal
Kedua
|
-Fasal
Ketiga
|
-Fasal
Keempat
|
-Pengajaran
|
Pembahasan
Kelima
|
-Aali
Ba'alawi atau Bani Alawi
|
-Ketua
Nasab Lain Yang Masyhur Dari Bani Alawi
|
Pembahasan
Keenam
|
Pernyataan
Para Ahli Sejarah, Nasab Dan Biografi Tentang Keturunan Al-Muhajir Ahmad bin
Isa
|
-Abul
Faraj Al-Asfahani, wafat pada tahun 356H.
|
-Sheikh
As-Syaraf Al-Ubaidili, wafat pada tahun 435H.
|
-Abul
Hasan Al-Umri, wafat pada tahun 443H.
|
-Abu
Abdillah Bahauddin Muhammad Bin Yusuf Bin Ya'kub Al-Jundi, wafat pada tahun
732H.
|
-Ibnu
Anbah, wafat pada tahun 828H.
|
-Abul
Fudhail Al-Kazim, wafat pada penghujung abad ke-9H.
|
-An-Najafi,
wafat pada abad ke-9H.
|
-As-Sayed
Muhammad Sirajuddin, wafat pada tahun 885H.
|
-Imam
As-Sakhawi, wafat pada tahun 902H.
|
-Abdullah
Al-Jurjani, wafat pada tahun 974H
|
-Ibnu
Hajar Al-Haithami, wafat pada tahun 974H.
|
-Ibnu
Syaqdam, wafat pada akhir abad ke-11H.
|
-Al-Muhibbi,
wafat pada tahun 1111H.
|
-Abu
Muhammad Syamsuddin Bin Muhammad Al-Atqa.
|
Pembahasan
Ketujuh
|
-Kesepakatan
Ulama Hadramaut, Yaman Dan Al-Haramain As-Syarifain Tentang Kebenaran Nasab
Bani Alawi
|
-Nama-Nama
Penulis Dari Kalangan Ulama Hadramaut, Yaman Dan Al-Haramain As-Syarifain Dan
Tarikh Wafat Mereka
|
Pembahasan
Kelapan
|
-Orang-Orang
Yang Menyebut Nasab Ahlul Bait Secara Am
|
-Keterangan
Mengenai Ulama Yang Menyebutkan Nasab Ahlul Bait Secara Am Sesuai Dengan
Tarikh Wafat Mereka
|
Pembahasan
Kesembilan
|
Hukum-Hukum
Khas Berkenaan Dengan Ahlul Bait (Mempunyai 15 Bahagian)
|
-Bahagian
Pertama - Pilihan
|
-Bahagian
Kedua - Mencintai Keluarga Muhammad Termasuk Dari Kesempurnaan Iman
|
-Bahagian
Ketiga - Mendahulukan mereka dalam solat ke atas yang lainnya
|
-Bahagian
Kempat - Selawat dan salam ke atas keluarga Nabi di dalam dan luar solat
|
-Bahagian
Kelima - Ahlul Bait haram menerima zakat
|
-Bahagian
Keenam - Ahlul Bait berhak menerima seperlima dari khumus faik dan ghanimah
|
-Bahagian
Ketujuh - Syarat kafaah dalam nikah
|
-Bahagian
Kelapan - Doa Nabi s.a.w. dengan keberkatan pada turunan yang suci ini
|
-Bahagian
Kesembilan - Ahlul Bait penyelamat penghuni bumi
|
-Bahagian
Kesepuluh - Orang yang mahu mendapat tempat di sisi Rasulullah s.a.w. di hari
kiamat
|
-Bahagian
Kesebelas - Ketentuan Ahlul Bait masuk syurga
|
-Bahagian
Keduabelas - Boleh melaknat dan mengkafirkan orang yang menodai kesucian
Ahlul Bait
|
-Bahagian
Ketigabelas - Larangan membenci Ahli Bait Nabi s.a.w.
|
-Bahagian
Keempatbelas - Larangan mengganggu keluarga Rasulullah s.a.w.
|
-Bahagian
Kelimabelas - Hukum orang yang mencerca Ahlul Bait
|
Pembahasan
Kesepuluh
|
-Sekilas
Mengenai Ilmu Nasab Dan Kedudukannya Dalam Syariah Islamiyah
|
-Bahagian
Pertama - Kedudukan Ilmu Nasab yang penting diketahui dalam syariah Islamiah
|
-Bahagian
Kedua - Usaha orang-orang orientalis dalam melenyapkan Ilmu Nasab
|
-Bahagian
Ketiga - Ilmu Nasab dalam pandangan Ilmu Moden
|
Tambahan
|
-Senarai
Nama-nama Keluarga Bani Alawi
|
#Pembahasan Website blog ini akan lebih bermanfaat lagi bila anda membeli langsung Buku "Sebuah Kajian Mengenai Nasab Sadah Bani Alawi" di Toko Buku terdekat atau melalui Toko Online.
MUKADIMAH
Segala puji
bagi Allah yang tiada dipuji melainkan Dia kerana segala limpahan kurnia-Nya,
kemudian menjadikan manusia-manusia pilihan sebagai penunjuk jalan dan
wali-walinya.
Selawat dan
salam kami panjatkan kepada Rasul yang telah mengajak kita kepada kebenaran dan
menyuruh kita menghindarkan hawa nafsu dan perkara-perkara yang dapat
menjerumuskan, baginda penghulu kita dan penghulu anak Adam yang telah
diciptakan Allah sebagai Nur yang berpindah dari tulang sulbi yang mulia ke
rahim yang suci, kemudian kepada segenap keluarganya yang baik lagi suci dan
menjadi pemimpin bagi sekalian hamba, tonggak negara dan bahtera keselamatan,
serta kepada sahabat-sahabat pilihan dan orang-orang yang berjalan di atas
petunjuk mereka dengan baik dari kalangan orang-orang dahulu dan kemudian
hingga datangnya hari kiamat.
Sukacita
saya menyajikan di hadapan pembaca sebuah risalah yang ringkas bentuknya namun
pada isinya, yang kemudian saya beri nama (SEBUAH KAJIAN MENGENAI NASAB
SADAH BANI ALAWI) ia merupakan suatu risalah yang menerangkan kebenaran
nasab Bani Alawi, SADAH yang berasal dari Hadramaut yang terkenal dengan ilmu,
kelebihan dan kemuliaan sama ada dahulu atau sekarang, di Hadramaut, Yaman,
Al-Haramain Asy-Syarifain, Syria, Mesir dan di tempat-tempat berhijrahnya orang
Hadramaut sama ada di Timur mahupun di Barat (satu keturunan sebahagiannya dari
sebahagian yang lain dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui).
Sesungguhnya
secara kebetulan saya telah dipertemukan dengan beberapa orang pemuda
terpelajar dalam sebuah majlis yang mana mereka telah mengajukan kepada saya
beberapa pertanyaan tentang nasab, di antaranya; bagaimana kita membuktikan
kebenaran nasab kita? Adakah terdapat suatu pembahasan yang ringkas mengenainya
yang dapat memberi faedah kepada kami? Setelah mendengar itu saya merasa
dukacita kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang nasab mereka dan
ketidakmampuan mereka membuktikan kebenaran nasabnya disebabkan mereka tidak
membaca kitab-kitab tarikh, tabaqat, biografi dan nasab, lalu sebahagian mereka
mencadangkan kepada saya supaya menulis sebuah risalah ringkas tentang perkara
ini. Sekalipun pandangan ini sejalan dengan suara hati saya, namun tugas ini
saya rasakan berat untuk dilaksanakan. Sementara saya mengumpulkan fikiran saya
tiba-tiba saya dikejutkan dengan sebuah artikel yang saya baca di akhbar
As-Syarq-ul-Awsat tarikh 20/12/1405 H, bersamaan dengan 5/9/1985 M. bil. 2473
dengan tajuk KENANGAN TERHADAP SYEIKH ALI TANTAWI, yang mana ia
mengatakan kebohongannya yang besar terhadap Sadah Bani Alawi, kemudian saya
mendengar seruan Syeikh yang sama di radio dalam rancangan masalah-masalah dan
kemusykilan-kemusykilan, maka segera saya mengucapkan La hawla wa la
quwwatailla billah, kemudian saya menyedari bahawa kini cercaan datang
dari seorang alim yang oleh sebahagian mereka dianggap sebagai 'marja' (tempat
rujukan) dari kalangan 'marja-marja' kaum muslimin, dan sebahagian orang akan
mengambil pendapatnya tidak berdasarkan sebarang dalil pun.
Setelah itu
saya meminta pilihan dari Allah (istikharah) untuk menjawabnya dengan harapan
saya dapat memenuhi permintaan saudara-saudara saya yang meminta saya supaya
menulis sebuah risalah yang ringkas untuk menerangkan kebenaran nasab Bani
Alawi.
Maka Allah
lapangkan dada saya, sehingga tampak jelas tajuk-tajuk pembahasan di dalam
benak saya dan diluar dugaan saya telah terkumpul begitu banyak rujukan-rujukan
yang semulanya saya mengira hanya sedikit saja. Setelah saya mendapatkan
kemudahan itu lalu saya putuskan bahawa saya mesti menulis dalam perkara ini
demi membantah suatu kebohongan dan menetapkan kebenaran nasab Bani Alawi yang
hendak dikaburkan oleh Tantawi dan diragukan hubungannya dengan keluarga Nabi
yang suci. Dan saya tidak tahu apakah ini terbit dari suatu kedengkian atau
kebencian, namun saya tidak berprasangka buruk kepadanya, bahkan saya
berpendapat barangkali itu suatu kekhilafan tulisan atau lisan dan saya
berharap dia akan menariknya kembali kerana ia termasuk dari orang yang
berilmu, sedangkan orang yang berpengetahuan apabila terpampang di hadapan
mereka suatu dalil maka ia akan mengikutinya. Maka saya jadikan risalah ini
dalam 11 tajuk pembahasan. Adakalanya satu-satu pembahasan mempunyai beberapa
bahagian. Saya bersyukur kepada Allah yang dengan pertolongannya menjadi
sempurna segala kebaikan dan Maha benar Allah dengan firman-Nya:
قُلْ لاَ أَسْئَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلاَّ
الْمَوَدَّةَ فِى الْقُرْبَى ....الشورى:23
"Katakan
(wahai Muhammad) aku tidak meminta upah ke atas apa yang telah aku berikan,
melainkan kecintaan kepada keluarga terdekat".
Saya juga
memohon daripada Allah agar dijadikannya semata-mata kerana Dia, jika saya
benar dalam kalimat saya maka itu dari Allah dan jika salah maka itu dari saya
dan dari syaitan. Semoga Allah memberi maaf dan ampunan-Nya.
Kalau boleh
saya mensyukuri seorang dari hamba Allah, maka saya mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada saudara-saudara saya yang telah membantu saya iaitu;
Saudara Umar Bin Muhammad Balfagih, Dr. Salim Bin Seggaf Al-Jufri dan Ustaz
Ahmad Saeed Bin Silm. Mereka telah banyak memberikan kepada saya waktu mereka
dan bersusah payah membacakan kepada saya serta membuat rujukan tentang
perkara-perkara tersebut, kemudain mereka menulisnya pada tempat yang
semestinya. Semoga Allah membalas dengan kebaikan atas pertolongan mereka dan
dijadikannya dalam neraca amal baik mereka, demikian juga saya mengucapkan
terima kasih kepada orang yang telah memberi saranan atau semangat kepada saya
atau mendoakan bagi saya agar mendapat taufik dan kebenaran.
Penulis:
Seggaf Ali Al-Kaff
Tarikh: 3/8/1406 H.
Bersamaan: 12/4/1989 M.
Madinah Al-Munawwarah.
Tarikh: 3/8/1406 H.
Bersamaan: 12/4/1989 M.
Madinah Al-Munawwarah.
PRAKATA
PENYUSUN
Nasab berarti
keturunan atau zuriat seseorang, dari manakah asal usul mereka itu berpunca
sama ada keturunan Raden, Ratu, Raja mahupun keturunan Bani 'Alawi.
Malahan
Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menjadikan umatnya berpuak-puak dan berbagai
keturunan supaya mereka itu saling hormat-menghormati dan kasih sayang di
antara mereka serta bertakwa kepada-Nya.
Tentulah
malang sekali bagi seseorang yang tidak mahu memahami keturunan mereka
lebih-lebih lagi mengakuinya.
Malahan
terdapat juga sesetengah pihak yang sanggup merendah dan menghina satu-satu
kaum sama ada berdasarkan kepada iri hati atau tidak mahu menerima realiti yang
dijadikan oleh Allah. Malahan terdapat juga manusia yang dikurniakan Allah satu
nasab dan keturunan yang mulia, tapi sanggup mencampaknya ke dalam parit dengan
alasan apa ada pada keturunan: semua manusia sama, pokoknya mesti ada pangkat
besar, saku penuh dengan fulus.
Ini telah
menimbulkan satu polemik di mana manusia lebih mementingkan kepada material
dari menjaga nasab atau keturunan mereka dan jika perkara ini tidak dibendung
dari sekarang nescaya generasi akan datang akan hancur dan tidak mempunyai
apa-apa keturunan.
Justeru itu,
kami telah mengambil satu langkah untuk menyusun sebuah buku yang diberi nama "SATU
KAJIAN MENGENAI NASAB BANI ALAWI".
Alhamdulillah
dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan selawat ke atas junjungan nabi besar
Muhammad s.a.w. serta sekalian ahli keluarganya, maka dapatlah kami menyusun
sebuah buku yang pertama ini.
Buku ini
asalnya dalam bahasa Arab dikarang oleh seorang ulama dan tokoh sejarah Islam
dari Madinah, Syed Seggaf Ali Al-Kaff telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh
Ustaz Amin Bin Abdul Kadir dengan galakan yang kuat dari Habib Ibrahim Bin
Al-Kaff bagi faedah seluruh Ahli Bait khususnya keturunan Syed supaya memahami
nasab mereka.
Pada hemat
kami buku ini amat berguna dimiliki oleh setiap keturunan Syed supaya dapat
ditatap dan dihayati oleh anak-anak mereka yang bakal menjadi pewaris nabi
untuk menunjukkan keperibadian dan akhlak yang mulia.
Jauh sekali
untuk berbangga dengan keturunan nabi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t., tujuan
utama buku ini diterbitkan adalah semata-mata untuk memberi penjelasan yang
seluasnya menurut nas-nas dan hadis-hadis yang sahih mengenai nasab yang
ditinggalkan oleh junjungan nabi besar Muhammad s.a.w. yang mana telah
menimbulkan prejudis oleh pihak yang tidak mahu menerima realiti dan hakikat
yang sebenarnya.
Allah
berfirman: "Aku jadikan manusia itu berpuak-puak dan keturunan
supaya mereka itu saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara mereka
serta bertakwa kepada-Ku."
Buku ini
tidak dijual dalam pasaran dan akan diedarkan secara percuma khusus untuk
keturunan Syed kecuali jika ada keikhlasan kepada yang ingin memberi sumbangan.
Untuk
menjayakan buku ini kami tetap menghargai setiap sumbangan yang diberi oleh
para dermawan baik di segi moral mahupun material terutama kepada Syed Ali Bin
Mohammad Al-Attas yang banyak memberi perangsang dan galakan.
Segala
sumbangan dari setiap para dermawan itu akan menjadi satu daya perangsang buat
kami untuk menyusun banyak lagi buku-buku agama selepas ini yang boleh memberi
faedah yang besar buat para pembacanya.
Sekian,
semoga segala sumbangan itu akan tetap mendapat ganjaran Allah jua hendaknya.
Amin
SYED OMAR
AL-SHAHAB
SYED IBRAHIM AL-KAFF
PENYUSUN
SYED IBRAHIM AL-KAFF
PENYUSUN
PEMBAHASAN PERTAMA
Para ulama
menerangkan bahawa Ahlul Bait telah disebut secara khusus dalam Al-Qur'an dalam
beberapa ayat, yang mana tiap-tiap ayat yang tersebut mempunyai tujuan-tujuan
tertentu, di antaranya; penyucian, penghormatan terhadap mereka, peringatan
kepada membencinya atau menghubungkan nasab dengan tidak benar dan menerangkan
bahawa anak-anak lelaki dari puteri Rasulullah s.a.w. (sallallahualaihi
waalihi wassalam) dinasabkan kepada beliau dan bukan kepada yang lain.
Secara ringkas pembahasan ini akan menerangkan tiga ayat berserta
tujuan-tujuannya yang memadai bagi memperjelaskan maksud di atas.
Firman Allah
Ta'ala dalam Surat Ali Imran:61:
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيْهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ
الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا
وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ
لَّعْنَتَ اللهِ عَلَى الْكَاذِبِيْنَ. (ال ءمران):61
"Maka
siapa yang membantah engkau tentang kebenaran ini, sesudah datang kepadamu
pengetahuan, katakanlah (kepadanya): Mari! Biarlah kita panggil anak-anak kami
dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri
kami dan diri kamu, kemudian itu kita berdoa dengan sungguh-sungguh kepada
Allah: Kita minta supaya kutukan Allah turun atas orang-orang yang dusta".(Q.S. Ali
Imran:61)
Ibnu Kathir
menerangkan tentang tafsir ayat di atas iaitu tatkala datang rombongan
orang-orang nasrani dari Najran yang ingin berhujah dengan Rasulullah s.a.w.
tentang apa yang dibawanya, maka Rasulullah s.a.w. mengajak mereka
bermubahalah.
Jabir r.a.
berkata: Telah datang kepada Nabi s.a.w. Aqib dan Tayyib, lalu beliau mengajak
mereka mulaanah (meminta diturunkan laknat ke atas yang salah), lalu keduanya
berjanji akan melakukannya pada esok hari, maka berangkatlah Rasulullah s.a.w.
pada pagi hari dengan membawa Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Hussin, kemudian
diutusnya seorang untuk menemui keduanya namun mereka menolak seruannya dan
menyatakan padanya ketidaksanggupan mereka. Lalu bersabda Rasulullah s.a.w.:
وَالَّذِيْ بَعَثَنِيْ بِالْحَقِّ لَوْ قَالاَ: لاَ،
َلأَمْطَرَ عَلَيْهِمُ الْوَادِيْ نَارًا
"Demi
Allah yang telah mengutusku dengan kebenaran seandainya mereka berkata
"ya" (tidak menolak) nescaya Allah akan menurunkan ke atas mereka api
yang memenuhi lembah itu".
Jabir
berkata, "Kepada mereka diturunkan ayat (Mari!, biarlah kami panggil
anak-anak kami dan anak-anak kamu, diri kami dan diri kamu)". Diriwayatkan
oleh Ibnu Mardawaih dan Al-Hakim dalam Mustadrak dan diriwayatkan juga
oleh At-Tayalisi dari Sha'bi secara mursal. Ibnu Kathir berkata "Itulah
yang paling benar".
Maka
nyatalah bahawa ayat dan hadis ini menjadi dalil bahawa Al-Hasan dan Al-Hussin
r.a. adalah keturunan atau zuriat Nabi s.a.w. dan menempatkan Al-Imam Ali
karramallahu wajhah (k.w.) pada suatu martabat dan kedudukan yang tinggi
yang tidak diragukan oleh orang yang mempunyai akal sehingga Nabi menjadikan
beliau sebagai dirinya dalam firman Allah Ta'ala: ".....diri kami
dan diri kamu".
Firman Allah
Ta'ala dalam surat Al-Syura:23:
قُلْ لاَ أَسْئَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلاَّ
الْمَوَدَّةَ فِى الْقُرْبَى...(الشورى):23
"Katakanlah
(Muhammad) untuk itu Aku tiada meminta upah (bayaran) kepada kamu, (yang
Kuminta) hanya kasih sayang terhadap keluarga terdekat".(Q.S.
As-Syura:23)
Pengertian kalimat
AL-QURBA (keluarga dekat/kerabat) dalam ayat ini telah ditafsirkan dalam
beberapa hadis seperti berikut;
- Muslim
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah di Ghadir Khom:
إِنِّيْ تَارِكٌ فِيْكُمُ الثَّقَلَيْنِ: كِتَابَاللهِ وَعِتْرَتِيْ، أَلاَ
وَإِنَّهُمَا لَنْ يَفْتَرِ قَاحَتَّى يَرِدَا عَلَي الْحَوْضْ
"Sesungguhnya
aku meninggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat (As-Thaqalain),
Kitab Allah dan Itrahku (keturunanku), dan bahawa keduanya tidak akan berpisah
sehingga kelak datang kepadaku di Telaga Haudh."
- Muslim
Ahmad dan Nasa'i telah meriwayatkan dari Zaid Bin Arqam r.a. bahawa
katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berdiri menyampaikan
khutbahnya di hadapan kami di suatu paya bernama Khom yang terletak di
antara Mekah dan Madinah, setelah memuji Allah dan memberi peringatan dan
nasihat, kemudian baginda bersabda:
أَلاَ أًيُّهَا النَّاسُ فَاءِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوْشِكُ أَنْ يَأْتِى
رَسُوْلُ رَبِّىْ فَأُجِيْبُ وَأًنَا تَارِكٌ فِيْكُمْ ثَقَلَيْنِ : أَوَّلُهَا
كِتَابُ اللهِ فِيْهِ الْهُدَي وَالنُّوْرُ فَخُذُوْا بِكِتَابِ اللهِ
وَاسْتَمْسِكُوْا فَحَثَّ عَلَىكِتَابِ اللهِ وَرَغِبَ فِيْهِ. ثُمَّ قَالَ :
وَأَهْلُ بَيْتِىْ أُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى أَهْلِ بَيْتِىْ اُذَكِّرُ كُمُ اللهَ
فِى أَهْلِ بَيْتِى أُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى أَهْلِ بَيْتِى. فَقَ لَ لَهُ
حُصَيْنٌ : وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ يَا زَيْدُ؟ أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ
بَيْتِهِ؟ قَالَ : نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ. وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ
حُرِّمَ الصَّدَقَةُ بَعْدَهُ. قَالَ : وَمَنْ هُمْ؟ قَالَ : هُمْ آلُ عَلِيْ
وَآلُ عَقِيْلٍ وَآلُ جَعْفَرٍ وَآلُ عَبَّاسِ
"Wahai
sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah basyar (manusia) dan aku tidak lama
lagi akan menyahut seruan tuhanku, maka aku tinggalkan di tengah-tengah kamu
dua perkara yang berat (As-Thaqalain); pertama kitab Allah Ta'ala yang di
dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya, maka ambillah kitab Allah itu dan
berpeganglah padanya". Lalu beliau menganjurkan supaya memberi perhatian
kepada kitab Allah dan menggemarinya kemudian sabdanya: "Dan Ahli
Baitku, aku peringatkan kamu terhadap Ahli Baitku, aku peringatkan kamu
terhadap Ahli Baitku".
Lalu Husain
bertanya, "Siapakah gerangan Ahli Bait baginda wahai Zaid? Bukankah
isteri-isteri baginda adalah Ahli Baitnya?" Jawab beliau,
"Isteri-isterinya bukan dari Ahli Baitnya, tetapi Ahli Baitnya ialah
mereka yang haram menerima sedekah (zakat) selepasnya. Siapa mereka, tanya
mereka?" Jawabnya: "Mereka itu adalah keluarga Ali, keluarga Aqil,
keluarga Jaafar dan keluarga Al-Abbas r.a."
Al-Hafiz
Ibnu Kathir berkata tentang tafsiran ayat ini: "Dan kami tidak mengingkari
adanya wasiat terhadap Ahlul Bait dan suruhan berbuat baik kepada mereka,
menghormati dan memuliakannya, kerana mereka itu berasal dari zuriat yang suci
dari keluarga yang paling suci dan datuk yang paling mulia di atas permukaan
bumi dari segala ketinggian, kehormatan dan keturunan".
Firman Allah
Ta'ala dalam surat Al-Ahzab:33:
إِنَّمَا يُرِيْدُ اللهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ
أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيْرًا...الاحزاب:33
"Sesungguhnya
Allah hendak menghilangkan kekotoran dari kamu, Ahlul Bait dan hendak
mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya".(Q.S.
Al-Ahzab:33)
Abul Hasan
Ali Bin Ahmad Al-Wahidi An-Nisaburi telah menyebutkan dalam kitabnya Asbabun-Nuzul
mengenai ayat di atas, bahawa ia diturunkan untuk lima orang: Rasulullah
s.a.w., Ali Bin Abi Talib, Fatimah Az-Zahra', Al-Hasan dan Al-Husain r.a. (m.s.
66).
Al-Hafiz
Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat di atas menyebutkan sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Tirmizi dan Bazzar dari Abi Hatim dari Awwam Bin Haushab r.a.
dari sepupunya, katanya, "Aku telah masuk bersama ayahku ke rumah Aisyah
r.a. maka aku menanyakan padanya tentang Ali r.a." Aisyah menjawab,
"Engkau menanyakan padaku tentang orang yang paling dicintai oleh Rasulullah
s.a.w. sehingga ia dikahwinkan dengan puterinya yang paling dicintainya, aku
pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendoakan Ali, Fatimah, Hasan dan Husin r.a.
lalu menutup di atas mereka dengan suatu pakaian seraya sabdanya: Ya Allah
mereka ini adalah Ahli Baitku maka hindarkanlah mereka dari dosa dan sucikanlah
mereka sesuci-sucinya", kemudian aku mendekati mereka sambil
menanyakan: "Ya Rasulullah adakah aku termasuk dari ahlibaitmu?"
Baginda s.a.w. menjawab: "Pergilah kamu, sesungguhnya kamu berada pada
jalan yang baik". Riwayat yang sama dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dari
Wathilah Bin Al-Asga' dan berkata bahawa hadis ini sahih asnadnya.
Hadis Ummu
Salamah, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata pada Fatimah: "Bawalah padaku
suamimu dan dua orang anakmu", maka datanglah Fatimah bersama mereka
lalu Rasulullah s.a.w. menutupkan di atas mereka dengan kisa' (pakaian)
milikku yang kuperoleh dari Khaibar kemudian baginda mengangkat kedua tangannya
dan berdoa: "Ya Allah sesungguhnya mereka ini adalah keluarga Muhammad
maka kurniakan selawat dan keberkatanmu kepada keluarga Muhammad sebagaimana
Engkau telah mengurniakan kepada keluarga Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji Lagi Maha Agung". lalu kuangkat kisa' itu supaya aku
dapat masuk bersama mereka namun ditariknya oleh Rasulullah s.a.w. dari
tanganku dan berkata: "Sesungguhnya kamu berada di atas jalan
kebaikan". Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Ibnu Asakir.
Al-Hakim dan
Ibnu Syaibah juga meriwayatkan dari Ummu Salamah dengan lafaz yang hampir sama
dengan riwayat di atas.
Berkata
An-Nawawi dalam kitab Majmuk menukil dari Al-Azhari dan yang lain bahawa
mereka itu adalah itrahnya yang dinasabkan kepada beliau s.a.w. Mereka itu
ialah anak-anak Fatimah r.a. dan keturunannya sepanjang zaman.
PEMBAHASAN KEDUA
PENGERTIAN AALI (KELUARGA) DARI SEGI
BAHASA DAN ISTILAH
DEFINASI
Di antara beberapa makna Aali dalam
bahasa adalah pengikut-pengikutnya, misalnya dikatakan Aali seorang lelaki
yakni pengikut-pengikut dan wali-walinya, biasanya dipergunakan untuk sesuatu
yang mempunyai kemuliaan, tidak boleh dikatakan Aali tukang sepatu tetapi ahli
(keluarga) tukang sepatu. (1)
Terkadang kata Ahli digunakan sebagai
persamaan kata Aali tetapi kata Ahli menjadi lebih khusus apabila digunakan
untuk pengertian isteri, seperti firman Allah Ta'ala yang ditujukan kepada
isteri Nabi Ibrahim a.s. tatkala ia berkata:
يَاوَيْلَتَا ءَأَلِدُ وَأَنَا عَجُوْزٌ...هود:72
"Adakah
aku akan melahirkan anak, sedang aku adalah seorang perempuan yang sangat
tua?"
رَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ
الْبَيْتِ... هود:73
"Rahmat
Allah dan keberkatan-Nya adalah untuk kami, hai penghuni rumah"
dan sabda Rasulullah s.a.w.:
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ
ِلأَهْلِى
"Sebaik-baik
kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, akulah orang yang
paling baik terhadap keluargaku (isteri-isterinya).(2)"
Para ahli fikah tidak sepakat dalam
memberikan makna Aali. Kerana itu berbeza pula mereka dalam memberi hukum.
Hanafi, Maliki dan Hambali telah mengatakan bahawa aali dan Ahli adalah sama
maknanya, namun masing-masing di antara mereka memberi ketentuan yang
berlainan.
Hanafi berpendapat bahawa Ahli Bait
seseorang, Aali dan jenisnya adalah satu, iaitu setiap orang yang mempunyai
pertalian nasab, sekalipun kepada ayahnya yang paling jauh (moyang) dalam
Islam, iaitu orang yang hidup pada zaman Islam, sama ada ia masuk Islam atau
tidak.(3) Dan ada pula yang mensyaratkan Islamnya ayah atau
datuk yang paling tinggi.(4) Maka semua anak yang dinasabkan
kepada ayah ini termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak adalah ahli
keluarganya.(5)
Maliki berpendapat bahawa kata Aali
adalah orang yang mendapat asobah dan setiap orang yang mendapat asobah dan
setiap orang perempuan jika ia bergabung dengan lelaki maka ia menjadi asobah.(6)
Hambali berpendapat bahawa Aali
seseorang dan Ahli Baitnya, kaumnya, keturunan dan kerabatnya adalah sama
maknanya.(7)
Syafi'e berpendapat bahawa Aali
seseorang adalah kerabat dan keluarga yang ditanggung nafkahnya, sedangkan Ahli
Baitnya adalah kerabat dan isterinya.(8)
Aali juga mempunyai pengertian yang khas
dalam kalimat selawat kepada Nabi s.a.w. Pendapat terbanyak mengatakan bahawa
yang dimaksudkan dengan mereka itu adalah kerabat baginda s.a.w. yang
diharamkan kepada mereka menerima sedekah dan ada pula yang mengatakan yakni
semua umatnya yang menerima seruan baginda s.a.w. Malik cenderung pada pendapat
ini dan juga Al-Azhari, sedangkan Baihaqi menolak pendapat ini.
Pendapat yang benar dalam mazhab Syafi'e
bahawa mereka itu adalah Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib, begitulah
ditegaskan oleh Syafi'e dalam Harmalah yang dikutip dari Al-Azhari dan Baihaqi,
kemudian diputuskan oleh majoriti sahabat-sahabat baginda.
Sebahagian berpendapat bahawa pengertian
Aali adalah setiap orang mukmin yang bertakwa dengan mengambil dalil dari hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurmuzah Nafe' Assulmi dari Anas dari Nabi s.a.w.,
bahawasanya beliau ditanya: "Siapakah Aali Muhammad itu?" Baginda
menjawab: "Setiap mukmin yang bertakwa", tetapi Baihaqi
mengatakan bahawa hadis ini daif (lemah) dan tidak boleh dijadikan hujah,
kerana Abu Hurmuzah didustakan oleh Yahya Bin Ma'in dan didaifkan oleh Ahmad
dan selainnya dari para hafiz.
Kemudian Syafi'e, Baihaqi dan
sahabat-sahabat dari mazhab Syafi'e berpendapat bahawa Aali itu adalah Bani
Hashim dan Bani Abdul Muttalib kerana sabda Rasulullah s.a.w.:
إِنَّ الصَّدَقَةَ لاَ تَحِلُّ لِمُحَمَّدٍ وَ
ِلآلِ مُحَمَّدٍ
"Sesungguh
sedekah diharamkan kepada Muhammad dan juga kepada Aali Muhammad", diriwayatkan oleh Muslim.
Saya berpendapat seandainya Aali itu
setiap orang mukmin yang bertakwa nescaya zakat tidak dibolehkan dan diharamkan
kepada mereka sebagaimana diharamkan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul
Muttalib, tetapi tidak pernah ada orang berpendapat demikian.(9)
Kedua, bahawa itrah (anak keturunan)
yang dinasabkan kepada baginda s.a.w. mereka itu adalah anak-anak dan keturunan
Fatimah r.a., demikian disebutkan oleh Azhari dan lain-lain.(10)
1) Al-Qamus Al-Muhit.
2) Riwayat Tirmizi dalam Manaqib
3) Al-Is'af Fi Ahkam Al-Auqaf
4) Ibnu Abidin, 3/439 cetakan pertama
5) Al-Is'af
6) Al-Syarh Al-Kabir Wa Hasyiah Ad-Dasuqi, 4/43, 93, 94, 432, cetakan Isa Al-Halabi
7) Kassyaf Al-Qina', 4/242 cetakan Al-Ibad As-Sunnah Al-Muhammadiyah
8) Nihayah Al-Muhtaj, 6/82 Mustafa Al-Halabi, Hasyiyah Al-Qalyubi, 3/17 cetakan Al-Halabi
9) Al-Majmuk -- Syarah Al-Muhazzab Lin-Nawani, juz 3 ms. 449
10) Al-Majmuk Lin-Nawawi, 3 ms. 448 cetakan Al-Irsyad
2) Riwayat Tirmizi dalam Manaqib
3) Al-Is'af Fi Ahkam Al-Auqaf
4) Ibnu Abidin, 3/439 cetakan pertama
5) Al-Is'af
6) Al-Syarh Al-Kabir Wa Hasyiah Ad-Dasuqi, 4/43, 93, 94, 432, cetakan Isa Al-Halabi
7) Kassyaf Al-Qina', 4/242 cetakan Al-Ibad As-Sunnah Al-Muhammadiyah
8) Nihayah Al-Muhtaj, 6/82 Mustafa Al-Halabi, Hasyiyah Al-Qalyubi, 3/17 cetakan Al-Halabi
9) Al-Majmuk -- Syarah Al-Muhazzab Lin-Nawani, juz 3 ms. 449
10) Al-Majmuk Lin-Nawawi, 3 ms. 448 cetakan Al-Irsyad
PEMBAHASAN KETIGA
BANTAHAN DAN PENJELASAN TERHADAP RENCANA
TANTAWI
Pada tarikh 20/12/1406 H bersamaan
5/9/1985 M telah terbit surat khabar As-Syarqul-Awsat dengan nombor edisinya
2483 yang memuatkan sebuah makalah/rencana yang ditulis oleh Sheikh Ali Tantawi
dengan mengambil tajuk "Peringatan-peringatan Sheikh At-Tantawi". Di
antara kandungan rencana itu adalah seperti berikut:
"Dan orang-orang Hadramaut
berperingkat-peringkat, di antara mereka terdapat Alawiyyun yang menamakan
dirinya sebagai Sadah yang mulia dan ada pula yang tidak mengaku demikian,
padahal nilai seseorang dalam agama Islam diukur dengan ilmu dan takwanya bukan
dengan sebab ayah atau datuk-datuknya. Sedangkan orang yang mulia itu adalah
orang yang bertakwa dan orang yang agung itu adalah orang yang baik dalam
perbuatan dan perilakunya, kemudian kebanyakan nasab-nasab yang dikatakan bersambung
dengan Rasulullah s.a.w. tidak dapat dibuktikan dengan dipertanggungjawabkan
melainkan semata-mata adalah anggapan orang-orang yang mempunyai nasab itu dan
saya tidak menuduh nasab seseorang tetapi saya ingin menerangkan suatu
kenyataan yang konkrit.....".
Beliau tidak hanya mengemukakannya dalam
suratkhabar bahkan mengulangi perkataan yang sama dalam suatu siaran radio
ketika ditanya tentang syarat-syarat kafaah dalam nasab dan hukum nikah dengan
tujuan hendak menyebarluaskan pandangannya yang kontroversial (menimbulkan
fitnah), padahal akan lebih baik jika ia menjawab kepada penaya itu dengan
pendapat para ulama imam-imam yang kenamaan, Sebagai contoh Abu Hanifah, Ahmad
dan Syafi'e r.a. yang menjadikannya sebagai syarat dalam nikah, sementara Malik
tidak mensyaratkannya, itulah pendapat para ulama.
Kemudian Sheikh Ali Tantawi mengulangi
kata-kata yang sama dalam peringatannya pada bahagian keenam muka surat 133
baris ke-18. Oleh kerana itu kami putuskan untuk mencetak risalah ini kerana
kegigihan beliau dalam menyebarkan makalahnya itu.
Berkata Sheikh, "Sesungguhnya
orang-orang Hadramaut mempunyai peringkat-peringkat(11), di
antara mereka terdapat Alawiyyun yang mengaku sebagai bangsawan yang
mulia". Sukacita kami menerangkan kepada Syeikh Tantawi sekalipun beliau
tahu akan hal ini memandangkan ilmu beliau yang luas dan peradabannya yang
tinggi bahawa peringkat sebagaimana ia maksudkan, bukan pada tempatnya, kerana
pengertian tingkatan ialah suatu perbezaan antara tingkatan masyarakat dari
segi kemasyarakatan, seperti terdapat masyarakat tingkat buruh dan
kapitalis/pemodal dan lain-lain. Adapun yang ada pada orang-orang Hadramaut
adalah kesukuan atau marga, sehingga seorang Alawi dapat tergolong dalam mana-mana
tingkatan dari tiga kelompok di atas, sementara ia tidak dapat digolongkan
kepada kabilah(12) selain dari kabilahnya dan tidak pula pada
marga selain marganya.
Sebenarnya Syeikh sendiri mengetahui
bahawa orang-orang Arab sejak permulaan Islam mereka mengambil berat akan nasab
keturunan mereka, sehingga Rasulullah s.a.w. juga menyebutkan nasab dirinya(13)
dan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. dikenal sebagai orang yang memiliki
pengetahuan tentang nasab, hingga digelar sebagai pakar nasab Arab kemudian
terdapat puluhan kitab yang dikarang mengenai ilmu nasab dan ratusan kitab
mengenai nasab dan salasilah keluarga Rasulullah s.a.w., juga telah disusun
yang mana dapat dilihat sebahagian kecil daripadanya dalam pembahasan ini
sebagai misal satu-satunya dan tidak pula merangkumi keseluruhannya.
Semua orang tahu bahawa nasab keturunan
keluarga Rasulullah s.a.w. terutama Sadah Alawi yang akan diterangkan susunan
nasabnya dalam pembahasan ini telah terbukti beritanya dengan luas dan
mutawatir(14), tersusun dari ayah hingga hingga ke datuk dari
zaman kita hingga ke zaman Rasulullah s.a.w. sedangkan orang yang mengingkari
berita mutawatir jelas hukumnya dalam Islam.
Sesungguhnya umat Islam adalah
satu-satunya umat yang mempunyai pertalian riwayat(15)
dibandingkan dengan umat-umat lain, misalnya Al-Qur'an disampaikan kepada kami
melalui pertalian riwayat dan begitu juga sejarah dan nasab keturunan serta
tempat-tempat peperangan dan sirah. Jika kita biarkan setiap orang melepaskan
kata-katanya, tentang perkara-perkara yang sudah terbukti kebenarannya, maka
kesudahannya akan timbul tuduhan dusta banyak perkara dari hukum-hukum syarak
dan peristiwa-peristiwa sejarah disebabkan kerana tidak mereka senangi atau
tidak sesuai dengan keinginannya, sedangkan dalam kaedah syarak yang diketahui
oleh Sheikh sebagai seorang ulama dari kalangan orang yang memegang jawatan
kadi selama beberapa tahun bahawa orang ramai dipercayai tentang keturunan
mereka (tidak boleh didustakan tanpa bukti), maka barangsiapa terbukti kebenaran
nasabnya kemudian ada orang lain yang menuduh sebaliknya, maka ia mesti
mengemukakan bukti, jika gagal maka ia boleh dijatuhkan hukuman had sebagai
QAZIF, melemparkan tuduhan tanpa bukti.
Berkata Sheikh Tantawi, "Dan di
antara mereka ada yang tidak mengaku demikian".
Sukacita kami menerangkan kepada Sheikh
bahawa orang-orang Hadramaut yang sebagaimana anda katakan bahawa mereka tidak
mengaku demikian (keturunan Rasulullah) menunjukkan anda tidak mengetahui
tentang susunan masyarakat Hadramaut, yang mana orang Hadramaut mempunyai
salasilah dan nasab bagi kabilah-kabilahnya.(16) Di sana
terdapat golongan Masyaikh dari keluarga Al-Amudi yang terkenal nasabnya,
demikian juga Masyaikh dari keluarga Bafadal, Baabad, Al-Khatib, Al-Kathiri,
Tamim, Syaiban, Nahd dan selainnya dari kabilah-kabilah Hadramaut yang
terpelihara nasabnya dan dihormati seperti kabilah-kabilah lain yang terdapat
di jazirah Arab; Saudi Arabia, Yaman dan Negara-negara Teluk.
Beliau berkata lagi, "Bahawa nilai
seseorang itu di dalam agama Islam terletak pada ilmu dan takwanya".
"Benar katamu wahai Sheikh!"
jawab saya, sesungguhnya agama Islam menilai setiap manusia dengan zat dan
takwa, namun ia tidak menafikan pertaliannya dengan seseorang bahkan agama
Islam menetapkan beberapa hukum yang diterangkan dalam kitab-kitab fikah
berkenaan dengan orang yang mempunyai pertalian nasab dengan Rasulullah s.a.w.
yang kemudian diabadikan oleh para imam kenamaan dalam kitab-kitab mereka sejak
abad permulaan hingga ke abad ini dan mereka tidak pernah menafikan atau
mencercanya bahkan mereka menetapkan dan menyediakan bab-bab atau ruang khas
dalam kitab-kitab mereka. Lagi pun belum ada ulama yang menyatakan ketiadaan
keturunan Rasul pada zaman di mana mereka menulis karangan-karangan mereka,
kerana kalau memang tidak wujud mereka itu nescaya karangan-karangan mereka itu
akan sia-sia belaka, sedangkan melakukan perbuatan sia-sia terhadap agama
adalah terlarang.
Sheikh Tantawi, "Bukan kerana ayah
atau datuknya tetapi orang yang mulia itu adalah orang yang bertakwa dan orang
baik itu adalah orang yang baik perilaku dan akhlaknya".
Seggaf: "Benar katamu wahai Sheikh
bahawa orang yang mulia itu adalah orang yang bertakwa dan orang baik itu
adalah orang yang baik perilaku dan akhlaknya". Itu pengertian secara am, adapun
orang yang mulia yang anda maksudkan di sini bukanlah orang mulia yang termasuk
dalam pengertian am di atas, kerana yang dimaksudkan dengan orang-orang mulia
adalah orang yang mempunyai pertalian nasab dengan keluarga Muhammad yang
kecintaannya adalah sebahagian dari agama dan kebenciannya adalah terkeluar
dari agama(17), sedangkan agama tidak pernah melarang
seseorang menasabkan kepada ayah(18) dan datuk bahkan
diakuinya. Lihatlah kitab-kitab Tabaqat yang menyebut nasab bagi
tiap-tiap biografi seseorang, demikian juga kitab-kitab tarikh dan kitab-kitab
perawi tidak seorang pun mengatakan tentang pengurangan nasab seseorang kepada
ayah dan datuknya terutama jika ayah dan datuknya tergolong dari kalangan ahli
ilmu yang mempunyai kemuliaan dan kedudukan, lalu bagaimana kita dapat menuntut
dari orang yang nasabnya kepada keluarga Rasulullah s.a.w. supaya tidak
menasabkan dirinya kepada ayah-ayah mereka dan datuk-datuk mereka, padahal
mereka adalah para imam yang bertakwa, berilmu, mempunyai kemuliaan, memberi
petunjuk dan mempunyai kelebihan, demi Allah ini suatu ketidakadilan.
Sheikh Tantawi, "Kemudian
kebanyakan nasab-nasab ini yang dikatakan berhubung dengan Rasulullah s.a.w.
tidak ada yang membuktikan dan menguatkannya selain dari kata-kata mereka sendiri".
Seggaf: "Bagaimana anda mengatakan
kata-kata seperti ini wahai Sheikh terhadap umat yang nasabnya telah dinyatakan
secara mutawatir dan beberapa karangan dan salasilah tentang nasab mereka telah
ditulis sejak abad kedua di mana kami telah nyatakan kepada anda dalam
pembahasan ini, jika anda ingin mengetahui tentang orang-orang yang menulis
nasab keluarga Bani Alawi saja, anda akan temukan ratusan orang dari ahli
nasab, ahli tarikh dan biografi yang akan menerangkan kepada anda dan
orang-orang seperti anda, serta dengan tarikh kewafatan mereka. Maka carilah
dan lihatlah dengan pandangan ilmu dan pengetahun tidak dengan pandangan
negatif dan ingkar, kerana sifat negatif dan ingkar itu bukanlah sifat seorang
muslim, apa lagi sebagai seorang yang berilmu dan berdakwah. Sedangkan Allah
telah menunjukkan kepada kita tentang dosa besar syaitan tatkala ia mengingkari
kelebihan penciptaan Adam a.s. dan apa yang kami sebutkan kepada anda dalam
pembahasan ini tentang kebenaran nasab Bani Alawi bukanlah kata-kata mereka
tetapi kata-kata orang lain dari kalangan ulama di bidang hadis dan fikah
seperti Imam As-Sakhawi, Ibnu Hajar Al-Haithami dan lain-lain dari kalangan
imam-imam yang membawa petunjuk. Adapun apa yang terbukti kebenarannya dengan
rajah nasab Bani Alawi maka ia meliputi kebenaran semua salasilah keluarga Nabi
s.a.w. yang disebut dalam kitab-kitab nasab biografi, sirah dan tarikh".
Bukankah kata-kata anda; "MEREKA
MENGATAKAN" iaitu adalah celaan terhadap nasab mereka? Sesungguhnya
kata-kata seperti ini termasuk dalam kata-kata mungkar dan dusta yang dilarang
oleh Allah dalam beberapa ayat dalam Al-Qur'an yang dianggapnya sebagai
perbuatan dosa dan nista yang besar, ketika Allah berfirman:
إِذْتَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُوْلُوْنَ
بِأَفْوَاهِكُمْ مَالَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُوْ نَهُ هَيِّنًا وَّهُوَ
عِنْدَاللهِ عَظِيْمٌ...النور:15
"Ketika kamu
menerima berita itu dengan lidahmu dan mengatakan dengan mulutmu perkara yang
kamu tidak ketahui dan kamu menganggapnya perkara kecil saja, padahal ia di
sisi Allah suatu perkara besar".(Q.S. An-Nur:15).
Bukankah kalimat yang anda ucapkan wahai
Sheikh merupakan penghinaan yang menyiksa mereka? Semua orang tahu bahawa
perbuatan mencerca nasab seseorang muslim itu adalah suatu penyiksaan yang
teramat besar. Sabda Rasulullah s.a.w. kepada kita: "Barangsiapa
mengganggu seorang muslim maka ia telah menggangguku dan barangsiapa
menggangguku ia telah mengganggu Allah (H.R. Muslim) Lalu apa pendapat anda
tentang orang yang mengganggu zuriat keluarga Rasulullah s.a.w. yang mana
beberapa hadis menyebutkan tentang haramnya mengganggu mereka.
Wahai Sheikh, tiap-tiap perkataan
seseorang akan dipertanggungjawabkan apa lagi dari seorang alim yang mana Allah
memerintah kita supaya menjaga lidah kita dari percakapan yang tiada berguna
apa lagi kata-kata keji, firman Allah mengenai tanggungjawab kata-kata:
مَايَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيْبٌ
عَتِيْدٌ... ق:18
"Tiada
suatu perkataan yang diucapkan (manusia), melainkan di dekatnya ada pengawas
yang siap sedia (mencatatnya)".
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Ibnu Omar r.a.:
إِنَّ اللهَ لاَ يُعِذِّبُ بِدَمْعِ الْعَيْنِ
وَلاَ بِحُزْنِ الْقَلْبِ وَلَكِنْ يُعَذِّبُ بِهَذَا...وَأَشَارِ إِلَى لِسَانِهِ
أَوْيَرْحَمُ
"Sesungguhnya Allah
tidak menyiksa hambanya kerana linangan air matanya dan tidak pula kerana duka
di hati tetapi Allah menyiksa kerana ini..... beliau menunjuk kepada
lidahnya". (Muttafaqun
alaih).
Kemudian Muaz Bin Jabal meriwayatkan
sebuah hadis yang panjang dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Mahukah
kamu aku beritahukan tentang penyebab semua kebinasaan?" Aku jawab:
Tentu ya Rasulullah! Lalu beliau memegang lidahnya sambil berkata: "Jagalah
olehmu ini". Aku bertanya: Ya Rasulullah, apakah percakapan kita akan diperhitungkan?
Jawab beliau: "Celaka kamu kerana ibumu, bukankah manusia yang
tersungkur dengan mukanya ke dalam api neraka hanya kerana hasil dari
percakapannya?" Dikeluarkan oleh Tirmizi dan dikatakan bahawa hadis
ini hasan sahih.
Kata-kata yang keluar dari mulut orang
alim biasanya akan diterima dan ditelan oleh orang-orang jahil tanpa dikaji
lagi sehingga dosanya akan ditanggung oleh si alim itu.
Sheikh: "Saya tidak menuduh nasab
seseorang akan tetapi saya menerangkan suatu kenyataan yang konkrit".
Seggaf: "Bagaimana anda katakan
demikian wahai Sheikh, bahawa anda tidak menuduh nasab seseorang padahal anda
katakan dalam rencana anda yang sama "Sesungguhnya mereka mengaku bahawa
mereka itu sebagai SADAH". "Bukankah itu merupakan suatu cercaan dan
celaan terhadap nasab mereka? Padahal Rasulullah s.a.w. bersabda seperti
diriwayattkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya:
إِثْنَتَانِ فِى النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ؛
الطَّعْنُ فِى النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ
"Dua
perkara yang jika dilakukan oleh umatku menjadi kafir; menghina nasab dan
meratapi orang mati",
H.R. Muslim.
Maka menurut hadis ini kata-kata anda
itu adalah suatu perlanggaran yang anda lakukan terhadap hak umat, termasuk di
dalamnya para ulama, orang-orang saleh dan para da'i yang telah menerangi
umat-umat dan bangsa-bangsa. Adapun yang anda tulis dalam beberapa lembaran
surat khabar As-Sharqul Awsat hanya sebahagian dari mereka, seandainya
anda mengetahui keluarga ini, kebaikan dan kedudukannya, kemudian anda akan
temukan betapa ia sesuai dengan hadis Nabi s.a.w. yang dikeluarkan oleh
Tabarani dalam kitab Al-Kabir dan selainnya di mana beliau mengatakan,
sabda Rasulullah s.a.w.:
قَدِّمُوْا قُرَيْشًا وَلاَ تَتَقَدَّمُوْهَا،
وَتَعَلَّمُوْا مِنْهَا وَلاَ تُعَلِّمُوْهَا. وَلَوْ لاَ أَنْ تَبْطَرَ قُرَيْشٌ َلأَخْبَرْ
تُهَا بِمَالَهَا عِنْدَ اللهِ
"Utamakanlah
orang-orang Quraish dan jangan kamu mendahului mereka, belajarlah kamu dari
orang-orang Quraish dan jangan mengajari mereka, kalau tidak kerana aku khuatir
kelak orang Quraish menjadi sombong, pasti telah kuberitahukan kedudukan mereka
dan orang-orang yang baik di kalangan mereka di sisi Allah Ta'ala".
Kemudian anda mengatakan bahawa anda
hanya menerangkan suatu kenyataan yang konkrit, bukti apakah yang anda
terangkan wahai Sheikh? Dan apa dasarnya? Sedang Allah Subhanahu Wa Ta'ala
telah mengajar dan memberi petunjuk kepada kita dengan firman-Nya:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِىاللهِ بِغَيْرِ
عِلْمٍ وَّلاَ هُدًى وَلاَ كِتَابٍ مُّنِيْرٍ... الحج:8
"Dan di antara
manusia ada yang membantah Allah tiada dengan pengetahuan, tiada pula pimpinan
dan kitab yang memberikan penerangan".(Q.S. Al-Haj:8)
Dan firman-Nya:
تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُوْا بُرْهَانَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِيْنَ... البقرة:111
"Itu
hanya angan-angan kosong belaka, katakan dan kemukakan alasanmu, jika kamu
memang benar!". (Q.S.
Al-Baqarah:111)
Dan anda tahu benar wahai Sheikh! Apa
yang dimaksud dengan hakikat yang konkrit itu, bukanlah ia suatu perkara yang
telah terbukti dengan dalil qat'i? Lalu bagaimana boleh anda katakan hakikat
yang konkrit sedangkan anda tidak mengemukakan alasan bagi menguatkan kata-kata
dan hakikat yang anda katakan itu? Kemudian dari mana datangnya hakikat yang
konkrit itu? Takutlah kamu kepada Allah dengan menjaga kata-katamu wahai Sheikh
Tantawi!
Saya ingin menerangkan kepada anda wahai
Sheikh Ali dan kepada orang-orang yang mempersoalkan tentang keluarga ini yang
bersambung nasab kepada keluarga Rasulullah s.a.w. bahawa sepanjang zaman
terdapat di kalangan mereka para ulama, imam-imam, orang-orang saleh dan para
da'i yang enggan dirinya keluar dari agama ini (dengan mendakwa nasab yang
tidak benar), cukup menjadi kebanggaan mereka apa yang ada pada mereka dari
ilmu dan kedudukan di mana Rasulullah s.a.w. mengancam orang-orang yang
menasabkan dirinya kepada selain ayahnya dengan sabda baginda s.a.w. seperti
yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ali r.a. secara marfuk:
وَمَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيْهِ أَوِانْتَمَى
إِلَى غَيْرِ مِوَالِيْهِ فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللهِ وَالْمَلاَ ئِكَةِ وَالنَّاسِ
أَجْمَعِيْنَ. لاَ يَقْبَلُ اللهُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَرْفًا وَلاَ عَدْلاً
"Barangsiapa mengaku
nasab kepada selain ayahnya dan membangsakan dirinya kepada selain maulanya,
maka baginya laknat dari Allah, malaikat dan sekalian manusia. Allah tidak menerima
darinya sebarang pertukaran dan tidak pula gantian". (Muttafaqun alaih).
Dan sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan
oleh Saad r.a. secara marfuk:
مَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيْهِ وَهُوَ يَعْلَمُ
أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيْهِ فَالْجِنَّةُ عِلَيْهِ حَرَامٌ
"Barangsiapa
mengaku keturunan selain ayahnya sedang ia mengetahui maka diharamkan padanya
syurga". (Muttafaqun
alaih).
Setelah mengemukakan beberapa dalil yang
tidak dapat dimungkiri melainkan oleh orang yang angkuh dan menentang Allah dan
Rasul-Nya yang tiada mempunyai tujuan lain kecuali mencerca itrah (keturunan)
Rasulullah s.a.w. yang mana beliau bersabda dalam hadis tentang hijrahnya
puteri Abu Lahab, ketika orang mengatakan kepadanya: "Sesungguhnya
hijrahmu tidak akan menguntungkanmu kerana kamu adalah puteri kayu api
neraka". Apabila diberitahukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. maka
sangat marah beliau kemudian naik ke atas mimbar dan berkata:
مَابَالُ أَقْوَامٍ يُؤْذُوْنِى فِى نَسَبِى
وَذَوِى رَحِمِى! أَلاَ مَنْ أَذَى نَسَبِى وَذَوِى رَحِمِى فَقَدْ أَذَانِى وَمَنْ
أَذَانِى فَقَدْ أَذَى اللهَ تَعَالَى
"Mengapa masih ada
kelompok-kelompok yang menyakiti hatiku dengan mencerca nasabku dan keluargaku?
Ketahuilah barangsiapa mencerca keturunan dan keluargaku maka ia telah mencerca
aku dan siapa mencercaku maka ia telah mencerca Allah". (Dikeluarkan oleh Abil Asim,
Tabarani dan Baihaqi dengan lafaz yang hampir sama).
Kami tidak dapat berbuat apa-apa kepada
Sheikh ini dan orang-orang yang mengikuti jejaknya mencerca nasab-nasab
keluarga Rasulullah s.a.w. selain mendoakan kepada Allah semoga Allah memberi
hidayah dan siapa yang diberi hidayah oleh Allah tiada siapa yang boleh
menyesatkannya dan siapa yang sesat maka tiada siapa yang dapat memberi
petunjuk kepadanya.
11) Tabaqah (peringkat) dari
segi bahasa ialah: generasi demi generasi, atau kaum yang mempunyai persamaan
dalam suatu zaman atau masa, keadaan, kedudukan, martabat dan darjat seperti
peringkat ahli hadis, peringkat ahli fikah dan penyair, lihat Mu'jam Al-Wasit
dan Lisan Al-Arab serta Muhit Al-Muhit.
12) Kabilah ialah suatu kumpulan dari manusia yang menghubungkan nasab kepada ayah atau datuknya, lihat Lisan Al-Arab, Mu'jam Al-Wasit dan Muhit Al-Muhit.
13) Lihat pembahasan ilmu Nasab dan kedudukannya dalam Syariah Islam dalam risalah ini.
14) Sesuatu yang diriwayatkan oleh satu kumpulan dari satu kumpulan yang mana tidak mungkin mereka bersepakat dalam kebohongan.
15) Ialah apa yang dikutip oleh orang yang adil dan kuat ingatan dari orang yang sama sepertinya.
16) Lihat kitab As-Syawahid Al-Jaliyyah karangan As-Sayyid Abdullah bin Hasan Bilfaqih (sudah tercetak), dan lihat pula kitab Qabail Al-Hijaz dalam bab ini dan selainnya dari kitab-kitab tertentu.
17) Lihat hadis-hadis berkenaan dalam pembahasan ini dan juga hadis-hadis berkenaan dalam risalah keutamaan Ahlul Bait dan hak-haknya tulisan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, yang diberi ta'liq (komentar) oleh Abu Turab Az-Zahiri
18) Firman Allah Ta'ala "Millata Abikum Ibrahim" surah Al-Haj:78 dan dalam hadis Nabi s.a.w. bersabda: "Aku adalah cucu Al-Awatik" diterangkan dalam kamus Al-Muhit dalam bab Kaf bahawa Awatik adalah salah seorang dari nenek Nabi s.a.w. (yang kesembilan).
12) Kabilah ialah suatu kumpulan dari manusia yang menghubungkan nasab kepada ayah atau datuknya, lihat Lisan Al-Arab, Mu'jam Al-Wasit dan Muhit Al-Muhit.
13) Lihat pembahasan ilmu Nasab dan kedudukannya dalam Syariah Islam dalam risalah ini.
14) Sesuatu yang diriwayatkan oleh satu kumpulan dari satu kumpulan yang mana tidak mungkin mereka bersepakat dalam kebohongan.
15) Ialah apa yang dikutip oleh orang yang adil dan kuat ingatan dari orang yang sama sepertinya.
16) Lihat kitab As-Syawahid Al-Jaliyyah karangan As-Sayyid Abdullah bin Hasan Bilfaqih (sudah tercetak), dan lihat pula kitab Qabail Al-Hijaz dalam bab ini dan selainnya dari kitab-kitab tertentu.
17) Lihat hadis-hadis berkenaan dalam pembahasan ini dan juga hadis-hadis berkenaan dalam risalah keutamaan Ahlul Bait dan hak-haknya tulisan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, yang diberi ta'liq (komentar) oleh Abu Turab Az-Zahiri
18) Firman Allah Ta'ala "Millata Abikum Ibrahim" surah Al-Haj:78 dan dalam hadis Nabi s.a.w. bersabda: "Aku adalah cucu Al-Awatik" diterangkan dalam kamus Al-Muhit dalam bab Kaf bahawa Awatik adalah salah seorang dari nenek Nabi s.a.w. (yang kesembilan).
PEMBAHASAN
KEEMPAT
NASAB YANG
TIDAK TERPUTUS DI DUNIA MAUPUN DI AKHIRAT
Sebagaimana
diketahui dengan dalil-dalil qat'i yang datang dari Rasulullah s.a.w. bahawa
nasab keturunan Muhammad akan berterusan hingga hari kiamat dan seterusnya
hingga mereka datang di telaga Rasulullah s.a.w. Adapun orang yang mengatakan
bahawa nasab ini terputus, tidak akan bersambung atau tidak diketahui, mereka
itu menentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mengatakan kesinambungan nasab
ini, bukti-bukti bersambungnya dan kemasyhurannya, kerana Al-Mahadi akan muncul
dari nasab yang mulia ini dan di antara syarat-syarat beriman padanya ialah
dengan mengenal nasabnya dengan pengetahuan yang jelas, terang dan tiada
kesamaran. Di sini kami akan mengemukakan beberapa dalil sambil menerangkan
segi pengambilan hukumnya, di antaranya:
1. Dari Zaid
Bin Arqam r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
إِنِّى تَارِكٌ فِيْكُمُ الثَّقَلَيْنِ، مَاإِنْ
تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدِيْ، أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنَ
اْلأَخِرِ: كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ حَبْلٌ مَمْدُوْدٌ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى
اْلأَرْدِ وَعِتْرَتِى أَهْلُ بَيْتِى، وَلَنْ يَتَفَرَّ قَا حَتَّى يَرْدَا عَلَى
الْحَوْض، فَانْظُرُوْا كَيْفَ تَخْلِفُوْنِى فِيْهِمَا
"Sesungguhnya
aku meninggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat, selagi kamu
berpegang padanya kamu tidak akan sesat sepeninggalan aku, yang satu lebih
besar dair yang lain; Kitab Allah yang merupakan tali yang terhulur menjunam
dari langit ke bumi dan itrahku (keturunan) dari Ahli Baitku, keduanya tidak akan
berpisah sehingga datang padaku di Telaga Haudh, maka perhatikanlah bagaimana
sikap kamu terhdap keduanya itu", diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Ahmad.
2. Dari
Jabir Bin Abdillah r.a. katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. sedang
berkhutbah di atas untanya yang terpotong telinganya dan kudengar sabdanya: "Wahai
sekalian manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan di tengah-tengah kamu dua
perkara yang berat -- jika kamu mengambilnya maka kamu tidak akan sesat; Kitab
Allah dan itrahku dari Ahli Baitku", diriwayatkan oleh Tirmizi dan
Ahmad.
3. Al-Hafiz
Ibnu Kathir memuat dalam tafsirnya sebuah hadis yang menurutnya sahih, bahawa
Rasulullah s.a.w berkata dalam khutbahnya di Ghadir Khom:
إِنِّيْ مُخْلِفٌ فِيْكُمُ الثَّقَلَيْنِ:كِتَابَ اللهِ،
وَعِتْرَتِيْ أَهْلِ بِيْتِيْ، أَلاَ وَأَنَّهُمَا لَنْ يَفْتَرِ قَاحَتَّى
يَرِدَا عَلَي الْحَوْضْ
"Sesungguhnya
aku meninggalkan di tengah-tengah kamu dua perkara yang berat (thaqalain);
Kitab Allah dan itrahku dan bahawa keduanya tidak akan berpisah sehingga datang
menjumpaiku di Telaga Haudh".
4. Dari Zaid
Bin Arqam r.a. katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berdiri sedang
menyampaikan khutbahnya di hadapan kami di suatu telaga air bernama Khom yang
terletak antara Mekah dan Madinah. Setelah mengucapkan hamdalah dan memuji
kepada Allah, memberi peringatan dan nasihat lalu bersabda baginda s.a.w.:
أَمَّا بَعْدُ أَلاَ أًيُّهَا النَّاسُ فَاءِنَّمَا
أَنَا بَشَرٌ يُوْشِكُ أَنْ يَأْتِى رَسُوْلُ رَبِّىْ فَأُجِيْبُ وَأًنَا تَارِكٌ
فِيْكُمْ ثَقَلَيْنِ : أَوَّلُهَا كِتَابُ اللهِ فِيْهِ الْهُدَي وَالنُّوْرُ
فَخُذُوْا بِكِتَابِ اللهِ وَاسْتَمْسِكُوْا فَحَثَّ عَلَىكِتَابِ اللهِ وَرَغِبَ
فِيْهِ. ثُمَّ قَالَ : وَأَهْلُ بَيْتِىْ أُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى أَهْلِ
بَيْتِىْ اُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى أَهْلِ بَيْتِى أُذَكِّرُ كُمُ اللهَ فِى
أَهْلِ بَيْتِى. فَقَ لَ لَهُ حُصَيْنٌ : وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ يَا زَيْدُ؟
أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ؟ قَالَ : نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ
بَيْتِهِ. وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِّمَ الصَّدَقَةُ بَعْدَهُ. قَالَ :
وَمَنْ هُمْ؟ قَالَ : هُمْ آلُ عَلِيْ وَآلُ عَقِيْلٍ وَآلُ جَعْفَرٍ وَآلُ
عَبَّاسِ. قَالَ : كُلُّ هَؤُلاَءِ حُرِّمَ الصَّدَقَةُ؟ قَالَ : نَعَمَ
"Amma
ba'du, wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah seorang basyar (manusia)
dan tidak lama lagi aku akan menyahut seruan tuhanku, maka aku tinggalkan di
tengah-tengah kamu dua perkara yang berat (Thaqalain); pertama Kitab Allah
Ta'ala yang di dalamnya mengandungi petunjuk dan cahaya, maka ambillah kitab
Allah itu dan berpeganglah padanya", lalu baginda menganjurkan supaya
memberi perhatian kepadanya dan menggemarkan orang kepadanya kemudian sabdanya:
"Dan Ahli Baitku, aku peringatkan kamu terhadap Ahli Baitku".
Lalu Husain bertanya: Siapakah Ahli Bait baginda wahai Zaid? Bukankah
isteri-isteri beliau adalah Ahli Baitnya? Zaid menjawab: Sesungguhnya
isteri-isteri baginda bukanlah daripada Ahli Baitnya akan tetapi Ahli Bait
baginda adalah orang-orang yang diharamkan pada mereka menerima sedekah selepas
kewafatan baginda. Ia bertanya lagi: Siapakah mereka itu? Jawabnya: Mereka
itu adalah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaafar dan keluarga Al-Abbas
r.a. Katanya: Apakah semua mereka itu diharamkan padanya sedekah?
Jawabnya: Ya, diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Tirmizi dan Nasa'i.
HUKUM YANG
DAPAT DIAMBIL DARI HADIS-HADIS DI ATAS:
- Al-Qur'an-ul-Karim
akan kekal dan akan kekal pula hukumnya serta bukti kebenarannya di atas
permukaan bumi sehingga hari kiamat kemudian datang kepada Rasulullah di
telaga haudhnya seperti disebutkan dalam tiga hadis pertama di atas.
- Ahlul
Bait adalah 'partner' Al-Qur'an yang sentiasa berdamping dengannya, tiada
mungkin terpisah sehingga keduanya bertemu dengan Rasulullah di telaga
haudhnya seperti diterang oleh hadis-hadis di atas.
- Dari
hadis ini dapat diketahui bahawa keturunan Ahlul Bait sentiasa dikenal dan
dipercayai sebagaimana Al-Qur'an-ul-Karim dipercayai, kerana keduanya
merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan, seperti disifatkan oleh
hadis-hadis sahih di atas.
- Rasulullah
s.a.w. menyebutkan dalam tiga hadis pertama di atas bahawa beliau meninggalkan
di atas permukaan bumi ini dua perkara yang sentiasa bergandingan, siapa
berpegang kepada keduanya tidak akan sesat iaitu; Kitab Allah dan
itrahnya.
1. Abu Daud
mengatakan dalam Sunannya: Telah memberitahu saya Ahmad Bin Ibrahim, dari
Abdullah Bin Jaafar Ar-Rugi, dari Abul Malij Al-Hasan Bin Omar dari Ziyad Bin
Bayan dari Ali Bin Nufail dari Said Bin Al-Musayyib dari Ummu Salamah katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Al-Mahdi adalah dari
keturunanku dan dari cucu Fatimah", dikeluarkan oleh Ibnu Majah dari
Said Bin Al-Musayyib katanya: Kami pernah berada di rumah Ummu Salamah r.a. dan
kami menyebut-nyebut Al-Mahdi, maka katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Al-Mahdi dari keturunan Fatimah", hadis ini
disahihkan oleh As-Sayuti dalam kitab Al-Jami' As-Saghir.
2. Abu Daud
juga meriwayatkan dalam Sunannya dari jalur Asim Bin Ibnun-Nujud dari
Zar Bin Abdullah Bin Mas'ud r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Sekiranya
tidak tinggal melainkan sehari umur dunia, nescaya Allah akan memanjangkan hari
itu sehingga dibangkitkan padanya seorang dariku atau dari keluargaku yang
namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku, ia akan
memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi dengan kezaliman
dan penganiayaan", hadis ini disahihkan oleh Ibnu Taimiyah dalam kitab
Minhajus Sunnah an-Nabawiyah.
3. Berkata
Abu Daud dalam Sunannya: Telah memberitahu aku Suhail Bin Tamam Bin
Badi' dari Imaran Al-Qattan dari Abi Nadrah dari Abi Said Al-Khudri katanya:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Al-Mahdi dari keturunanku, lebar
dahinya dan mancung hidungnya, ia memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan
setelah dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan dan akan berkuasa selama 7
tahun". Hadis disahihkan oleh Ibnu Qayyim dalam kitab Al-Manar
dan As-Sayuti dalam kitab Al-Jami' As-Saghir.
Dari
hadis-hadis mengenai Al-Mahdi di atas dapat diambil beberapa pengajaran:
1. Al-Mahdi
dari keturunan Rasulullah s.a.w. dan keluarga Nabi s.a.w. adalah keturunan(19)
wanita ahli syurga, Sayidah Fatimah Az-Zahra' iaitu dari keturunan Sayidina
Al-Hasan atau Sayidina Al-Husain r.a.
2. Al-Mahdi
akan datang pada akhir zaman dan bahawa beliau dari keturunan Ahlul Bait. Oleh
kerana beliau dari keturunan Ahlul Bait maka nasabnya mesti dikenal dan
disepakati oleh semua pihak, sehingga tidak terdapat keraguan pada nasabnya,
kerana kami diperintah untuk mengimaninya dan mengikutinya sekalipun dengan
merangkak di atas salji, seperti disebutkan dalam hadis-hadis sahih.
3. Al-Mahdi
disebutkan dalam banyak hadis yang telah mencapai tingkat mutawatir(20)
maka barangsiapa mengingkarinya atau mencaci nasabnya dan nasab keturunan
Fatimah Az-Zahra' yang telah terbukti dengan dalil-dalil naqli dengan
sanad-sanadnya yang sahih lagi mutawatir, maka ia telah mengingkari suatu dalil
syar'i yang terbukti kebenarannya, sedangkan orang yang mengingkari hadis
mutawatir jelas hukumnya di sisi para ulama syarak dan untuk lebih memperjelas
kami sebutkan beberapa dalil dalam pembahasan-pembahasan risalah ini.
Firman Allah
Ta'ala dalam Al-Qur'an:
جَنَّاتُ عَدْنٍ يَّدْخُلُوْ نَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ
آبَآ ئِهِمْ وَاَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمِ...الرعد:23
"Syurga
'Adn mereka masuk ke dalamnya dan juga orang yang baik-baik dari bapak-bapak
mereka dan isteri-isteri (suami-suami) mereka dan turunan mereka"(21).
Maka dapat
diambil pengajaran dari ayat suci ini, bahawa Allah s.w.t. menetapkan suatu
hukum kepada keturunan-keturunan yang mana mereka akan menyertai datuk-datuk
mereka, lalu bagaimana dapat dipastikan keturunan-keturunan itu tanpa ketetapan
nasab, sedangkan zuriat (keturunan) sebagaimana kita ketahui adalah dari hasil
keturunan seorang lelaki atau orang yang dinasabkan kepadanya hingga hari
kiamat.
1. Dari Abi
Said Al-Khudri r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w berkhutbah di atas
mimbar:
مَ بَالُ أَقْوَامٍ يَقُوْلُوْنَ: إِنَّ رَحْمَ رَسُوْلِ
اللهِ لاَ تَنْفَعُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. بَلَى. إِنَّ رَحْمِيْ مَوْصُوْلَةٌ فِى
الدُّنْيَا وَاْلأَخِرَةِ
"Mengapa
masih ada sebilangan kaum yang mengatakan bahawa tali kekeluargaan Rasulullah
s.a.w tidak menguntungkan kaumnya pada hari kiamat. Sungguh demi Allah
bahawasanya tali kekeluargaan akan tetap tersambung di dunia mahupun di
akhirat. Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku akan mendahului kamu sampai
di Telaga Haudh" diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim dalam
sahihnya, dan Al-Baihaqi dan Tabarani dalam kitab Al-Kabir.
2. Al-Bazzar
meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Telah meninggal dunia seorang puteri
Safiah binti Abdul Muttalib r.a. kemudian beliau bercerita yang kesudahannya
beliau katakan: Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri, setelah mengucapkan
hamdalah dan memuji kepada Allah lalu bersabda: "Mengapa masih ada
sebilangan kaum yang menuduh bahawa hubungan kerabatku tidak akan memberi
manfaat, ketahuilah bahawa semua kemuliaan dan keturunan akan terputus pada
hari kiamat kecuali kemuliaan dan keturunanku dan sesungguhnya tali
kekeluargaanku akan tetap bersambung di dunia mahupun di akhirat", hadis
ini disahihkan oleh Al-Hafiz As-Sakhawi dan Ibnu Hajar dan disebutkan oleh Imam
Ahmad dalam musnadnya dari tiga jalur.
- Dari
dua hadis di atas nyatalah bahawa kemuliaan dan keturunan Rasulullah
s.a.w. tidak akan terputus sama ada di dunia mahupun di akhirat.
- Nabi
s.a.w. membantah anggapan orang yang mengatakan bahawa tali
kekeluargaannya tidak memberi manfaat, bahkan menguatkan manfaat tersebut
dengan sumpah yang mana sabdanya: "Demi Allah sesungguhnya tali
kekeluargaanku tetap bersambung di dunia dan di akhirat".
Maka jelas
bahawa dari keterangan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. di atas bahawa itrah
beliau adalah keterununan Saiyidina Al-Hasan dan Saiyidina Al-Husain r.a. dan
bahawasanya keturunan ini akan kekal sebagaimana kekalnya Al-Qur'an sehingga
kedua datang pada hari kiamat di Telaga Haudhnya. Sesungguhnya Al-Mahdi berasal
dari keturunan suci ini yang sentiasa terbukti dengan jelas tanpa ada keraguan
di dalamnya, laksana Al-Qur'an yang terang, jelas dan terbukti kebenarannya.
Kemudian bahawasanya nasab Rasulullah s.a.w. tidak akan terputus di dunia
mahupun di akhirat, siapa yang mengingkarinya maka ia telah mengingkari
kewajipan beragama, menentang Allah dan mendustakan hadis-hadis sahih mutawatir
yang datang dari Rasulullah s.a.w.
19) Al-Hafiz
Ibnu Kathir menyebutkan dalam kitab Al-Malahim dan Al-Fitan ketika menyebutkan
hadis bendera-bendera hitam dari Tirmizi kemudian ia katakan: Bendera-bendera
ini bukanlah yang dibawa Abu Muslim Al-Khurasani kemudian dengan itu ia
meruntuhkan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132 H, tetapi ia bendera-bendera
hitam yang akan dibawa serta oleh Al-Mahdi iaitu Muhammad bin Abdullah Al-Alawi
Al-Fatimi Al-Hasani r.a.
20) Lihat kitab Ar-Rad Ala Man Kazzabal Ahadith As-Sahihah Al-Waridah Fil Mahdi dimana dikutip pendapat tentang mutawatirnya hadis-hadis Al-Mahdi, karangan As-Syeikh Abdul Muhsin bin Hamdul Ibad.
21) Surah Ar-Ra'd:23 dan dikutip oleh As-Syeikh Al-Mubarak dari Imam Syaukani.
20) Lihat kitab Ar-Rad Ala Man Kazzabal Ahadith As-Sahihah Al-Waridah Fil Mahdi dimana dikutip pendapat tentang mutawatirnya hadis-hadis Al-Mahdi, karangan As-Syeikh Abdul Muhsin bin Hamdul Ibad.
21) Surah Ar-Ra'd:23 dan dikutip oleh As-Syeikh Al-Mubarak dari Imam Syaukani.
PEMBAHASAN KELIMA
AALI BA'ALAWI ATAU BANI ALAWI
Ketika sedang berkecamuk fitnah di
Basrah di mana bandar-bandar di Iraq menghadapi bahaya pembunuhan dan terorisme(22),
Imam Ahmad Bin Isa meninggalkannya pada tahun 317 H bersama sebilangan besar
dari keluarga dan pembantunya yang mencapai jumlahnya lebih kurang 70 orang.
Perlu diketahui bahawa Imam Ahmad adalah ketua orang-orang Alawiyyin di Basrah.
Beliau adalah putera Imam Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi dan beliau
seorang alim, lalu Imam Ahmad menuju ke Madinah Al-Munawwarah dan tinggal di
sana selama setahun, kemudian menunaikan haji pada tahun 318 H. Setelah selesai
menunaikan hajinya beliau terus menuju ke Yaman, di antara tempat yang
dilaluinya ialah Aljubail di suatu lembah Dau'an bersama dengan rombongannya
dari Basrah, lalu berpindah ke bandar Alhajrain yang masyhur. Di sana beliau
memiliki sebidang tanah dan pokok tamar, kemudian beliau berpindah ke bandar
Al-Husaisah yang kini telah hilang/tertimbus yang dahulunya terletak di antara
dua bandar Siwon dan Tarim, lalu meninggal dunia di sana pada tahun 345 H dan
kuburnya yang terkenal terletak di tengah-tengah bukit di mana terlihat oleh
pengunjungnya dari semua arah.
Ketika Imam Ahmad Bin Isa tiba bersama rombongannya
di Hadramaut beliau tidak memiliki rumah-rumah, tanah atau ladang pertanian,
tetapi orang-orang dari kalangan Ahli Sunnah dan Syiah datang mengadap pada
beliau, sementara orang-orang Abadhiah dari kalangan Kindah dan Almaharah
menentang kehadiran beliau di Hadramaut. Sebahagian para ahli sejarah
menyebutkan tentang terjadinya pertempuran Bahran di antara orang-orang
Abadhiah di satu pihak dan Ahlus Sunnah dan Syiah di pihak yang lain. Orang
Abadhiah berusaha menyingkirkan Imam Al-Muhajir dari Hadramaut sementara
orang-orang Syiah menghendaki beliau kekal di sana. Akhirnya kemenangan berada
di pihak penyokong-penyokong Imam Al-Muhajir(23) dan tewaslah
orang-orang Abadhiah dalam pertempuran ini. Kemudian tersebarlah keturunan Imam
Ahmad di Hadramaut di mana orang yang pertama dari keturunannya dilahirkan di
Hadramaut ialah Imam Alawi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Bin Isa(24),
dinamakan dengan nama ini kerana dinisbahkan kepada Imam Ali dan tidak seorang
pun membantu atas pemberian nama ini, maka kepada Imam Alawi inilah kemudian
dinasabkan SADAH di Hadramaut, lalu mereka disebutkan Aali Ba'Alawi
seperti cara orang-orang Hadramaut menasabkan kepada datuk-datuk mereka. Adapun
dalam bahasa yang fasih Ba'Alawi ini terpisahlah antara keturunan Imam Ahmad
Bin Isa yang tersebar di Hadramaut dan di tempat-tempat berhijrahnya
orang-orang Hadramaut dengan nisbah yang am dipakai bagi keturunan Imam Ali Bin
Abi Talib karramallahu wajhah. Orang-orang yang menyokongnya dipanggil
Alawiyyin, sementara orang-orang yang menentangnya disebut Nawasib, seperti
Othmaniyyin, Sufyaniyyin dan Huraiziyyin, mereka itu dinisbahkan kepada
Saiyidina Othman r.a., Abu Sufyan Bin Harb dan Huraiz An-Nassibi yang masyhur.
Adapun keturunan Imam Alawi Bin
Ubaidillah adalah orang-orang berilmu, berdakwah dan mempunyai istiqamah.
Mereka menjadikan orang-orang yang tinggal di Hadramaut dan di tempat-tempat
berhijrahnya sebagai orang-orang yang bermazhab Syafi'e dan dengan ilmu dan
kebijaksanaan mereka, Hadramaut bertukar dari penganut mazhab Abadhi yang sudah
menyimpang kepada Ahlus-Sunnah bermazhab Syafi'e. Kemudian mereka memperluas
gerakannya ke dunia Islam yang lain, lalu bergeraklah mereka ke beberapa
wilayah Asia Tenggara dan Afrika Timur sambil membawa cahaya Islam demi
memenuhi perintah tuhannya kerana firman Allah Ta'ala:
أُدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
وَالْمَوْ عِظَةِ الْحَسَنَةِ... النحل:125
"Ajaklah
mereka kepada jalan Allah dengan bijaksana dan pengajaran yang baik".
Lihatlah kitab 'Islam di Timur Jauh',
(tarikh masuknya penyebaran dan keadaannya) karangan Dr. Kaisar Adib Mokhol
yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Dr. Nabil Subhi dan kitab 'Pengantar
Kepada Sejarah Islam di Timur Jauh', karangan Al-Allamah Alwi Bin Tahir
Al-Haddad Ba'Alawi, kitab 'Sejarah Islam di Filipina' oleh Dr. Naqib
Salibi, kitab 'Masuknya Islam Ke Afrika Timur' oleh Ustaz Hamid Ahmad
Masyhur Al-Haddad dan 'Dunia Islam Masa Kini' oleh Amir Shakib Arslan.
Di antara nasab yang masyhur di Hadramaut,
Yaman, Al-Haramain As-Syarifain dan tempat-tempat berhijrahnya orang-orang
Hadramaut, Mesir, Syria serta Moroko, iaitu yang berasal dari Al-Allamah
Ad-Da'iyah Al-Muhaqqiq kepada orang salaf dahulu yang mempunyai nama, baik di
timur, barat dan tanahair ialah Ahmad Bin Hassan Bin Abdullah Al-Attas.
Beliau dilahirkan pada tahun 1257 H di Huraidhah, Hadramaut. Beliau memperoleh
ilmu pengetahuan dari ulama terkemuka di sana sehingga beliau menguasai
ilmu-ilmu bahasa dan syariah Islamiah. Setelah menghafal Al-Qur'an dan
bacaan-bacaannya beliau pergi ke Al-Haramain As-Syarifain untuk menuntut ilmu
di Mekah Al-Mukarramah, maka tersebarlah nama baiknya di sana dan beliau
dikenal oleh ulama yang datang ke Mekah Al-Mukarramah kerana hubungan beliau
yang erat dengan guru besar dan mufti Mekah, As-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, yang
mana telah disediakan untuk beliau suatu tempat duduk yang tinggi di
tengah-tengah suasana keilmuan dan beliau diizinkan mengajar di Al-Haram dimana
beliau dikerumuni oleh para ulama Mekah, Madinah, Mesir, Syria dan Moroko
kerana luasnya ilmu beliau, cerdas otaknya, baik pemikirannya dan meresap
kata-katanya sehingga banyak di antara ulama Al-haramain As-syarifain, Mesir,
Syria dan Moroko memuji beliau. Tambahan lagi beliau berasal dari Hadramaut,
lalu mereka menterjemahkan kitab-kitab beliau(25). Kemudian
beliau kembali ke Hadramaut di mana beliau mendapat suatu manfaat yang besar
kerana dapat menyebarkan ilmu dan dakwah serta melakukan kebaikan. Beliau juga
banyak mempunyai jasa dan semua orang mengenal nisbah beliau kepada keturunan
Rasulullah (Itrah Muhammadiyah) tiada seorang pun yang mengingkarinya
dan dengan itu beliau dikenal dalam beberapa perjalanannya terutama di Mesir
ketika datang menziarahinya pada tahun 1308 H. Kemudian setelah menempuh
kehidupan yang penuh dengan erti kebaikan beliau telah kembali ke rahmatullah
pada tahun 1334 H setelah mencapai usia 77 tahun.
22) Fitnah Az-Zinj Wa Fitnah
Al-Qaramitah.
23) Lihat kitab Imam Muhajir karangan Ustaz Muhammad Zia' Syahab dan Abdullah bin Nuh cetakan Dar Al-Syuruq.
24) Kepada beliau dinasabkan As-Sadah Al Ba Alawi di Hadramaut.
25) Lihat kitab-kitab berikut: Tanwir Al-Iglas, karangan As-Syeikh Muhammad Ba-Fadhl; Uqud Al-Almas, karangan Al-Allamah Alwi bin Tahir Al-Haddad; Siyar Wa Tarajim Ba'dhu Ulama'ina Fil Qamir Rabi' Asyar, karangan Al-Ustaz Omar Abdul Jabbar; Kalam Al-Habib Ahmad bin Hasan Al-Attas, Fi Man Talaqqa Anhu Min Ulama' Al-Jihat; Mu'jam Al-Mualiffin, karangan Omar Ridha Kahhalah; Al-A'lam, karangan Az-Zarkali.
23) Lihat kitab Imam Muhajir karangan Ustaz Muhammad Zia' Syahab dan Abdullah bin Nuh cetakan Dar Al-Syuruq.
24) Kepada beliau dinasabkan As-Sadah Al Ba Alawi di Hadramaut.
25) Lihat kitab-kitab berikut: Tanwir Al-Iglas, karangan As-Syeikh Muhammad Ba-Fadhl; Uqud Al-Almas, karangan Al-Allamah Alwi bin Tahir Al-Haddad; Siyar Wa Tarajim Ba'dhu Ulama'ina Fil Qamir Rabi' Asyar, karangan Al-Ustaz Omar Abdul Jabbar; Kalam Al-Habib Ahmad bin Hasan Al-Attas, Fi Man Talaqqa Anhu Min Ulama' Al-Jihat; Mu'jam Al-Mualiffin, karangan Omar Ridha Kahhalah; Al-A'lam, karangan Az-Zarkali.
PEMBAHASAN KEENAM
PERNYATAAN PARA AHLI SEJARAH, NASAB DAN
BIOGRAFI TENTANG KETURUNAN AL-MUHAJIR AHMAD BIN ISA
Sadah Bani Alawi di Hadramaut atau di
tempat-tempat mereka berhijrah tidak asing lagi, bahkan keluarga ini yang
paling masyhur dan dikenal disemua tempat oleh segenap lapisan masyarakat baik
yang khawas atau awam pada seluruh zaman. Mereka tidak mengadaptasi nasabnya
seperti dugaan sebahagian orang, tetapi nama baik mereka terkenal dan tersebar
luas, sehingga banyak pengikut-pengikut mereka di Hadramaut dari kalangan
kabilah-kabilah, terutama dari kalangan ulama Masyaikh dari keluarga Abi Fadhl,
keluarga Al-Amudi dan selainnya, yang mana tidak seorang pun dari mereka berani
mendustakan nasab ini. Adapun terjadinya permusuhan oleh sebahagian penduduk
Hadramaut kepada Bani Alawi adalah kerana mereka khuatir terhadap kedudukan
mereka dan takut diambil alih oleh Sadah yang mulia yang datang dari luar
Hadramaut, yang mana mempunyai kelebihan-kelebihan yang melayakkan mereka bagi
menduduki tempat-tempat itu kerana mereka memiliki sifat-sifat seperti ilmu,
kemuliaan dan budi pekerti yang luhur. Dengan kelebihan yang ada itu maka
lahirlah(26) dari keluarga ini sejumlah besar dari
tokoh-tokoh yang namanya terkenal di barat mahupun di timur dan berdatangan
kepada mereka orang-orang dari berbagai penjuru bumi(27)
untuk menimba ilmu pengetahuan daripada mereka sebagaimana mereka juga tampil
di luar Hadramaut terutama di Al-Haramain As-Syarifain(28),
yang akan diterangkan kepada anda dalam ruang pembahasan ini tentang
orang-orang yang menulis biografi mereka dan menyebutkan ketua-ketua nasabnya
selain daripada ulama Hadramaut kerana masyhurnya nasab mereka di kalangan para
ahli sejarah, ahli nasab dan ahli biografi di dunia Islam yang telah disusun
menurut tarikh wafatnya. Dalam pembahasan ini terdapat 14 bahagian, setelah
menyebutkan susur-galur nasab yang diterangkan oleh penyusun ini kami ingin
memberi keterangan tentang kedudukan orang alim ini dan sedikit daripada
peninggalan-peninggalannya.
Sasterawan dan ahli sejarah, Abul Faraj
Al-Asfahani menyebutkan dalam kitabnya, Maqatil At-Talibin, sebuah kitab
yang menerangkan tentang susur-galur nasab dari mereka yang terbunuh dari
keturunan Abu Talib, bermula dari Imam Ali Bin Abi Talib k.w. hingga orang-orang
yang terbunuh dalam masa kekuasaan Al-Muqtadir Al-Abbasi yang wafat pada tahun
320 H dan kitab itu dicetak oleh Darul Ma'rifah di Beirut.
Beliau juga menyebutkan pada muka surat
718 tentang pembunuhan Muhammad Bin Yahaya Bin Muhammad Bin Ali Bin Jaafar Bin
Muhammad Bin Ali Bin Al-Husain Bin Ali Bin Abi Talib r.a. Yahaya tersebut
adalah saudara Isa An-Naqib yang digelar dengan Ar-Rumi, dan di antara
anak-anak Isa adalah Ahmad iaitu datuk kepada Sadah keluarga Ba'Alawi di
Hadramaut. Abul Faraj Al-Asfahani sebagaimana maklum adalah seorang dari
keturunan Bani Umayyah yang hidup satu zaman dengan Imam Ahmad Bin Isa Bin
Muhammad Bin Ali Ja'afar As-Sadiq.
Sheikh As-Syaraf Abul Hasan Al-Ubaidili
menyebutkan dalam kitabnya 'Tahdzibul Ansab' ketika ia menerangkan
keturunan Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi dengan katanya, "Di antara anak
Ahmad Bin Isa Al-Akbar adalah Abu Ja'far Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin
Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi". Kemudian ia mengatakan,
"Saya telah melihat beliau di Baghdad yang kemudian beliau kehilangan
penglihatannya dalam usia yang lanjut (yakni Abu Ja'far Muhammad Bin
Ali)".
Adapun Muhammad Bin Ahmad Bin Isa Bin
Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi adalah saudara Ubaidillah, iaitu datuk kepada Sadah
keluarga Abi Alawi.
Abul Hasan Al-Umri menyebutkan dalam
kitabnya 'Al-Majdi Al-Makhtut' ketika menerangkan keturunan Ali
Al-Uraidhi, katanya "Adapun Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi adalah
seorang pemimpin ternama mempunyai gelaran Ar-Rumi dan beliau dilahirkan dari
seorang hamba perempuan (Ummu Walad)".
Adapun Isa mempunyai beberapa orang anak
yang dari mereka menghasilkan keturunan yang banyak, yang mana di antara
keturunannya ialah datu Sadah keluarga Bani Alawi -- Alawi Bin Ubaidillah
Bin Ahmad Bin Isa.
Al-Allamah Alwi Bin Tahir Al-Haddad
menyatakan dalam kitabnya 'Uqudul Almas' juz 2 muka surat 58, bahawa
Al-Jundi memberikan keterangan dalam kitabnya 'As-Suluk Fi Tabaqatil Ulama
Wal Muluk' tentang riwayat hidup 11 orang dari keturunan Bani Alawi. Saya
telah berusaha mencari buku itu untuk menyalin biografi seorang atau lebih dari
orang-orang yang telah tertulis biografinya dalam kitab tersebut, akan tetapi
tidak banyak diperolehi memandangkan ia ditulis dengan tulisan tangan, lalu
saya dapatkan juz pertama yang telah dicetak dan ditahqiq oleh Muhammad Bin
Hasan Al-Akwak, sedangkan yang lain belum dicetak pada masa itu. Saya berjanji
jika ia sudah dicetak akan saya tambahkan salasilah nasab orang-orang yang
ditulis biografinya dalam cetakan yang akan datang, Insya Allah Ta'ala.
Sila lihat apa yang telah ditulis oleh
Ibnu Anbah dalam umdah besar dan kecil juga dalam salasilah di mana ia
menyebutkan nasab keluarga Ali Al-Uraidhi seraya katanya, "Adapun susunan
nasab keturunan Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi ialah Ahmad Al-Abh Bin Muhammad
Al-Hasan Ad-Dallal Bin Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Isa Al-Akbar
Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi Bin Ja'far As-Sadiq.
Ahmad Bin Isa adalah datuk Alwi Bin
Ubaidillah yang kemudian menjadi asal usul Sadah Bani Alawi di Hadramaut, Jawa
dan di tempat-tempat di mana keturunan mereka tersebar luas.
Abul Fudhail Muhammad Al-Kazim Bin Abil
Futuh menyebutkan dalam kitabnya 'An-Nafhatul Ambariyyah Fi Ansabi Khairil
Bariyyah' yang ditulis dalam khazanah Sheikh Abdullah Az-Zanjani di Qum,
Iran, beliau menyatakan tentang keturunan Ja'far As-Sadiq katanya,
"Anak-anak Ali Bin Ja'far As-Sadiq ialah Abdullah, Abdul Jabbar dan Muhammad
yang daripadanya mendapat keturunan". Kemudian beliau berhijrah ke Ras
dengan ditemani oleh Tarjumanuddin Al-Qasim Bin Ibrahim Taba-taba, maka
lahirlah di sana Isa dan di antara orang yang dilahirkan di sana ialah
As-Sayyid Ahmad yang berpindah ke Hadramaut, maka di antara orang yang
dilahirkan di sana ialah As-Sayyid Abil Jadid yang datang ke Aden pada zaman
Almas'ud Bin Taghtakin Bin Ayyub Bin Syadi pada tahun 611 H. Kerana sesuatu hal
maka Almas'ud murka kepada beliau lalu beliau ditangkapnya dan dibuang ke
India. Kemudian setelah Almas'ud mati, beliau kembali ke Hadramaut".
Dari teks An-Nafhatul Ambariyyah
diperolehi penjelasan bahawa keturunan Ahmad Bin Isa Bin Ali Al-Uraidhi di
Hadramaut adalah dari keturunan Imam yang terkenal Ali Bin Muhammad Bin Jadid
Bin Abdullah Bin Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Bin Ja'far As-Sadiq.
Lihatlah pada kitab 'Bahrul Ansab'
yang diberi nama 'Al-Musyajjarul Kasysyaf Li Usulis Sadatil Asyraf'
karangan seorang pakar nasab Imam An-Najafi, di mana beliau menyebutkan pada
muka surat 52 -- setelah ditambah oleh Azzabidi dan Rifa'i -- mengenai nasab
As-Sayyid Abu Bakar Bin Hasan Bin Abi Bakar Bin Salim Bin Abdullah Bin
Abdurrahman Bin Abdullah Bin Abdurrahman As-Seggaf Bin Muhammad Bin Ali Bin
Alwi Bin Muhammad Bin Alwi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin
Ali Al-Uraidhi Bin Ja'far As-Sadiq hingga ke akhir nasab.
Kitab Bahrul Ansab adalah kitab
yang paling berharga di antara kitab-kitab nasab yang lain dan bertambah
mutunya bila ia ditahqiq oleh As-Sayyid Muhammad Murtadha Azzabidi Al-Husaini
yang wafat pada tahun 1205 H dan mempunyai beberapa karangan. Antara yang
terpenting ialah Tajul 'Arus Bi Syarhil Qamus, yang mana setiap naskhah
yang dicetak dari Bahrul Ansab mengandungi cop beliau. Kemudian diperkuat oleh
As-Sayyid Husain Bin Muhammad Ar-Rifa'i Al-Hanafi, seorang ulama besar Azhar
Syarif. Maka salasilah itu mengandungi seratus lebih salasilah dan kitab-kitab
induk tarikh yang ditambah pada penghabisannya salasilah keluarga Bani Alawi.
As-Sayyid Muhammad Sirajuddin Bin
As-Sayyid Abdullah Al-Qasim Bin As-Sayyid Muhammad Al-Huzam Ar-Rifa'i
menyebutkan dalam kitabnya 'Sihahul Akhbar Fi Nasabis Sadah Al-Fatimiyyah
Al-Akhyar' dicetak oleh percetakan Nukhbatul Akhyar di India tahun 1306 H
yang mana beliau menyebutkan dalam muka surat 53 tentang anak-anak Isa Bin
Muhammad Al-Uraidhi katanya, "Dan di antara anak-anaknya ialah Ahmad Bin
Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi, di Yaman".
Teks ucapan ini sesuai dengan pendapat
para penulis kitab-kitab sirah, nasab dan tarikh yang menyebutkan bab ini.
As-Sakhawi menyebutkan dalam beberapa
karangannya mengenai biografi Sadah Al-Alawi, di antaranya dalam kitab Bughyatul
Rawi Biman Akhadza Anis Sakhawi dan kitab Ad-Dhaw'ul Lamik. Sebagai
misal, kami kemukakan di sini salasilah seorang dari keluarga Bani Alawi yang
telah ditulis biografinya dalam kitab Ad-Dhaw'ul Lamik juz 5 muka surat
59 yang mana beliau mengatakan pada biografi No. 220: Abdullah Bin Muhammad Bin
Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ali Bin Alwi
Bin Muhammad Bin Alwi Bin Muhammad Bin Ali Bin Ja'far As-Sadiq Bin Muhammad
Al-Baqir Bin Zainal Abidin Ali Bin Al-Husain Bin Ali Bin Abi Talib, Al-Husaini
Al-Hadrami wafat di Mekah dan dikubur di sana. Beliau digelar dengan As-Syarif
Ba'Alawi, mempunyai banyak sifat-sifat kemuliaan seperti ilmu, kebaikan dan
istiqamah hingga mendapat kepercayaan dari penduduk Mekah dan perjalanan beliau
dari Hadramaut ke Al-Haramain selalu disebut-sebut oleh mereka, manakala tarikh
wafat beliau iaitu pada tahun 886 di Mekah. Maka jelaslah dari kata-kata Imam
As-Sakhawi dalam kitabnya yang menyebutkan susunan nasab Bani Alawi dengan
teratur bahawa nasab ini tidak dapat dipertikaikan lagi, bahkan ia termasuk
dari nasab-nasab yang diterima sebagai pokok pangkal keturunan Nabi Muhammad
s.a.w. Adapun mengenai kedudukan ilmu dan penelitian As-Sakhawi yang enggan
mengambil kecuali riwayat yang telah terbukti kebenarannya, tidak asing lagi
bagi mereka yang berpengetahuan sekalipun sedikit.
As-Sayed Jamaluddin Abdullah Al-Jurjani
Bin Abil Barakat, ketua Jurjan menyatakan dalam Musyajjarah Al-Kasysyaf ketika
menyebutkan tentang Abul Qasim Al-Abh katanya: Abul Qasim Al-Abh dikenal dengan
sebutan Naffat (penjual minyak) kerana beliau berniaga minyak. Beliau mempunyai
anak di Baghdad, iaitu Ibnu Abil Hasan Ad-Dallal putera Muhammad Bin Alil Bin
Muhammad Bin Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi.
Adapun Muhammad Bin Ahmad adalah saudara
Ubaidillah Bin Ahmad iaitu datuk Sadah keluarga Ba'Alawi yang tinggal di
Hadaramaut seperti yang anda lihat pada salasilah nasab dalam pembahasan ini.
Al-Muhaddith Al-Hafiz Al-Faqih Ibnu
Hajar Al-Haithami menyatakan dalam Mu'jam beliau, katanya, "Dan
saya mempunyai tariqat yang tinggi kedudukannya, kerana masyaikh (guru-gurunya)
dari awal hingga akhir berasal dari keturunan Ahlil Bait masing-masing
meriwayatkan dari ayahnya". Lalu berkata lagi bahawa ia berasal dari
Al-Qutub Abu Bakar Bin Ahmad As-Seggaf Bin Muhammad Bin Alwi Bin Muhammad Bin
Ali Bin Muhammad Bin Ali Bin Alwi Bin Muhammad Bin Alwi Bin Ubaidillah Bin
Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi hingga berakhir pada Rasulullah
s.a.w.
Seorang pakar nasab, Dhaamin Bin Syaqdam
menyebutkan dalam kitabnya Tuhfatul Azhar dan Zalalul Anhar
tentang keturunan Jamaluddin Muhammad Bin Ali Al-Uraidhi katanya,
"Jamaluddin Muhammad meninggalkan 2 orang anak; Hasan dan Syamsuddin Isa
Ar-Rumi, dan dari keduanya mendapat 2 orang cucu.
Cucu kedua, iaitu putera Syamsuddin Isa
Ar-Rumi Bin Jamaluddin Muhammad, anak digelar Ar-Rumi. Adapun Syamsuddin Isa
meninggalkan 5 orang anak; Ishak Al-Ahnaf, Abu Turab Ali, Nizamuddin Ahmad
Al-Abh, Abu Ahmad Muhammad dan Abul Husain Muhyiddin Al-Muhaddith.
Kemudian beliau menyebutkan beberapa
rantaian nasab yang mana mata rantai ketiga disebutkan anak cucu Nizamuddin
Ahmad, katanya; "Anak cucu Nizamuddin Ahmad Al-Abh Bin Syamsuddin Isa
Ar-Rumi yang dikenal keturunannya dengan Bani Abh, beliau meninggalkan 3 orang
anak, Abdullah, Muhammad dan Abul Hasan Ali Zainal Abidin".
Lalu disebutkan 3 jalur, pada jalur
pertama disebutkan anak cucu Abdullah Bin Ahmad Bin Isa, dengan katanya;
"Abdullah meninggalkan Alwi dan Basri".
Dan 2 ranting; ranting pertama menyebutkan
anak Alwi, katanya; "Alwi meninggalkan Muhammad".
Adapun Muhammad adalah datuk Al-Faqih
Al-Muqaddam Muhammad Bin Ali, yang mempunyai gelaran Al-Ustaz Al-A'zam dan
Al-Faqih Al-Muqaddam, kerana beliau melebihi seluruh ulama Hadramaut pada
zamannya, kemudian beliau wafat di Tarim pada tahun 653 H. Maka kepada beliau
dinasabkan kebanyakan Sadah Bani Alawi.
Al-Muhibbi telah menulis biografi
puluhan Sadah Bani Alawi dalam kitabnya Khulasatul Athar yang dicetak
oleh Dar Sadir di Beirut. Dalam konteks ini cukup saya membawakan salasilah
nasab seorang saja dari mereka yang tertulis biografinya dalam kitab tersebut
yang dapat dijadikan coontoh bagi peribadi-peribadi yang lain, iaitu biografi
As-Sayed Abu Bakar Bin Said Bin Abu Bakar Bin Abdul Rahman (Al-Jufri) Bin
Al-Faqih Al-Muqaddam Abdullah Bin Alwi Bin Abu Bakar Bin Muhammad Bin Ali Bin
Muhammad Bin Ahmad Bin Al-Ustaz Al-A'zam hingga ke akhir nasab.
Adapun kitab Khulasatul Athar hanya
menyebut tokoh-tokoh abad ke-11 sahaja, kerana itu kami bawakan teks kitab itu
untuk membuktikan kebenaran dan kemasyhuran nasab ini di seluruh penjuru bumi
dan pada seluruh penulis dan penyusun dari kalangan orang-orang Hadramaut, Syria
dan Mesir.
As-Sayed Abu Bakar Al-Jufri, dilahirkan
di Qasam, Hadramaut, lalu berpindah ke Tarim untuk menuntut ilmu, kemudian ke
Aynat, Sheher, Aden, Waht, Al-Haramain As-Syarifain dan akhirnya ke India.
Beliau telah mengambil ilmu dari ulama-ulama terkenal negeri-negeri tersebut
sehingga Al-Muhibbi memberikan sifat-sifat yang banyak kepada beliau. Kerana
itu setiap orang yang menulis biografinya yang dikenal dengan nisbah kepada
keturunan Rasulullah s.a.w. oleh para ulama (yang dijumpainya di beberapa buah
negara dan para pendatang ke Al-Haramain As-Syarifain) tidak ada seorang pun
yang mengingkari nasab beliau. Beliau meninggal di Tarim pada tahun 1088 H.
Seorang pakar nasab dan naqib, penjaga
keturunan Ahli Bait, As-Sayed Abu Muhammad Syamsuddin Bin Muhammad Al-Atqa
menyebutkan dalam kitabnya Nihayatul Ikhtisar (tulisan tangan), mengenai
anak-anak Isa Al-Akbar, katanya; "Di antara anak Ahmad Bin Isa Al-Akbar
ialah Abu Ja'far Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Isa Al-Akbar yang
tinggal di Baghdad, yang kemudian hilang penglihatannya di masa tuanya dan
tinggal bersama saudara-saudaranya di gunung".
26) Lihat Kasyfuzzunun Wal
A'lam, karangan Az-Zarkali dan Mu'jam Al-Muallifin, karangan Kahhalah, dan
Al-Jami' karangan Ba-Matraf di mana ia menyebutkan puluhan dari Bani Alawi yang
terkenal dengan ilmu dan karangannya.
27) Lihat Abdul Rahman bin Abdullah bin As'ad Al-Yafi'e Ibnul Muhaddith dan Muarrikkh yang menyifatkan mereka dengan kata-katanya: "Aku telah melintasi lembah Hadramaut untuk mengucap salam maka aku temui padanya segala kegembiraan, senyuman dan kesenangan". "Dan aku dapati padanya orang-orang besar dan mulia yang tidak mudah dijumpai di Timur mahupun di Barat". Dua bait syair ini telah digubah oleh Abdul Rahman kerana menyifatkan tokoh-tokoh Hadramaut pada abad kelapan ketika ia dihantar oleh ayahnya dari Mekah Al-Mukarramah ke Hadramaut untuk meninjau keadaan dan orang-orang yang tinggal di Hadramaut pada masa itu, iaitu mereka dari kalangan Bani Alawi dan dari orang yang paling masyhur dari kalangan Bani Alawi dan dari orang yang paling masyhur Imam Abdul Rahman Asseggaf.
28) Lihat kitab Daulah Al-Muwahhidin Al-Islamiyah, karangan Husein Al-Amin dari ms. 103 hingga 143.
29) Abul Faraj Al-Asfahani, Ali bin Al-Husein bin Muhammad yang bersambung nasabnya kepada Abul Aas Umayyah bin Abdi Syams bin Abdi Manaf, dilahirkan pada tahun 284 H di Asfahan dan dibesarkan di Baghdad lalu mendapat ilmu dari orang-orang alim di sana. Beliau seorang sasterawan, sejarawan, ahli nasab, ahli syair dan penulis mempunyai karangan lebih dari 30 kitab, yang paling masyhur di antaranya: Al-Aghani Al-Kabir, Maqatil Al-Talibin dan Ayyam Al-Arab.
30) Syeikh As-Syaraf Abul Hassan Al-Ubaidili, Abul Hasan Muhammad bin Abi Jaafar Muhammad bin Ali bin Al-Hasan bin Ali bin Ibrahim bin Ali As-Saleh bin Ubaidillah Al-A'raj bin Al-Husein Al-Asfar bin Imam Zainal Abidin, wafat pada tahun 435 H. Beliau hidup sezaman dengan Imam Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa memiliki beberapa karangan diantaranya: Tahzib Al-Ansab Wal Iqtisad Libani Fatimah Al-Abrar. Beliau juga menjadi rujukan ilmu nasab pada zamannya dan di antara orang yang meriwayatkan daripadanya ialah pakar-pakar nasab, Abul Hasan Al-Omari dan dua orang Sayyid Al-Radhi dan Al-Murtadha.
31) Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Ali Al-Umri, pengarang kitab Al-Majdi Al-Makhtut, wafat pada tahun 443 H. Beliau adalah seorang ulama ahli nasab hidup sezaman dengan dua orang Sayyid yang mulia Al-Radhi dan Al-Murtadha, serta Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa datuk kepada Sadah Al Ba Alawi. Kepada beliau dirujuk ilmu nasab dizamannya seperti dinyatakan oleh Ibnu Uyainah.
32) Al-Jundi, Abu Abdullah Bahauddin Muhammad bin Yusuf Ya'kub Al-Jundi As-Saksaki Al-Kindi. Al-Jundi adalah nisbah kepada sebuah bandar Al-Jund bukan kepada suku yang masyhur dalam kitab-kitab nasab, dilahirkan di bandar Zubaid di Yaman namun beliau tidak diketahui tarikh lahirnya. Beliau adalah seorang Allamah dan kadi, mendapat didikan dari ayahnya dan dari orang-orang terkenal pada zamannya dari kalangan ulama Yaman dan beliau juga mempunya ramai murid. Pekerjaannya ialah sebagai guru, penyelia dan kadi. Beliau meninggal dunia di bandar Al-Jund tahun 732 H. Semoga dirahmati Allah. Adapun kitab beliau As-Suluk tersusun dalam beberapa peringkat, terdiri dari 3 jilid dan dihimpun berdasarkan pada 4 negeri; Tihamah, Al-Jund, Sanaa' dan kemudian Hadramaut, yang mana beliau memulainya dengan sirah Rasulullah s.a.w., para kadi, sasterawan, kemudian raja-raja dan menteri-menteri. Ia merupakan kitab tarikh Yamani yang paling penting.
33) Ibnu Anbah, ialah Ahmad bin Ali yang dikenal dengan Ibnu Anbah. Beliau seorang ahli nasab, di antara karangan-karangan beliau: Bahrul Ansab Wa Umdah At-Tulib Fi Nasab Ali Abi Talib, dan Al-Umdah Al-Kubra Fil Ansab (tulisan tangan).
34) Abul Fudhail, ialah Muhammad Al-Kazim bin Abul Futuh Al-Ausat bin Abil Yaman. Beliau adalah pengarang kitab An-Nafhah Al-Anbariyah dimana beliau menyebutkan nasabnya secara sempurna pada pendahuluan kitabnya (sila lihat). Beliau dilahirkan di Dili (dikenali dengan Delhi sekarang) di suatu perkampungan di India setelah tiba datuknya Tajul Millah pada tahun 690 H. Apabila sudah remaja, beliau belayar ke beberapa negeri sehingga sampai di Yaman lalu beliau menulis banyak nasab dalam kitab An-Nafhah Al-Anbariyah kemudian berpindah ke Ghutah Damascus di Syria tahun 879 H. Tarikh wafat beliau tidak diketahui secara pasti, tetapi diperkirakan tarikh wafatnya pada akhir abad kesembilan Hijrah.
35) An-Najafi ialah As-Syeikh Imam Al-Jad Al-Bahr Al-Himam As-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin Amiduddin Ali-Husaini An-Najafi, seorang pakar nasab yang hidup pada abad kesembilan sekalipun tidak diketahui secara pasti tarikh wafatnya. Namun beliau adalah seorang tokoh pada abad kesembilan. Kitabnya Bahrul Ansab dicetak di Cairo tahun 1356 H.
36) As-Sayyid Muhammad Sirajuddin bin As-Sayyid Abdullah Al-Qasim bin As-Sayyid Ahmad Al-Hizam Ar-Rifa'i seorang alim, ahli hadis dan nasab seperti diterangkan dalam biografinya bahawa beliau dilahirkan pada tahun 793 H di Wasit, Iraq. Beliau mendapat gelar Syeikhul Islam pada zamannya kerana ilmu, amal, penghayatan, kebolehan, kepimpinan dan khidmatnya kepada ulalma sehingga banyak orang-orang saleh meriwayatkan daripada beliau. Beliau mempunyai beberapa karangan di antaranya: Al-Bayan Fi Tafsir Al-Qur'an, Silahul Mukmin dalam hadis dan An-Nuskhatul Kubra Fi Ma Khada Bihi Ahlu Ilmil Harf. Di akhir hayatnya beliau tinggal di Baghdad dan wafat di sana tahun 885 H. Semoga diredhai Allah dan meredhakannya. Selebihnya sila lihat biografi Al-Fatimiyah Al-Akhyar.
37) Imam As-Sakhawi, beliau adalah Imam Al-Hafiz, ahli hadis, fikah dan sejarah. Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin As-Sakhawi, dilahirkan pada tahun 831 H di Cairo dan wafat di Madinah Al-Munawwarah tahun 902 H. Beliau mempunyai banyak karangan dalam berbagai ilmu dan yang paling banyak dalam hadis dan tarikh di antaranya: Al-Manhal Al-Azb Ar-Rawi Fi Tarjamah An-Nawawi, Al-Jawahir Wa Ad-Durar Fi Tarjamah Syeikhul Islam Ibnu Hajar, At-Tarikh Al-Muhit, Talkhis Tarikh Al-Yaman Al-Fawaid Al-Jaliyyah Fil Asma' An-Nabawiyah, Ad-Daw'u Al-Lamik Li Ahlil Qarni At-Tasik dan Al-Maasid Al-Hasanah Fi Bayani Kathirin Minal Ahadith Al-Musytaharah Alal Alsinah.
38) Al-Jurjani ialah As-Sayyid Jamaluddin Abdullah Al-Jurjani Ibnu Abil Barakat, Naqib Jurjan putera seorang penasihat dan pakar nasab di Jurjan, Zahiruddin. Beliau hidup sezaman dengan As-Sayyid Al-Umaidi dan mengarang Musyajjar Al-Kassyaf tahun 974 H. Beliau meriwayatkan dari Al-Umdah karangan Ibnu Anbah, Sabku Az-Zahab Fi Sabki An-Nasab karangan Al-Hilli, Al-Asil karangan Abil Mustafa dan Al-Musyajjar karangan Abdul Majid dan lain-lain. Di antara karangan-karangannya; Syarah Ala Tahzib Al-Usul yang telah diselesaikan pada pertengahan Rabiul Akhir tahun 929 H.
39) Imam Al-Muhaddith (ahli hadis) Al-Faqih (ahli fikah) mempunyai banyak karangan, iaitu Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajjar Al-Haithami, dilahirkan pada tahun 909 H dan wafat di Mekah Al-Mukarramah tahun 974 H. Di antara karangan-karangannya; Syarah Al-Minhaj Lin Nawawi, Al-Fatawa Al-Hadithah, Al-Fatawa Al-Fiqhiyah, As-Sawaiq Al-Muhriqah dan lain-lain lagi dari karangannya yang bermanfaat. Lihat kitab An-Nur As-Safir An Akhbar Al-Qarnil Asyir karangan As-Syed Abdul Qadir bin Syeikh Al-Idrus dan Mu'jam Al-Muallifin karangan Kahhalah.
40) As-Sayyid Dhaamin bin Syaqdam, seorang pakar nasab yang dilahirkan dan dibesarkan di Madinah Al-Munawwarah kemudian belayar ke Iraq tahun 1051 H. Beliau berpindah-pindah di antara negeri-negeri Islam, pergi ke Khurasan tahun 1053 H, ke Asfahan tahun 1068 H, ke Damascus tahun 1079 H, kemudian beberapa kali melawat ke Asfahan dan yang terakhir kali pada tahun 1085 H. Beliau mengarang kitabnya bernama; Tuhfah Al-Azhar tahun 1082 H. Beliau belajar ilmu nasab dari kedua datuknya; Ali dan Al-Hasan, pakar-pakar nasab, pakar-pakar nasab terkenal seperti disebutkan dalam kitabnya. Terdapat satu naskhah dari kitab Tuhfah Al-Azhar di Teheran di perpustakaan As-Syeikh Ziauddin dan satu naskhah lagi ada pada kami, yang disalin dari perpustakaan Al-Auqaf di Baghdad. Pengarang mempunyai 2 orang anak; As-Sayyid Nizamuddin Abu Nasr, seorang pakar nasab dan As-Sayyid Jamaluddin Abul Qasim juga seorang pakar nasab. As-Sayyid Jamaluddin mempunyai beberapa karangan mengenai nasab: Tazlil Tuhfah Al-Azhar (karya ayahnya), Risalah Fi Nasab Al-Muluk As-Safawiyyah, Risalah Fi Nasab Syurafa' Mekah Al-Mukarramah, Risalah Fi Nasab Syurafa' Bani Al-Husain Bil Madinah, Risalah Fi Nasab Muluk Tabristan As-Sadah Al-Mar'asyiyyin dan Zurriyah As-Sayyid Qiwamuddin Al-Mar'asyi.
41) Al-Muhibbi ialah Muhammad Amin bin Fadlullah Al-Muhibbi Ad-Dimasyqi, seorang ahli sejarah, penyair dan sasterawan. Dilahirkan di Damascus tahun 1061 H dan wafat di sana pada tahun 1111 H. Di antara karangan-karangannya; Az-Zail Al-Raihanah As-Syihab Al-Khafaji yang diberi nama Nafhah Ar-Raihanah Wa Rasyhah Tila' Al-Hanah dalam bidang biografi dan Khulasah Al-Athar Fi Tarajim Ahli Al-Qarni Al-Hadi Asyar Al-Hijri.
42) Belum diperoleh biografinya.
27) Lihat Abdul Rahman bin Abdullah bin As'ad Al-Yafi'e Ibnul Muhaddith dan Muarrikkh yang menyifatkan mereka dengan kata-katanya: "Aku telah melintasi lembah Hadramaut untuk mengucap salam maka aku temui padanya segala kegembiraan, senyuman dan kesenangan". "Dan aku dapati padanya orang-orang besar dan mulia yang tidak mudah dijumpai di Timur mahupun di Barat". Dua bait syair ini telah digubah oleh Abdul Rahman kerana menyifatkan tokoh-tokoh Hadramaut pada abad kelapan ketika ia dihantar oleh ayahnya dari Mekah Al-Mukarramah ke Hadramaut untuk meninjau keadaan dan orang-orang yang tinggal di Hadramaut pada masa itu, iaitu mereka dari kalangan Bani Alawi dan dari orang yang paling masyhur dari kalangan Bani Alawi dan dari orang yang paling masyhur Imam Abdul Rahman Asseggaf.
28) Lihat kitab Daulah Al-Muwahhidin Al-Islamiyah, karangan Husein Al-Amin dari ms. 103 hingga 143.
29) Abul Faraj Al-Asfahani, Ali bin Al-Husein bin Muhammad yang bersambung nasabnya kepada Abul Aas Umayyah bin Abdi Syams bin Abdi Manaf, dilahirkan pada tahun 284 H di Asfahan dan dibesarkan di Baghdad lalu mendapat ilmu dari orang-orang alim di sana. Beliau seorang sasterawan, sejarawan, ahli nasab, ahli syair dan penulis mempunyai karangan lebih dari 30 kitab, yang paling masyhur di antaranya: Al-Aghani Al-Kabir, Maqatil Al-Talibin dan Ayyam Al-Arab.
30) Syeikh As-Syaraf Abul Hassan Al-Ubaidili, Abul Hasan Muhammad bin Abi Jaafar Muhammad bin Ali bin Al-Hasan bin Ali bin Ibrahim bin Ali As-Saleh bin Ubaidillah Al-A'raj bin Al-Husein Al-Asfar bin Imam Zainal Abidin, wafat pada tahun 435 H. Beliau hidup sezaman dengan Imam Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa memiliki beberapa karangan diantaranya: Tahzib Al-Ansab Wal Iqtisad Libani Fatimah Al-Abrar. Beliau juga menjadi rujukan ilmu nasab pada zamannya dan di antara orang yang meriwayatkan daripadanya ialah pakar-pakar nasab, Abul Hasan Al-Omari dan dua orang Sayyid Al-Radhi dan Al-Murtadha.
31) Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Ali Al-Umri, pengarang kitab Al-Majdi Al-Makhtut, wafat pada tahun 443 H. Beliau adalah seorang ulama ahli nasab hidup sezaman dengan dua orang Sayyid yang mulia Al-Radhi dan Al-Murtadha, serta Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa datuk kepada Sadah Al Ba Alawi. Kepada beliau dirujuk ilmu nasab dizamannya seperti dinyatakan oleh Ibnu Uyainah.
32) Al-Jundi, Abu Abdullah Bahauddin Muhammad bin Yusuf Ya'kub Al-Jundi As-Saksaki Al-Kindi. Al-Jundi adalah nisbah kepada sebuah bandar Al-Jund bukan kepada suku yang masyhur dalam kitab-kitab nasab, dilahirkan di bandar Zubaid di Yaman namun beliau tidak diketahui tarikh lahirnya. Beliau adalah seorang Allamah dan kadi, mendapat didikan dari ayahnya dan dari orang-orang terkenal pada zamannya dari kalangan ulama Yaman dan beliau juga mempunya ramai murid. Pekerjaannya ialah sebagai guru, penyelia dan kadi. Beliau meninggal dunia di bandar Al-Jund tahun 732 H. Semoga dirahmati Allah. Adapun kitab beliau As-Suluk tersusun dalam beberapa peringkat, terdiri dari 3 jilid dan dihimpun berdasarkan pada 4 negeri; Tihamah, Al-Jund, Sanaa' dan kemudian Hadramaut, yang mana beliau memulainya dengan sirah Rasulullah s.a.w., para kadi, sasterawan, kemudian raja-raja dan menteri-menteri. Ia merupakan kitab tarikh Yamani yang paling penting.
33) Ibnu Anbah, ialah Ahmad bin Ali yang dikenal dengan Ibnu Anbah. Beliau seorang ahli nasab, di antara karangan-karangan beliau: Bahrul Ansab Wa Umdah At-Tulib Fi Nasab Ali Abi Talib, dan Al-Umdah Al-Kubra Fil Ansab (tulisan tangan).
34) Abul Fudhail, ialah Muhammad Al-Kazim bin Abul Futuh Al-Ausat bin Abil Yaman. Beliau adalah pengarang kitab An-Nafhah Al-Anbariyah dimana beliau menyebutkan nasabnya secara sempurna pada pendahuluan kitabnya (sila lihat). Beliau dilahirkan di Dili (dikenali dengan Delhi sekarang) di suatu perkampungan di India setelah tiba datuknya Tajul Millah pada tahun 690 H. Apabila sudah remaja, beliau belayar ke beberapa negeri sehingga sampai di Yaman lalu beliau menulis banyak nasab dalam kitab An-Nafhah Al-Anbariyah kemudian berpindah ke Ghutah Damascus di Syria tahun 879 H. Tarikh wafat beliau tidak diketahui secara pasti, tetapi diperkirakan tarikh wafatnya pada akhir abad kesembilan Hijrah.
35) An-Najafi ialah As-Syeikh Imam Al-Jad Al-Bahr Al-Himam As-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin Amiduddin Ali-Husaini An-Najafi, seorang pakar nasab yang hidup pada abad kesembilan sekalipun tidak diketahui secara pasti tarikh wafatnya. Namun beliau adalah seorang tokoh pada abad kesembilan. Kitabnya Bahrul Ansab dicetak di Cairo tahun 1356 H.
36) As-Sayyid Muhammad Sirajuddin bin As-Sayyid Abdullah Al-Qasim bin As-Sayyid Ahmad Al-Hizam Ar-Rifa'i seorang alim, ahli hadis dan nasab seperti diterangkan dalam biografinya bahawa beliau dilahirkan pada tahun 793 H di Wasit, Iraq. Beliau mendapat gelar Syeikhul Islam pada zamannya kerana ilmu, amal, penghayatan, kebolehan, kepimpinan dan khidmatnya kepada ulalma sehingga banyak orang-orang saleh meriwayatkan daripada beliau. Beliau mempunyai beberapa karangan di antaranya: Al-Bayan Fi Tafsir Al-Qur'an, Silahul Mukmin dalam hadis dan An-Nuskhatul Kubra Fi Ma Khada Bihi Ahlu Ilmil Harf. Di akhir hayatnya beliau tinggal di Baghdad dan wafat di sana tahun 885 H. Semoga diredhai Allah dan meredhakannya. Selebihnya sila lihat biografi Al-Fatimiyah Al-Akhyar.
37) Imam As-Sakhawi, beliau adalah Imam Al-Hafiz, ahli hadis, fikah dan sejarah. Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin As-Sakhawi, dilahirkan pada tahun 831 H di Cairo dan wafat di Madinah Al-Munawwarah tahun 902 H. Beliau mempunyai banyak karangan dalam berbagai ilmu dan yang paling banyak dalam hadis dan tarikh di antaranya: Al-Manhal Al-Azb Ar-Rawi Fi Tarjamah An-Nawawi, Al-Jawahir Wa Ad-Durar Fi Tarjamah Syeikhul Islam Ibnu Hajar, At-Tarikh Al-Muhit, Talkhis Tarikh Al-Yaman Al-Fawaid Al-Jaliyyah Fil Asma' An-Nabawiyah, Ad-Daw'u Al-Lamik Li Ahlil Qarni At-Tasik dan Al-Maasid Al-Hasanah Fi Bayani Kathirin Minal Ahadith Al-Musytaharah Alal Alsinah.
38) Al-Jurjani ialah As-Sayyid Jamaluddin Abdullah Al-Jurjani Ibnu Abil Barakat, Naqib Jurjan putera seorang penasihat dan pakar nasab di Jurjan, Zahiruddin. Beliau hidup sezaman dengan As-Sayyid Al-Umaidi dan mengarang Musyajjar Al-Kassyaf tahun 974 H. Beliau meriwayatkan dari Al-Umdah karangan Ibnu Anbah, Sabku Az-Zahab Fi Sabki An-Nasab karangan Al-Hilli, Al-Asil karangan Abil Mustafa dan Al-Musyajjar karangan Abdul Majid dan lain-lain. Di antara karangan-karangannya; Syarah Ala Tahzib Al-Usul yang telah diselesaikan pada pertengahan Rabiul Akhir tahun 929 H.
39) Imam Al-Muhaddith (ahli hadis) Al-Faqih (ahli fikah) mempunyai banyak karangan, iaitu Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajjar Al-Haithami, dilahirkan pada tahun 909 H dan wafat di Mekah Al-Mukarramah tahun 974 H. Di antara karangan-karangannya; Syarah Al-Minhaj Lin Nawawi, Al-Fatawa Al-Hadithah, Al-Fatawa Al-Fiqhiyah, As-Sawaiq Al-Muhriqah dan lain-lain lagi dari karangannya yang bermanfaat. Lihat kitab An-Nur As-Safir An Akhbar Al-Qarnil Asyir karangan As-Syed Abdul Qadir bin Syeikh Al-Idrus dan Mu'jam Al-Muallifin karangan Kahhalah.
40) As-Sayyid Dhaamin bin Syaqdam, seorang pakar nasab yang dilahirkan dan dibesarkan di Madinah Al-Munawwarah kemudian belayar ke Iraq tahun 1051 H. Beliau berpindah-pindah di antara negeri-negeri Islam, pergi ke Khurasan tahun 1053 H, ke Asfahan tahun 1068 H, ke Damascus tahun 1079 H, kemudian beberapa kali melawat ke Asfahan dan yang terakhir kali pada tahun 1085 H. Beliau mengarang kitabnya bernama; Tuhfah Al-Azhar tahun 1082 H. Beliau belajar ilmu nasab dari kedua datuknya; Ali dan Al-Hasan, pakar-pakar nasab, pakar-pakar nasab terkenal seperti disebutkan dalam kitabnya. Terdapat satu naskhah dari kitab Tuhfah Al-Azhar di Teheran di perpustakaan As-Syeikh Ziauddin dan satu naskhah lagi ada pada kami, yang disalin dari perpustakaan Al-Auqaf di Baghdad. Pengarang mempunyai 2 orang anak; As-Sayyid Nizamuddin Abu Nasr, seorang pakar nasab dan As-Sayyid Jamaluddin Abul Qasim juga seorang pakar nasab. As-Sayyid Jamaluddin mempunyai beberapa karangan mengenai nasab: Tazlil Tuhfah Al-Azhar (karya ayahnya), Risalah Fi Nasab Al-Muluk As-Safawiyyah, Risalah Fi Nasab Syurafa' Mekah Al-Mukarramah, Risalah Fi Nasab Syurafa' Bani Al-Husain Bil Madinah, Risalah Fi Nasab Muluk Tabristan As-Sadah Al-Mar'asyiyyin dan Zurriyah As-Sayyid Qiwamuddin Al-Mar'asyi.
41) Al-Muhibbi ialah Muhammad Amin bin Fadlullah Al-Muhibbi Ad-Dimasyqi, seorang ahli sejarah, penyair dan sasterawan. Dilahirkan di Damascus tahun 1061 H dan wafat di sana pada tahun 1111 H. Di antara karangan-karangannya; Az-Zail Al-Raihanah As-Syihab Al-Khafaji yang diberi nama Nafhah Ar-Raihanah Wa Rasyhah Tila' Al-Hanah dalam bidang biografi dan Khulasah Al-Athar Fi Tarajim Ahli Al-Qarni Al-Hadi Asyar Al-Hijri.
42) Belum diperoleh biografinya.
PEMBAHASAN
KETUJUH
KESEPAKATAN
ULAMA HADRAMAUT, YAMAN DAN AL-HARAMAIN AS-SYARIFAIN TENTANG KEBENARAN NASAB
BANI ALAWI
Ulama
Hadramaut, Yaman dan Al-Haramain As-Syarifain telah bersepakat mengenai
kebenaran nasab Bani Alawi yang bersambung kepada keturunan Rasulullah s.a.w.
Mereka semuanya menyebutkan dalam tulisan-tulisan mereka tentang Bani Alawi dan
memberikan catatan tentang biografi Bani Alawi dalam kitab-kitab yang mereka
tulis dengan sempurna, bahkan sebahagian daripada mereka menulis secara khusus
tentang peribadi-peribadi tertentu dalam karangan-karangannya. Tidak seorang
pun mengata ketidaksahihan nasab mereka sama sekali, bahkan semuanya menerima
nasab keluarga ini dengan penerimaan yang mutlak kerana pemberitaannya masyhur
dan mutawatir, sehingga orang-orang yang hendak melemparkan cercaan kepada
keluarga ini mereka tidak mengalamatkan cercaannya itu kepada nasab mereka,
akan tetapi kepada kedudukan yang mereka peroleh di tengah-tengah masyarakat
Hadramaut. Itu pun tidak dapat dijadikan pegangan kerana tidak mempunyai sumber
yang kuat dari segi sejarah(43). Memandangkan banyaknya
mereka yang menulis tentang Bani Alawi, kami anggap memadai dalam pembahasan
ini dengan menyebutkan senarai nama-nama orang yang sempat kami temukan dalam
beberapa kitab(44) dan dalam perbahasan ini kami kami susun
menurut tarikh wafatnya. Barangsiapa hendak meneliti kitab-kitab ini maka ia
terdapat di seluruh perpustakaan awam dan khas sama ada di Hadramaut, Yaman,
Al-Haramain As-Syarifain, Kuwait, Darul Kutub di Mesir atau perpustakaan
manuskrip-manuskrip Arab.
NAMA-NAMA
PENULIS DARI KALANGAN ULAMA HADRAMAUT, YAMAN DAN AL-HARAMAIN AS-SYARIFAIN DAN
TARIKH WAFAT MEREKA
BIL.
|
NAMA KITAB
|
NAMA PENULIS
|
WAFAT TAHUN HIJRIY
|
1.
|
Tabaqat Fuqahail Yaman
|
Bahauddin
Abu Abdillah Muhammad Bin Yusuf Bin Ya'kub Al-Jundi
|
732
|
2.
|
Manaqib Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad Bin Ali Ba'Alawi dan Wafayat A'yanil Yaman
|
Abdul
Rahman Bin Ali Hassan tinggal di Raidah Almasyqa Hadramaut
|
818
|
3.
|
At-Tuhfatun Nuraniyyah
|
Abdullah
Bin Abdul Rahman Bawazir
|
850
|
4.
|
At-Tarfatu Gharbiyah Bi Akhbar Hadramaut Alajibah
|
Al-Maqrizi
|
845
|
5.
|
Tuhfatuz Zaman Fi Tarikh - Sadatil Yaman
|
As-Sayed
Husain Bin Abdul Rahman Al-Ahdal
|
855
|
6.
|
Al-Jauharus Sayafaf Fi Fadhail Wa Manaqibis Sadah
Al-Asyraf
|
Abu
Muhammad Abdul Rahman Bin Muhammad Bin Abdul Rahman Sahibul Wa'al Al-Khatib
Al-Ansari Al-Hadrami
|
855
|
7.
|
Tabaqatul Khawas Ahlis-Sidqi Wal Ikhlas
|
Ahmad
Bin Ahmad Abdul Latif As-Syarji Az-Zubaidi Al-Yamani
|
893
|
8.
|
Al-Barqatul Masyiqah
|
Ali
Bin Abu Bakar As-Sakran Bin Abdul Rahman As-Seggaf
|
895
|
9.
|
Mawahibul Qudrus Fi Manaqib Abu Bakar Bin Abdullah Alayidrus
|
Muhammad
Bin Omar Bin Mubarak Al-Hadrami terkenal dengan sebutan Bahriq
|
930
|
10.
|
Tarikh Syambal
|
Ahmad
Bin Abdullah Bin Alwi dikenal dengan Ibnu Syambal Al-Hadrami
|
945
|
11.
|
Tarikh Thaghri Adn Wa-Qalaidin Nahr
|
Muhammad
At-Tayyib Ba-Makhramah
|
947
|
12.
|
Ghurarul Baha' Ad-Dhawi Wa Durarul Jamal Al-Badi' Al-Bahi
|
Muhammad
Bin Ali Bin Alwi Khird Ba'Alawi At-Tarimi Al-Hadrami
|
960
|
13.
|
Al-Eqdun Nasbawi Fi Manaqib As-Sadah Al-Asyraf Bani Alawi
|
Sheikh
Abdullah Bin Sheikh Bin Abdullah Alayidrus At-Tarimi Al-Hadrami penyair dan
ahli sejarah sufi
|
990
|
14.
|
An-Nur As-Safir An-Akhbar Al-Qarnil Asyir
|
Abdul
Qadir Bin Sheikh Bin Abdullah Bin Sheikh Bin Abdullah Alayidrus Al-Hadrami
digelar Al-Hindi
|
1038
|
15.
|
As-Silsilah Alaydrusiyah
|
Sheikh
Bin Abdullah Bin Sheikh Bin Abdullah Alayidrus Al-Hadrami At-Tarimi ahli
Hadis, Ushul dan Fikah
|
1041
|
16.
|
Al-Masyra' Ar-Rawi Fi Manaqib As-Sadah Al-Kiram Ali
Ba'Alawi dan As-Sana
Al-Bahir Bitakmili An-Nur As-Safir Fi Akhbaril Qarnil Asyir
|
Muhammad
Bin Abu Bakar Bin Ali As-Syalli
|
1093
|
17.
|
Nuskhatul Wujud Fi Akhbari Halil Wujud
|
Muhammad
Bin Ahmad Mas'ud Bin Aqilah
|
1150
|
18.
|
Tuhfatul Muhibbin Wal Ashab Fi Makrifati Ma
Lil-Madaniyyina Minal Ansab
|
Abdul
Rahman Al-Ansari
|
1195
|
19.
|
Nubzat Latifah Tarifah Fi Silsilatin Nasabil Alawi Wal
Far'ul Mutahhar Al-Mustaffawi
|
Zainal
Abidin Bin Alawi Bin Hamd Jamalullail
|
1235
|
20.
|
An-Nafas Al-Yamani
|
Abdul
Rahman Bin Sulaiman Al-Ahdal
|
1250
|
21.
|
Ittisalu Nasabil Alawiyyin Wal Asyraf Al-Husainiyyin
Sibti Sayyidil Mursalin
|
Omar
Bin Salim Bin Omar Al-Attas
|
1321
|
22.
|
Syamsud Dzahirah
|
As-Sayed
Abdul Rahman Muhammad Bin Husain Al-Masyhur
|
1322
|
23.
|
Nasyrun Nuri Wazzahr Fi Tarajim Al-Qarnil Asyir Ilal
Qarnir Rabi' Asyar
|
As-Sheikh
Abdullah Murad Abul Khair
|
1343
|
24.
|
Mulhaq Al-Badrit Tali' Wa Nuzhatun Nazar Fi Rijalil
Qarnir Rabi' Asyar
|
As-Sayed
Muhammad Bin Muhammad Bin Yahya Ziyarah
|
1380
|
25.
|
Uqudul Almas Fi Manaqib Al-Habib Ahmad Bin Hassan
Al-Attas
|
As-Sayed
Alwi Bin Tahir Al-Haddad
|
1382
|
26.
|
Siyar Wa Tarajim Ba'dhi - Ulamana Fil Qarnir Rabi' Asyar
|
Omar
Abdul Jabbar
|
1391
|
43)
Yang dimaksudkan dengannya ialah Salah Abdul Qadir Al-Bakri Al-Yafi'e dalam
kitabnya Tarikh Hadramaut As-Siyasi (dari ms. 97 hingga 99 juz pertama) dan
anggapannya dibantah oleh As-Sayyid Abdullah bin Hasan Balfaqih dalam sebuah
risalah yang diberi nama Tanfiz Maza'im As-Syeikh Salah Al-Bakri Fi
Tahakkukihi.
44) Jika diperlukan keterangan lebih lanjut, sila baca kitab Abdullah Muhammad Al-Habsyi Mu'jam Al-Maudhuat Al-Matruqah Fit Ta'lif Al-Islami Wa Bayanu Ma Ullifa Fiha.
44) Jika diperlukan keterangan lebih lanjut, sila baca kitab Abdullah Muhammad Al-Habsyi Mu'jam Al-Maudhuat Al-Matruqah Fit Ta'lif Al-Islami Wa Bayanu Ma Ullifa Fiha.
PEMBAHASAN KEDELAPAN
ORANG-ORANG YANG MENYEBUT NASAB AHLUL
BAIT SECARA AM
Di kalangan para ahli tarikh, ahli nasab
dan penulis-penulis tabaqat, sirah dan tokoh-tokoh kenamaan (dari kalangan
ulama Islam) terdapat orang-orang yang mengambil berat akan anak turunan
keluarga Nabi dengan membuat beberapa karangan tentang mereka dimulai dari abad
pertama, kerana mereka melihat penderitaan dan tekanan yang dirasakan oleh
Ahlul Bait pada zaman dua dinasti Umaiyah dan Abbasiyah dengan harapan supaya
umat Islam yang terdiri dari berbagai golongan membela mereka dengan lidah dan
pen-pen mereka, dan supaya kedudukan ilmu dimiliki oleh mereka seperti Al-Imam
Ali Zainal Abidin dan kedua putera beliau Muhammad dan Zaid serta cucu beliau
Ja'far As-Sadiq r.a. dan keturunannya sepanjang zaman benar-benar mendapat
perhatian umat Islam. Oleh sebab itulah itrah (keturunan Muhammad s.a.w.)
mendapat kelebihan dengan tersebut perkara-perkara mereka dalam berbagai kitab,
sama ada oleh para ahli sejarah atau dalam kitab-kitab rijalul hadith, sirah
dan tabaqat. Adalah sangat sulit untuk menyenaraikan orang-orang yang menulis
tentang mereka dalam kitab-kitab dengan menyebut keperibadian mereka dan
menyebut mereka dalam lembaran-lembaran karangan mereka. Atas dasar itu kami
fikir perlu menyebutkan sebahagian kitab-kitab orang-orang yang menulis tentang
Ahlul Bait dalam kitab-kitab mereka dalam pembahasan ini secara tersusun
menurut tarikh wafat mereka dan mereka yang disebutkan itu bukan satu-satunya
misal dan tidak pula merangkumi lainnya. Siapa yang hendak mengkaji lebih
banyak dari kitab-kitab yang dikarang mengenai keluarga suci ini maka hendaknya
ia membaca kitab "Mu'jamul Maudhu'at Al-Matruqah Fit Ta'lifil Islami Wa
Bayanu Ma Ullifa Minha", tulisan As-Sayed Abdullah Muhammad Al-Habsyi,
cetakan Ad-Darul Yamaniyah dan juga Kitab-Kitab Rijal, tulisan Az-Zahabi
dan Ibnu Hajar dan lainnya.
KETERANGAN MENGENAI ULAMA YANG MENYEBUTKAN NASAB AHLUL BAIT SECARA AM
SESUAI DENGAN TARIKH WAFAT MEREKA
BIL.
|
NAMA KITAB
|
NAMA PENULIS
|
WAFAT
TAHUN HIJRIY |
1.
|
Ansab Quraish
|
Al-Mus'ab Az-Zubairi
|
226
|
2.
|
Tarikh At-Tabari
|
As-Syeikh Muhammad Bin Jarir At-Tabari
|
310
|
3.
|
Murujuz Zahab Wa Maadin Al-Jauhar
|
As-Syeikh Ali Bin Hassan Bin Ali Al-Mas'udi
|
346
|
4.
|
Sirrus Silsilah Al-Alawiyah
|
Sahal Bin Abdullah Al-Bukhari (pertengahan abad 14)
|
-
|
5.
|
Jamharah Ansabil Arab
|
Ibnu Hazm Al-Andalusi
|
450
|
6.
|
Ar-Risalah Al-Musammah Al-Anba' Ala Qabail Arruwah
|
Yusuf Bin Abdullah Bin Abdul Bar
|
461
|
7.
|
Al-Kamil Fit Tarikh
|
Ali Bin Ahmad Bin Abil Karam Al-Jauzi, Ibnul Athir
Al-Juzri
|
630
|
8.
|
Siyar A'lamin Nubala'
|
Az-Zahabi
|
748
|
9.
|
Mir'atul Jinan
|
Abdullah Bin As'ad Al-Yafie
|
768
|
10.
|
Tahzibut-Tahzib Addurar Al-Kaminah Fi A'yan Miah
As-Thaminah
|
Ibnu Hajar Al-Asqalani
|
852
|
11.
|
Jauharul Aqdain Fi Ansab Abna' Assibtain
|
Assamhudi
|
910
|
12.
|
Nukhbatuz-Zahrah As-Thaminah Fi Nasabi Asyrafil
Madinah
|
Ali Bin Hasan Bin Syaqdam Al-Husaini
|
1033
|
13.
|
Syazaratuz Zahab
|
Ibnul Imad Al-Hanbali
|
1089
|
14.
|
Sabaikuz Zahab
|
As-Syeikh Muhammad Al-Amin Al-Baghdadi yang dikenal dengan
Assuwaidi
|
1246
|
15.
|
Ghayatul Ikhtizar Fil Buyutat Al-Alawiyah
|
As-Sayed Abu Talib Taqiyyuddin An-Naqib
|
tidak
pasti |
16.
|
Bayanul Ansab Wa Nasabut Talibiyah
|
Jaafar Bin Salman Abas Bin Abbas As-Sowi
|
tidak
pasti |
17.
|
Al-Badrut Tali'
|
Muhammad Bin Ali Bin Muhammad As-Syaukani
|
1255
|
PEMBAHASAN KESEMBILAN
HUKUM-HUKUM KHAS BERKENAAN DENGAN AHLUL
BAIT (MEMPUNYAI 15 BAHAGIAN)
Syariah Islam mengkhaskan beberapa hukum
semata-mata untuk Ahli Bait Nabi yang mana hukum-hukum itu telah dihimpun dan
disusun dalam beberapa kitab fikah dan para penulisnya masing-masing
membukukannya dalam kitab-kitab mereka lalu menghukum dengannya para penguasa,
pemimpin dan kadi di seluruh zaman dan negeri. Tidak seorang pun yang membantah
hukum-hukum yang semata-mata menjadi keutamaan Ahlul Bait ini. Oleh itu kami
akan bawakan 15 bahagian untuk menerangkan pembahasan ini. Barangkali ada
beberapa hukum yang tidak kami sebut di dalamnya kerana bukan menjadi tujuan
kami menyebutkan keseluruhannya tetapi tujuan kami ialah untuk membuktikan
beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Ahli Bait Nabi dalam syariah Islam serta
kedudukannya dalam syarak di mana ia dapat menentukan terhadap banyak perkara
yang masih berada dalam lingkaran Islam atau keluar daripadanya.
Bahagian Pertama - Pilihan
Sejak Allah menciptakan makhluk-makhlukNya,
Allah juga telah memilih Jibril dan Mikail dari seluruh malaikat sebagaimana
Allah juga telah memilih Al-Haramain As-Syarifain dan Baitul Maqdis dari
seluruh masjid, demikian juga Allah telah memilih bulan-bulan suci dan bulan
Ramadhan dari segenap bulan, memilih hari Arafah dan Jumaat dari semua hari,
memilih malam Lailatul-Qadar dari seluruh malam dan memilih para Rasul, Nabi,
keluarga Imran dan keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dari sekelian manusia di mana
segala kekuasaan berada di tangan-Nya dan segala perintah berada pada-Nya,
mengangkat siapa yang dikehendakki dan mencampakkan siapa yang dikehendaki,
bagi-Nya segala urusan sebelum dan sesudah dan Allah Maha Berkuasa terhadap
segala sesuatu.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman di
dalam Al-Qur'an:
اَللهُ يَصْطَفِيْ مِنَ الْمَلاَ ئِكَةِ رُسُلاً
وَّمِنَ النَّاسِ اِنَّ اللهَ سَمِيْعٌ بَصِيْرٌ...الحج:75
"Allah
memilih dari malaikat-malaikat menjadi utusan-utusan, dan (juga) dari manusia.
Sesungguhnya Allah itu Maha mendengar dan Maha melihat" (Q.S. Al-Hajj:75)
Firman Allah Ta'ala:
اِنَّ اللهَ اصْطَفَى آدَمَ وَنُوْحًا وَّ آلَ
اِبْرَاهِيْمَ وَ آلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِيْنَ...آل عمرن:33
"Sesungguhnya
Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi
bangsa-bangsa". (Q.S.
Ali Imran:33)
Dan firman-Nya:
ذُرِّ يَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللهُ سَمِيْعٌ
عَلِيْمٌ... آل عمرن:34
"Yang
satu adalah turunan dari yang lain dan Allah Maha mendengar dan Maha
mengetahui". (Q.S.
Ali Imran:34)
Wathilah meriwayatkan sebuah hadis dari
Al-Asqa' katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّ اللهَ اصْطَفَىكِنَانَةَ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيْلَ
وَاصْطَفَى قُرَيْشًا مِنْ كِنَانَةَ وَصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِى هَاشِمٍ وَاصْطَفَانِى
مِنْ بَنِى هَاشِمٍ
"Sesungguhnya Allah
telah memilih Kinanah dari turunan Ismail, memilih Quraish dari Kinanah,
memilih Bani Hashim dari Quraish dan memilihku dari turunan Bani Hashim". Riwayat Muslim, Ahmad, Tirmizi dan
Sam'ani.
Hukum yang dapat diambil dari ayat-ayat
dan hadis di atas ialah bahawa Allah telah memilih beberapa kaum dari kaum-kaum
yang lain, maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala memilih Rasulullah s.a.w. dari
turunan Sayidina Ibrahim, iaitu dengan memilih Bani Hashim dari Quraish,
Quraish dari Kinanah dan Kinanah dari turunan Ismail. Maka beliau dan Bani
Hashim adalah inti dari turunan keluarga Ibrahim dan telah kami terangkan pada
bab-bab sebelumnya bahawa Ahlul Bait itu adalah turunan beliau. Oleh itu mereka
terpilih dari kalangan Bani Hashim seperti Rasulullah s.a.w. juga dari Bani
Hashim.
1. Hanya Ahli Bait Nabi s.a.w. saja yang
diwajibkan kepada umat Islam mencintainya kerana Allah dan Rasul-Nya. Para
ulama telah menetapkan hukum ini dalam kitab-kitab dan karangan-karangan mereka
dalam bab itu berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdul
Muttalib Bin Rabi'ah Bin Al-Harith Bin Abdul Muttalib bahawa Al-Abbas Bin Abdul
Muttalib r.a. mendatangi Rasulullah s.a.w. dalam keadaan marah sedang saya
berada di sisi baginda maka Rasulullah bertanya: "Apa gerangan yang
menjadikan kamu marah?". Dijawab, "Ya Rasulullah apa salah
kami, mengapa orang-orang Quraish bila bertemu dengan sesama mereka dengan muka
manis dan bila bertemu dengan kami tidak demikian?". Lalu marahlah
Rasulullah s.a.w. sehingga merah wajahnya kemudian bersabda:
وَالَّذِيْ نَفْسِِيْ بِيَدِهِ، لاَيَدْخُلُ
قَلْبَ رَجُلٍ اْلإِيْمَانُ حَتَّى يُحِبَّكُمُ اللهُ وَرَسُوْلُهُ
"Demi jiwaku yang
berada dalam kekuasaan-Nya, iman itu tidak akan masuk ke dalam hati seseorang
sehingga ia mencintai kamu kerana Allah dan Rasul-Nya", seterusnya sabda baginda:
يَا آيُّهَاالنَّاسُ، مَنْ اآذَى عَمِّى فَقَدْ
آذَانِى فَاءِنَّمَا عَمُّ الرَّجُلِ صِنْوُ أَبِيْهِ
"Wahai sekelian
manusia, siapa mengganggu bapa saudaraku maka telah menggangguku kerana bapa
saudara seseorang itu setaraf dengan ayahnya". Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan
Al-Hakim yang mengatakan hadis hasan sahih riwayat Ahmad dan Al-Hakim serta
riwayat yang serupa dari Ibnu Majah dari jalur Muhammad Bin Ka'ab Al-Qardhi
dari Al-Abbas r.a. Kemudian Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berhujah dengan hadis
ini yang sengaja tidak kami sebut supaya tidak terlalu panjang.
2. Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis
yang telah disahihkan dan diikuti oleh Az-Zahabi dengan dua jalur kepada Hisham
Bin Yusuf dengan sanadnya kepada Ibnu Abbas r.a. katanya: Telah bersabda
Rasulullah s.a.w.:
أَحِبُّوْا اللهَ لِمَا يَغْذُوْكُمْ بِهِ مِنْ
نِعَمِهِ وَأَحِبُّوْنِى لِحُبِّ اللهِ وَأَحِبُّوْا أَهْلَ بَيْتِى لِحُبِّى
"Cintailah Allah
kerana nikmat yang telah dikurniakan kepada kamu, cintailah aku kerana cintamu
kepada Allah dan cintailah Ahli Baitku kerana cintamu padaku."
Berkata Al-Hakim: "Hadis ini
sahih sanadnya sekalipun tidak diriwayatkan oleh keduanya tetapi disahihkan
oleh Tirmizi". Kata Az-Zahabi; ia sahih dan disahihkan pula oleh
Al-Hafiz As-Sakhawi, Ibnu Hajar Al-Makki, Al-Azizi dan selainnya.
3. Al-Baihaqi menyebutkan dalam sunannya
dan begitu juga yang lain sebuah hadis yang berbunyi:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنُ أَحَبَّ
إِلَيْهِ مِنْ نَفْسِهِ وَأَهْلِي أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ اَهْلِهِ وَعِتْرَتِىْ أَحَبَّ
إِلَيْهِ مِنْ عِتْرَتِهِ
"Tidak beriman
seorang hamba sehingga menjadikan aku lebih dicintai dari dirinya, menjadikan
turunanku lebih dicintai dari turunannya dan zatku lebih dicintai dari zatnya
sendiri". (Diriwayatkan
oleh At-Tabarani dari Abdul Rahman Bin Abi Laila dari ayahnya).
4. At-Tabarani menyebutkan dalam Mu'jam
Al-Kabirnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang
mencintai kami kerana keduniaan maka ia akan dicintai oleh pemilik sama ada ia
baik atau jahat, dan siapa mencintai kami kerana Allah maka dia dengan kami
laksana ini (Baginda s.a.w. menunjukkan dari telunjuk dan jari
tengahnya)".
Al-Hasan Bin Ali r.a. berkata: Telah
bersabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ أَحَبَّ قَوْمًا حَشَّرَهُ اللهُ فِيْ زُمْرَتِهِمْ
"Siapa mencintai
suatu kaum kelak Allah himpun dia bersama-sama golongannya". Disebut oleh At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir
dari Ibnu Qursafah.
Kemudian sabda baginda s.a.w.:
مَنْ أَحَبَّ الْحَسَنَ وَ الْحُسَيْنَ فَقَدْ
أَحَبَّنِيْ، وَمَنْ أَبْغَضَهُمَا فَقَدْ أَبْغَضَنِيْ
"Siapa mencintai
Al-Hasan dan Al-Husain maka sungguh ia mencintaiku dan saipa membencinya maka
sungguh ia telah membenciku".
Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.
5. Al-Abbas Bin Abdul Muttalib berkata:
Telah bersabda s.a.w.:
مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَتَحَدَّثُوْنَ، فَإِذَا
رَأَوُا الرَّجُلَ مِنْ أَهْلِ بَيْتِيْ قَطَعُوْاحَدِيْثَهُمْ، وَالَّذِيْ نَفْسِيْ
بِيَدِهِ، لاَيَدْخُلُ قَلْبَ رَجُلٍ اْلإِِِِِيْمَانُ حَتَّى يُحِبَّهُمْ ِللهِ وَلِقَرَابَتِيْ
"Mengapa kaum-kaum
yang berbincang itu tiba-tiba menghentikan pembicaraannya bila melihat salah
seorang dari Ahli Baitku? Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaan-Nya
sesungguhnya iman tidak akan masuk ke dalam hati seseorang sehingga ia
mencintainya (Ahli Baitku) kerana Allah dan kerana mereka itu kerabat aku", riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim,
Ar-Rawiyani, At-Tabarani dan Ibnu Asakir.(45)
6. Ali Bin Abi Talib k.w. berkata: Aku
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
أَدِّبُوْا أَوْلاَدَكُمْ عَلَى ثَلاَثِ خِصَالٍ:حُبِّ
نَبِيِّكُمْ، وَحُبِّ أَهْلِ بَيْتِهِ، وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ فَإِنَّ حَمَلَةَ الْقُرْآنِ
فِيْ ظِلِّ اللهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ مَعَ أَنْبِيَائِهِ وَأَصْفِيَائِهِ
"Didiklah anak-anak
kamu diatas tiga perkara: mencintai nabimu, mencintai Ahli Baitnya dan membaca
Al-Qur'an kerana pembawa-pembawa Al-Qur'an itu berada dalam lindungan Allah di
Hari Kiamat pada hari dimana tiada perlindungan melainkan lindungan-Nya bersama
para Nabi dan orang-orang pilihan-Nya". Diriwayatkan oleh Ad-Dailani dalam Musnad Al-Firdaus,
Abu Nasr Abdul Karim As-Syirazi dalam Fawa'idnya dan Ibny An-Najjar.
As-Syafi'e berkata dalam Diwannya
muka surat 72 cetakan As-Sya'biah Beirut:
يَاأَهْلَ بَيْتِ رَسُوْلِ اللهِ حُبُّكُمْ
*
فَرْضٌى مِنَ اللهِ فِى الْقُرْآنِ اَنْزَلَهُ
كَفَاكُمْ مِنْ عَظِيْمِ الْقَدْرِاَنَّكُمْ *
مَنْ لَمْ يُصَلِّ عَلَيْكُمْ لاَصَلاَةَ لَهُ
فَرْضٌى مِنَ اللهِ فِى الْقُرْآنِ اَنْزَلَهُ
كَفَاكُمْ مِنْ عَظِيْمِ الْقَدْرِاَنَّكُمْ *
مَنْ لَمْ يُصَلِّ عَلَيْكُمْ لاَصَلاَةَ لَهُ
Wahai
keluarga Rasulullah!, mencintaimu adalah suatu kewajiban yang ditetapkan Allah
dalam Al-Qur'an yang telah diturunkan-Nya".
Cukup menjadi suatu kemuliaan bagimu bahawa siapa yang tidak berselawat padamu maka tidak sah solatnya.
Cukup menjadi suatu kemuliaan bagimu bahawa siapa yang tidak berselawat padamu maka tidak sah solatnya.
Ahlul Bait mendapat keistimewaan dalam
hukum fikah, yang mana jika terdapat persamaan di antara seseorang dengan yang
lain dari segi ilmu dan bacaan, maka hendaknya diutamakan As-Sayyid Al-Hasyimi
keatas yang lain kerana kelebihan yang ada padanya iaitu kemuliaan hubungan
nasabnya kepada Rasulullah s.a.w. dimana Imam Nawawi menyebutkan dalam kitab Al-Majmuk
tentang sebab-sebab yang membolehkan seseorang maju untuk menjadi imam dengan 6
perkara: Fikah (berilmu), Bacaan, Warak, Usia(46)Nasab dan
Hijrah.
Adapun dasar yang digunakan dalam hal
ini ialah sabda Nabi s.a.w.:
أَلنَّاسُ تَبَعٌ لِقُرَيْشٍ فِى هَذَا الشَّأْنِ،
مُسْلِمُهُمْ تَبَعٌ لِمُسْلِمِهِمْ وَكَافِرُهُمْ تَبَعٌ لِكَافِرِهِمْ
"Manusia itu
mengikuti Quraish dalam perkara ini, orang-orang Islam mengikuti mereka yang
muslim dan orang-orang kafir mengikuti mereka yang kafir", riwayat Imam Muslim Ahmad dan Baihaqi.
Sabda Nabi s.a.w.:
قَدِّمُوْا قُرَيْشًا وَلاَ تَتَقَدَّمُوْهَا،
وَتَعَلَّمُوْا مِنْهَا وَلاَ تُعَلِّمُوْهَا. وَلَوْ لاَ أَنْ تَبْطَرَ قُرَيْشٌ َلأَخْبَرْ
تُهَا بِمَالَهَا عِنْدَ اللهِ
"Dahulukan
orang-orang Qurarish dan jangan kamu mendahului mereka, belajarlah dari
orang-orang Quraish dan jangan kamu mengajari mereka dan jikalaulah aku khuatir
mereka menjadi sombong nescaya aku beritahukan kedudukan orang-orang yang baik
dari kalangan mereka di sisi Allah Ta'ala". diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam
kitab Al-Kabir dan Ibnu Adi.
Imam Syafi'e dan Al-Baihaqi meriwayatkan
hadis yang sama dalam Masrafah, demikian jugaAl-Bazzar dari Imam Ali
k.w.
Adapun hadis yang diriwayatkan Ibu Abi
Syaibah dengan sanadnya yang sahih dari Salaman r.a. bahawa pada suatu hari
telah masuk waktu solat, maka disuruhnya maju (menjadi imam), maka dijawab: "Aku
tidak patut maju selagi masih kamu orang-orang Arab yang mana daripadamulah diutus
Nabi s.a.w.". Dalam riwayat lain: "Kamu adalah Bani Ismail
yang menjadi para imam dan kami menteri-menteri". Syeikhul Islam Ibnu
Taimiyah berkata, pengikut-pengikut Syafi'e dan Ahmad berhujah dengan hadis ini
bahawa ia merupakan suatu kemuliaan yang melayakkan seseorang maju (menjadi
imam) dalam solat. Kemudian Ensiklopedia Fikah menyatakan dalam perkara Aali
pada pembahasan 16 yang bunyinya:
"Jika
mereka mempunyai persamaan dengan lainnya dalam sifat-sifat maka dahulukanlah
mereka menurut kemuliaan nasabnya".
Ahlul Bait dan zuriatnya serta
isteri-isteri Nabi s.a.w. mendapat kelebihan dengan selawat keatas mereka
selepas Nabi s.a.w. didalam dan diluar solat. Dalilnya ialah hadis yang
diriwayatkan oleh Ka'ab Bin Ujrah r.a. katanya: "Telah keluar menemui kami
Rasulullah s.a.w. lalu kami bertanya, kami telah faham dan tahu bagaimana kami
mengucapkan salam padamu, namun bagaimana cara kami berselawat padamu? Baginda
menjawab:
قُوْلُوْا اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَاصَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
"Katakan, Allahumma
Salli Ala Muhammad Wa Ala Aali Muhammad Kama Sallaita Ala Ibrahim Innaka
Hamidun Majid".
riwayat Bukhari dan Muslim.
Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hamid As-Saidi r.a. bahawasanya mereka bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana cara
kami berselawat padamu", dijawab:
قُوْلُوْا اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَاصَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ
إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
"Katakan: Allahumma
Salli Ala Muhammad Wa Ala Azawajihi Wa Zurriyati Kama Sallaita Ala Aali Ibrahim
Wa Baarik Ala Muhammad Wa Ala Aali Azwajihi Wa Zurriyati Kama Batakta Ala Aali
Ibrahim Innaka Hamidun Majid",
riwayat Bukhari dan Muslim.
Imam Nawawi mengatakan dalam kitabnya Al-Majmuk
Syarah Al-Muhazzab, sayugianya dihimpun apa yang terkandung dalam
hadis-hadis yang sahih itu sehingga ia mengatakan,
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ
وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وُذُرِّيَّتِهِ
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ
عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ
وُذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِي
الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Allahumma Salli Ala
Muhammad Abdika Wa Rasulikan Nabi Al-Ummi Wa Ala Aali Muhammad Wa Azwajihi Wa
Zurriyatihi Kama Sallaita Ala Ibrahim Wa Ala Aali Muhammad Wa Azwajihi Wa
Zurriyatihi Kama Barakta Ala Ibrahim Wa Ala Aali Ibrahim Fil Alamina Innaka
Hamidun Majid.
Imam Nawawi juga menyebutkan tentang
definasi Aali bahawa mereka itu adalah Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib
seperti dinyatakan juga oleh Syafi'e dalam Harmalah dan dikutip oleh
Al-Azhari bahawa Aali adlah turunan yang dinasabkan kepada baginda s.a.w. Mereka
itu ialah anak-anak Fatimah r.a. dan turunannya sepanjang masa. Lihat kitab Al-Majmuk
Syarah Al-Muhazzab juz 3.
Diharamkan memberi zakat kepada Ahlul
Bait berdasarkan riwayat Abu Hurairah f.a. katanya: Al-Hasan Bin Ali r.a.
sewaktu masih kecil telah mengambil sebiji tamar dari tamar sedekah lalu
memasukkannya ke dalam mulutnya, maka Nabi s.a.w. mengatakan kepadanya (kakh...
kakh) supaya ia memuntahkannya, kemudian baginda bersabda:
اَمَا عَلِمْتَ أَنَّا لاَ يَأْكُلُونَ الصَّدَقَةَ
؟
"Tidakkah
kamu ketahui bahawa kami tidak memakan sedekah?", Al-Bukhari, Ahmad dan Ad-Darimi.
Hadis kedua, dari Al-Muttalib Bin Rabiah
Bin Al-Harith Bin Abdul Muttalib bahawa ia dan Al-Fadal Bin Al-Abbas r.a. telah
pergi menemui Rasulullah s.a.w. katanya: Seorang dari kami berkata: "Ya
Rasulullah, kami datang kepadamu supaya kami dilantik menjadi pengurus zakat
ini agar kami mendapat manfaat daripadanya sebagaimana orang lain
mendapatkannya dan kami menyerahkan padamu apa-apa yang diserah orang. Baginda
menjawab: "Sesungguhnya sedekah/zakat itu tidak boleh diterima oleh
Muhammad dan tidak pula oleh keluarganya, kerana ia adalah barang-barang kotor
yang ditinggalkan oleh orang", dalam lafaz lain: Ia diharamkan
kepada Muhammad dan keluarga Muhammad". Hadis ini disebut dalam kitab Al-Muntaqa,
riwayat Muslim dan Ahmad.
Ahlul Bait mendapat keistimewaan dalam
hukum syarak kerana mereka berhak menerima khumus (seperlima) dari khumus faik
(harta rampasan), ghanimah dan rikaz berdasarkan firman Allah Ta'ala:
مَآ اَفَآءَ اللهُ عَلَى رَسُوْلِهِ مِنْ اَهْلِ
الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُوْلِ وَلِزِىالْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِيْنِ
وَابْنِ السَّبِيْلِ كَيْ لاَ يَكُوْنَ دُوْلَةً بَيْنَ اْلأَغْنِيَآءِ مِنْكُمْ وَمَآ
اَتَاكُمُالرَّسُوْلُ فَخُذُوْهُ وَمَانَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا وَاتَّقُوا اللهَ
اِنَّ اللهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ...الحشر:7
"Apa yang diberikan
Allah kepada Rasul-Nya sebagai harta rampasan dari penduduk negeri-negeri itu
adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin dan orang yang dalam perjalanan, supaya itu jangan hanya beredar di
linkungan orang-orang yang mampu diantara kamu. Apa yang diberikan oleh Rasul
kepada kamu, hendaklah kamu terima dan apa yang dilarangnya, hendaklah kamu
hentikan. Dan patuhlah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu amat keras
hukum-Nya".(Al-Hasyr:7).
Dan firman Allah Ta'ala:
وَاعْلَمُوْا اَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِّنْ شَيْءٍ
فَأَ نَّالِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُوْلِ وَلِذِى القُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِيْنِ
وَابْنِ السَّبِلِ ...الانفال:41
"Dan hendaklah kamu
ketahui, bahawa apa-apa yang dapat kamu rampas dalam peperangan, sesungguhnya
seperlima untuk Allah, untuk Rasul, kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan". (Al-Anfal:41).
Adapun dalil dari sunnah ialah riwayat
Al-Imam Ali k.w., katanya: Aku, Al-Abbas, Fatimah dan Zaid Bin Harithah telah
berkumpul di sisi Nabi s.a.w. lalu aku mengatakan: Ya Rasulullah! Jika engkau
tiada halangan melantikku sebagai pengurus hak kami dari khumus yang telah
ditetapkan dalam kitab Allah Ta'ala ini supaya dapat aku membahagikannya semasa
hidupmu agar tidak ada orang yang menentangku selepasmu nanti maka hendaknya
engkau laksanakan. Maka baginda bersetuju melaksanakannya dan aku
membahagikannya semasa hidup Rasulullah s.a.w. Kemudian Abu Bakar pun
melantikku sehingga tiba tahun terakhir pemerintahan Omar yang mana beliau
telah banyak menerima harta, riwayat Ahmad dan Abu Daud. Abu Daud menambah
setelah kata beliau, "Beliau telah banyak menerima harta (dengan lafaz)
lalu beliau membatalkan hak kami dan kemudian menghartanya padaku maka aku
katakan bahawa kami tidak memerlukannya namun orang-orang Islam berhajat
kepadanya dan aku bermaksud mengembalikan kepada mereka. Akhirnya tidak seorang
pun meminta kami berbuat demikian selepas ketentuan Omar maka aku bertemu
dengan Al-Abbas". Setelah aku keluar dari tempat Omar seraya berkata,
"Ya Ali! Hak kami telah dirampas sama sekali dan tidak akan pernah
dikembalikan kepada kami". Begitu kata Al-Abbas seorang yang bijak.
Adapun Yazid Bin Hurmuz meriwayatkan
bahawa Najdah telah menulis surat kepada Ibnu Abbas menanyakan tentang siapa
yang berhak mendapatkan khumus itu? Ibnu Abbas membalas suratnya dengan
mengatakan, "Engkau bertanya tentang siapa berhak menerima khumus,
ketahuilah bahawa ia adalah hak kami yang telah diingkari oleh kaum kami",
riwayat Muslim dan Ahmad.
Imam Ahmad mengatakan dalam musnadnya
bahwa dua orang khalifah Omar dan Othman r.a. ada memberi kerabat Rasulullah
s.a.w. demikian juga pendapat Imam Syafi'e dan Imam-Imam yang lain (lihat kitab
Al-Mughni karangan Ibnu Qudamah dan Nailul Awtar).
Wanita Arab khasnya wanita-wanita Ahlul
Bait mendapat keistimewaan dengan memperhatikan syarat nasab dalam nikahnya,
yang mana seorang wanita dari Bani Hashim tidak akan menikahi kecuali lelaki,
dari Bani Hashim. Begitulah pendapat Jumhur, diantaranya: Abu Hanifah, Ahmad
dan Syafi'e r.a. dan dalil mereka dalam hal itu ialah hadis dari Amirul
Mukminin Omar Bin Al-Khattab r.a. katanya: "Aku akan melarang
wanita-wanita dari keturunan yang mulia menikah melainkan dengan lelaki-lelaki
yang setaraf dengannya". Diriwayatkan oleh Ad-Daraqutni. Imam Ahmad
berkata selain bangsa Quraish dari kalangan Arab tidak ada yang menyamainya dan
selain Bani Hashim tidak ada yang menyamainya, inilah pendapat golongan Syafi'e
berdasarkan riwayat Wathilah Bin Al-Asqa' bahawa ia berkata:
إِنَّ اللهَ اصْطَفَى كِنَانَةَ مِنْ وَلَدِ
إِسْمَاعِيْلَ وَصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِى هَاشِمٍ وَاصْطَفَانِى مِنْ بَنِى هَاشِمٍ
"Sesungguhnya Allah
telah memilih Kinanah dari keturunan Ismail, memilih Bani Hashim dari keturunan
Quraish dan memilihku dari keturunan Bani Hashim", diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad,
Tirmizi dan Sam'ani.
Lihatlah kitab Al-Mughni karangan
Ibnu Qudamah, Al-Majmuk Syarhul Muhazzab, Nailul Awtar dan kitab Al-Ahwal
As-Shakhsiyyah fit Tasyri' Al-Islami karangan Ahmad Al-Ghandur.
Ahlul Bait mendapatkan keistimewaan
dengan memperoleh doa khas dari Rasulullah s.a.w. supaya Allah memberkati
turunan mereka. Sedangkan barakah secara umum mempunyai pengertian; banyak,
baik dan lain-lain. Dalilnya ialah riwayat Nasa'i, dalam bab amalan sehari
semalam bahawa sekumpulan dari orang-orang Ansar mengatakan kepada Ali r.a.,
alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah. Lalu beliau r.a. mendatangi
Rasulullah s.a.w. untuk meminangnya. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya
oleh Rasulullah s.a.w.: "Apa hajatmu wahai putera Abi Talib?"
Jawab beliau, "Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w."
Rasul menjawab: "Marhaban Wa Ahlan" dan tidak berkata apa-apa
lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang
menunggunya. Mereka bertanya, "Berita apa yang kau bawa?" Ali
menjawab, "Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku,
Marhaban Wa Ahlan". Lalu mereka membalas, "Seandainya Rasulullah
s.a.w. hanya mengatakan satu perkataan, itu pun sudah memadai bagimu,
sesungguhnya baginda telah menjadikanmu sebagai keluarga dan memperkenankan
permintaanmu". Setelah semuanya berlalu dan baginda mengahwinkan Ali,
kemudian baginda berkata, "Ya Ali! Untuk majlis perkahwinan diperlukan
walimah" Saad r.a. berkata, "Aku mempunyai seekor domba dan kaum
Ansar mengumpulkan segantang jagung". Setelah tiba malam perkahwinan,
Rasulullah s.a.w. berkata, "Jangan kamu bercakap sesuatu sehingga
engkau menemuiku". Lalu baginda meminta air dan berwuduk dengannya,
lalu menyiramkan air itu ke atas Ali dan Fatimah r.a. dan berdo'a:
اَللَّـهُمَّ بَارِكْ فِيْهِمَا، وَبَارِكْ عَلَيْهِمَا،
وَبَارِكْ فِىْ شِبْلِهِمَا
"Ya Allah berkatilah
pada keduanya, berkatilah keatas keduanya dan berkatilah keturunan
keduanya".
Diriwayatkan oleh Nasa'i dan lain-lain dengan membuang sebahagiannya.
Ahlul Bait mendapatkan keistimewaan yang
tidak dimiliki oleh selain mereka dengan satu hukum syarak, iaitu keberadaan
mereka di dunia ini adalah merupakan penyelamat bagi penghuni bumi, laksana
bintang-bintang yang menjadi penyelamat bagi penghuni langit. Adapun titik
persamaan diantara keduanya ialah mengambil petunjuk dari orang-orang yang
saleh dari kalangan mereka, yang demikian itu diterangkan dalam beberapa hadis
berikut:-
Salamah bin Al-Akwa' berkata: Telah
bersabda Rasulullah s.a.w.:
اَلنُّجُوْمُ أَمَانٌ ِلأَهْلِ السَّمَاءِ وَأَهْلُ
بَيْتِيْ أَمَانٌ ِلأَهْلِ ا ْلأَرْضِ
"Bintang-bintang itu
adalah penyelamat bagi penghuni langit sedangkan Ahli Baitku menjadi penyelamat
bagi penghuni bumi".
Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam Musnadnya, Ibnu Syaibah, Musadad,
Al-Hakim, At-Tabarani dalam Al-Kabirnya dan Ibnu Asakir.
Sabda Nabi s.a.w.,
اَلنُّجُوْمُ أَمَانٌ ِلأَهْلِ ا ْلأَرْضِ مِنَ
الْغَرَقْ، وَأَهْلُ بَيْتِيْ أَمَانٌ ِلأُمَّتِيْ مِنَ ا ْلإِخْتِلاَفِ، فَإِذَا خَالَفَتْهَا
قَبِيْلَةٌ مِنَ الْعَرَبِ إِخْتَلَفُوْا فَصَارُوْا حِزْبَ إِبْلِيْسٍ
"Bintang-bintang itu
menjadi penyelamat kepada penghuni bumi dari tenggelam/karam sedangkan Ahli
Baitku menjadi penyelamat kepada umatku dari perselisihan (dalam agama) apabila
satu kabilah dari orang Arab menentangnya (hukum-hukum Allah A.W.J.) mereka
berselisih dan menjadi golongan syaitan". Diriwayatkan oleh Al-Hakim dari Ibnu Abbas dan disahihkan
oleh Tirmizi.
Sabda Nabi s.a.w. dari Abu Zar r.a.
katanya:
أَلاَإِنَّ مَثْلَ أَهْلِ بَيْتِىْ فِيْكُمْ
مِثْلُ سَفِيْنَةَ نُوْحٍ مِنْ قَوْمِهِ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا
غَرِقَ
"Ketahuilah bahawa
perumpamaan Ahli Baitku di tengah-tengah kamu seperti bahtera Nuh di
tengah-tengah kaumnya, siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang enggan
pasti tenggelam".
Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Hakim, Ibnu Jarir dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir.
Rasulullah s.a.w. memberi keistimewaan
kepada Ahli Baitnya diatas segala keistimewaan yang diberikan kepada seluruh
kaum muslimin, yang mana beliau s.a.w. akan memberi balasan kepada orang yang
berbuat baik kepada tiap-tiap orang Islam pada hari kiamat dan kepada Ahli
Baitnya akan dibalas dengan balasan yang besar yang akan diterangkan dalam
beberapa hadis berikut:
1. At-Tabarani meriwayatkan sebuah
hadis:
مَنِ اصْطَنَعَ ِلأَحَدٍ مِنْ وَلَدِ عَبْدِ
الْمُطَّلِبِ يَدًا فَلَمْ يُكَافِئْهُ بِهَا فِىالدُّنْيَا فَعَلَيَّ مُكَافَأَ تُهُ
غَدًا تَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَالَقِيَنِيْ
"Barangsiapa berbuat
baik kepada seorang dari anak keturunan Abdul Muttalib sedang ia belum
membalasnya di dunia, maka aku akan membalasnya kelak apabila ia bertemu
denganKu".
2. Ibnu Asakir meriwayatkan dari Al-Imam
Ali k.w., katanya telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ صَنَعَ إِلَىأَهْلِ بَيْتِيْ يَدًا كَافَأْ
تُهُ عَلَيْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Siapa berbuat jasa
kepada Ahli Baitku, aku akan membalasnya kelak pada hari kiamat".
3. Ad-Dailami meriwayatkan dari Al-Imam
Ali k.w., katanya:
أَرْبَعَةٌ أَنَا شَفِيْعٌ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ:
اَلْمُكْرِمُ لِذُرِّيَّتِيْ، وَالْقَاضِيْ لَهُمْ حَوَائِجَهُمْ، وَالسَّاعِيْ لَهُمْ
فِيْ أُمُوْرِهِمْ عِنْدَمَا اضْطَرُّوْا إِلَيْهِ، وَالْمُحِبُّ لَهُمْ بِقَلْبِهِ
وَلِسَانِهِ
"Empat golongan yang
akan mendapatkan syafa'atku pada hari kiamat; orang yang memuliakan zuriatku,
orang yang menunaikan hajat mereka, orang yang mengusahakan urusan-urusan
mereka disaat mereka mendapat kesulitan dan orang yang mencintai mereka dengan
hati dan lidahnya".
Ahlul Bait yang meninggal dunia dalam
keadaan iman tidak diazab dan tidak dimasukkan ke dalam neraka tetapi
dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah Ta'ala kerana firman-Nya:
وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ
بِإِيْمَانٍ أَلْحَقْنَابِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِّنْ عَمَلِهِمْ
مِّنْشَيْءٍ...الطور:21
"Dan orang-orang
beriman dan turunan mereka turut pula beriman, nanti mereka akan Kami
pertemukan dengan turunannya itu, dan tiada Kami kurangi amal mereka barang
sedikit pun". (At-Tur:21).
Ahlul Bait yang merupakan zuriat nabi,
iaitu Al-Imam Ali, Fatimah Az-Zahra', Al-Hasan dan Al-Husin, mereka itu
tergolong dari ahli syurga berdasarkan dalil-dalil qat'ie (kuat), adapun
orang-orang yang diberitahu akan masuk syurga dari sahabat-sahabat Rasulullah
s.a.w. maka zuriat mereka akan menyertai mereka di dalam syurga sebagaimana
ditegaskan oleh para ulama berdasarkan kata-kata Ibnu Abbas r.a. yang sahih
dalam menafsirkan firman Allah: "Kami pertemukan mereka dengan
turunannya", bahawa sesungguhnya Allah mengangkat zuriat seorang
mukmin untuk disejajarkan dengan darjatnya pada hari kiamat, sekalipun amalnya
di bawah orang itu.
Beliau juga menafsirkan firman Allah:
وَكَانَ أَنُوْ هُمَا صَالِحًا
"Dan adalah ayah
mereka berdua seorang yang saleh"
iaitu demi memelihara kebaikan orang tua mereka dan kebaikan yang ada pada
mereka berdua.
Said Bin Jubair berkata: "Seorang
masuk syurga dan bertanya, dimana ayahku? dimana ibuku, dimana anakku dan
dimana isteriku?" Lalu dijawab kepadanya: "Sesungguhnya mereka tidak
beramal seperti kamu", tetapi dijawab, dahulu aku mula beramal untukku dan
untuk mereka, maka kemudian dikatakan kepada mereka, masuklah kamu semua ke dalam
syurga (lihat tafsir Ibnu Kathir). Kemudian beliau membaca firman Allah Ta'ala:
جَنَّاتُ عَدْنٍ يَّدْخُلُوْ نَهَا وَمَنْ صَلَحَ
مِنْ آبَآ ئِهِمْ وَاَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمِ...الرعد:23
"Syurga Adn, mereka
masuk ke dalamnya, dan juga orang-orang yang baik dari bapa-bapa mereka, dan
isteri-isteri (suami-suami) mereka serta turunan mereka"). (Surat Ar-Ra'ad:23)
Ibnu Mas'ud berkata: Telah bersabda
Rasulullah s.a.w.,
إِنَّ فَاطِمَةَ قَدْ أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَحَرَّمَهَا
اللهُ وَذُرِّيَّتِهَا عَلَىالنَّارِ
Sesungguhnya Fatimah
telah memelihara kehormatannya, lalu Allah haramkan neraka baginya dan
anak-anaknya".
Disebut oleh Al-Bazzar, Abu Ya'la dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir.
Dan dari Imran Bin Husain katanya: telah
bersabda Rasulullah s.a.w.:
سَأَلْتُ رَبِّيْ أَنْ لاَ يُدْخِلَ النَّارَ
أَحَدًا مِنْ أَهْلِ بَيْتِيْ فَأَعْطَانِيْهَا
"Aku mohon dari
Allah Ta'ala agar tidak seorang pun dari Ahli Baitku dimasukkan ke dalam
neraka, lalu Allah memperkenankannya". Diriwayatkan oleh Abul Qasim Bin Bisyran dalam kitab-kitab
amalinya.
Para ulama telah menyatakan tentang
bolehnya seseorang melaknat sesiapa yang menodai sesuatu dari kesucian Ahlul
Bait berdasarkan beberapa hadis yang akan kami sebutkan dalam bab ini. Walaupun
hanya dua hadis namun kami rasa memadai untuk itu dan ini juga menunjukkan
pengkhususan Ahlul Bait dengan hukum ini dalam syariah Islamiah.
Hadis pertama: dari Ibnu Abbas r.a.
katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.
بُغْضُ هَاشِمِى وَ اْلأَنْصَارِ كُفْرٌ وَبُغْضُ
عَرَبِيٍّ نِفَاقٌ
"Membenci Bani
Hashim dan Ansar adalah kufur dan membenci orang Arab adalah nifaq". Dinyatakan oleh At-Tabarani dalam kitab
Al-Kabir.
Hadis kedua diriwayatkan oleh Ali Bin
Abi Talib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
سِتَّةُ لَعَنْتُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللهُ وَكُلُّ
نَبِيٍّ : الزَّائِدُ فِيْ الدِّيْنِ وَالْمُكَذِّبٌ بِقَدْرِاللهِ وَالْمُتَسَلِّطُ
بِالْجَبَرُوْتِ يُذِلُّ مَنْ أَعَزَّاللهُ وَيُعِزُّ مَنْ أَذَلَّ اللهُ وَالتَّنَازُلُ
لِسُنَّتِيْ وَالْمُسْتَحِلُّ لِحُرُمِ اللهِ وَالْمُسْتَحِلُّ مِنْ عِتْرَتِيْ مَا
حَرَمَ اللهُ
"Aku melaknat enam
golongan yang juga mereka dilaknat oleh Allah dan setiap nabi yang diutus,
iaitu orang yang menambah dalam kitab Allah dan orang yang mendustakan takdir
Allah dan setiap orang yang mendustakan takdir Allah, orang yang berkuasa
dengan kejam, menghina orang yang dimuliakan oleh Allah A.W.J. dan memuliakan
orang yang dihina oleh Allah A.W.J., orang yang meninggalkan sunah ku, orang
yang menghalalkan apa-apa yang diharamkan dan sesuatu terhadap keluargaku oleh
Allah A.W.J."
Diriwayatkan oleh Al-Hakim Ad-Darauqutni, Ad-Dailami dan Al-Khatib dalam kitab Al-Jamek.
Adapun kufur dalam hal ini bukanlah bererti
kufur yang menjadikan seseorang keluar dari agama seperti mereka yang tidak
menghukum dengan ketentuan Allah, tetapi ia dibawah kadar kufur itu, begitulah
Ibnu Abbas r.a. memberi penjelasan. Wallahu A'lam.
Para ulama telah menyebutkan satu hukum
yang dikhaskan kepada Ahlul Bait, iaitu, haram membencinya dan siapa yang
membencinya akan dimasukkan ke dalam neraka berdasarkan sabda Nabi s.a.w. dalam
beberapa hadis berikut:
1. Abdullah Bin Abbas r.a. meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
يَا بَنِيْ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، إِنِّيْ سَأَلْتُ
اللهَ لَكُمْ ثَلاَ ثًا: سَأَلْتُهُ أَنْ يُثَبِّتَ قَائِمَكُمْ، وَأَنْ يُعَلِّمَ
جَاهِلَكُمْ، وَيَهْدِيَ ضَالَّكُمْ. فَلَوْ أَنَّ رَجُلاً صَعِدَ بَيْنَ الرُّكْنِ
وَالْمَقَامِ فَصَلَّى وَصَامَ ثُمَّ مَاتَ وَهُوَ مُبْغِضٌ ِلأَهْلِ مُحَمَّدٍ دَخَلَ
النَّارَ
"Wahai Bani Abdul
Muttalib, aku telah memohon daripada Allah untukmu tiga perkara; hendaknya
Allah menetapkan penegakmu, memberi petunjuk kepada yang sesat dan memberi ilmu
kepada yang jahil diantara kamu. Dan aku juga memohon daripadaNya supaya
menjadikanmu pemurah, berani, membantu dan penyayang. Seandainya seseorang
berdiri di barisan antara rukn dan maqam (menunaikan haji), mengerjakan solat
dan berpuasa kemudian menghadap Allah dalam keadaan membenci terhadap Ahlul
Bait Muhammad maka pasti ia masuk neraka". Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan berkata
hadis ini sahih menurut syarat Muslim tetapi tidak diriwayatkannya dan
ditetapkan oleh Az-Zahabi.
2. Dari Abu Said Al-Khudri r.a. dari
Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ أَبْغَضَ أَهْلَ الْبَيْتِ فَهُوَ مُنَافِقٌ
"Siapa
yang membenci kami maka ia munafik". Diriwayatkan oleh Ad-Dailami.
3. Dari Abu Said Al-Khudri r.a. katanya;
telah bersabda Rasulullah s.a.w.
وَالَّذِيْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ لاَيَبْغَضُنَا
أَهْلَ الْبَيْتِ أَحَدٌ إِلاَّ أَدْخَلَهُ اللهُ النَّارَ
"Demi jiwaku yang
berada dalam kekuasaanNya sesungguhnya seseorang tidak membenci kami, Ahlul
Bait melainkan Allah akan memasukkan mereka ke dalam neraka", Diriwayatkan oleh Al-Hakim.
Farazdaq berkata,
حُبُّهُمْ دِيْنٌ وَبُغْضُهُمْ كُفْرٌ وَقُرْبُهُمُ
مَلْجَا وَمُعْتَصَمُ
'Mencintai mereka adalah
sebahagian besar dari ajaran agama, membencinya adalah kufur dan mendekatinya
adalah tempat bernaung dan berlindung'.
4. Dari Abu Ibnu Abbas katanya,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَحْيَى حَيَاتِيْ وَيَمُوْتَ
مَمَاتِيْ وَيَسْكُنَ جَنَّةَ عَدْنٍ غَرَسَهَا رَبِّيْ، فَلْيُوَلِّ عَلِيًّا مِنْ
بَعْدِيْ، وَلْيُوَلِّ وَلِيَّهُ، وَلْيَقْتَدِبِأَهْلِ بَيْتِيْ مِنْ بَعْدِيْ، فَإِنَّهُمْ
عِتْرَتِيْ، خُلِقُوْا مِنْ طِيْنَتِيْ، وَرُزِقُوْا فَهْمِيْ، وَعِلْمِيْ، فَوَيْلٌ
لِلْمُكَذِّبِيْنَ بِفَضْلِهِمْ مِنْ أُمَّتِيْ الْقَاطِعِيْنَ مِنْهُمْ صِلَتِيْ لاَأَنْزَلَهُمُ
اللهُ شَفَاعَتِيْ
"Siapa ingin hidup
seperti hidupku, mati seperti matiku dan menempati syurga Adn yang disediakan
oleh tuhanku, maka hendaknya ia menjadikan Ali sebagai pemimpinnya selepasku,
menjadikan walinya sebagai pemimpinnya dan mengikuti jejak Ahlil Baitku selepas
aku, kerana mereka itu itrahku (anak cucuku), mereka diciptakan dari kejadianKu
dan diberi pengertian dan ilmuku, maka Neraka Wail bagi umatku yang mengingkari
keutamaan meraka, yang memutuskan hubunganku dengannya dan kelak Allah tidak
memberi mereka Syafaatku". Diriwayatkan
oleh At-Tabarani dan Ar-Rafi'e.(47)
Satu hukum syarak yang juga khas
mengenai Ahli Baitnya Rasulullah s.a.w. ialah larangan mengganggu mereka kerana
mereka itu zuriat Rasulullah s.a.w. Siapa yang mengganggu mereka kerana
keturunannya maka ia telah mengganggu Rasulullah s.a.w., dalilnya ialah seperti
berikut:
1. Firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ
لَعَنَهُمُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَالاَخِرَةِ وَأَعَدَّلَهُمْ عَذَابًا مُّهِيْنً
* وَالَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِمَا اكْتَسَبُوْ
افَقَدِ احْتَمَلُوْا بُهْتَانًاوَّاِثْمًامُّبِيْنً الاحزاب:57-58...
"Sesungguhnya
orang-orang yang mencaci Allah dan RasulNya maka Allah akan mengutuk mereka di
dunia dan di akhirat dan akan menyediakan untuk mereka seksaan yang penuh
dengan kehinaan. Dan orang-orang yang mencela kaum lelaki dan perempuan yang
beriman, dengan ketiadaan kesalahan yang diperbuat mereka, sesungguhnya
orang-orang itu telah memikul kebohongan dan dosa yang terang". (Q.S. Al-Ahzab:57:58)
2. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Almiswar Bin Makhramah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:
فَاطِمَةُ بِضْعَةٌ مِنِّى، فَمَنْ أَغْضَبَهَا
فَقَدْ أَغْضَبَنِىْ
"Fatimah adalah
sebagian dariku, siapa yang memurkakannya ia telah memurkakan aku". Diriwayatkan oleh Bukhari.
3. Dari Ibnu Zubair r.a. bahawa Nabi
s.a.w. bersabda:
إِنَّمَافَاطِمَةُ بِضْعَةٌ مِنِّيْ، يُؤْذِيْنِيْ
مَايُؤْذِيْهَا وَيُغْضِبُنِيْ مَايُغْضِبُهَا
"Sesungguhnya
Fatimah adalah sebahagian daripadaku, menyiksa aku apa-apa yang menyiksanya dan
menyusahkan aku apa-apa yang menyusahkannya". Diriwayatkan Ahmad, Tirmizi dan
Al-Hakim.
Saya berpendapat bahawa zuriat Fatimah
adalah sebahagian daripadanya, siapa yang mengganggunya ia telah mengganggu
Farimah dan siapa mengganggu Fatimah ia telah mengganggu Rasulullah s.a.w.
4. Sabda beliau s.a.w.: "Siapa
yang mengganggu keluargaku walaupun sehujung rambut sekalipun, maka ia telah
menggangguku dan siapa menggangguku maka ia telah mengganggu Allah".
Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dari Al-Imam Ali r.a.
5. Sabda beliau s.a.w. dalam hadis
puteri Abu Lahab ketika dikatakan kepadanya sesaat ia berhijrah bahawa hijrahmu
tidak memberi manfaat apa-apa kepadamu kerana kamu adalah puteri kayu api
neraka, maka marahlah Rasulullah s.a.w. setelah mendengarnya lalu berkhutbah di
atas mimbarnya:
مَابَالُ أَقْوَامٍ يُؤْذُوْنِى فِى نَسَبِى
وَذَوِى رَحِمِى! أَلاَ مَنْ أَذَى نَسَبِى وَذَوِى رَحِمِى فَقَدْ أَذَانِى وَمَنْ
أَذَانِى فَقَدْ أَذَى ا للهَ تَعَالَى
"Mengapa masih ada
sebilangan kaum yang mengganggu nasab dan keluargaku? Ketahuilah siapa
mengganggu nasab dan keluargaku maka ia telah menggangguku dan siapa
menggangguku maka ia telah mengganggu Allah". (Diriwayatkan oleh Ibnu Abil Asim,
Tabarani dan Baihaqi dengan lafaz yang hampir sama).
Satu ketentuan khas kepada Ahlul Bait
bahawa siapa yang mencerca atau memakinya sama hukum seperti mencerca seluruh
manusia. Dalil yang dipergunakan oleh para ulama untuk menetapkan hal itu ialah
ijmak 'fuqaha' mazhab-mazhab yang menyatakan bahawa siapa mencerca seorang dari
keluarga Rasulullah s.a.w. maka hukumnya sama seperti mencerca seluruh manusia,
iaitu dipukul dengan pukulan yang keras dan diberi peringatan, namun ia tidak
menjadi kafir dengan perbuatan itu, seperti dinyatakan oleh Al-Hakim dalam
kitabnya ms. 228 cetakan Maimaniyah dan Syarah As-Saghir juz 4 ms. 444
cetakan Daarul Ma'arif dan Al-Insaf serta As-Syifa' karangan Qadhi Iyadh
juz 4 ms. 571 cetakan Al-Azhariyah, demikian juga Jauharul Ikil dengan
syarah Mukhtasar Syeikh Khalil juz 2 ms. 282.
Sesungguhnya para ulama menetapkan
hukum-hukum ini dan sejenisnya kepada Ahlul Bait dalam kitab-kitab mereka
sesuai dengan tingkatan dan zaman mereka dan tidak seorang pun sepanjang
sejarah mengatakan bahawa Ahlul Bait terputus atau tidak dikenal bahkan
sebahagian besar dari kalangan ahli fatwa dan pengulas memberi mithal dengan
menyebut mereka yang hidup pada zamannya dari itrah yang suci dalam
kitab-kitabnya. Seandainya nasab ini terputus atau tidak dikenal orang-orangnya
maka pasti para ulama telah menyatakan hal itu, kerana mereka adalah pemegang
amanat dan penanggungjawab syariat Allah dan RasulNya.
45) Dari kitab risalah
Fadhlu Ahlil Bait Wa Huququhum karangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, ms. 130.
46) Maksudnya yang terdahulu masuk Islam.
47) Dari kitab risalah Fadhlu Ahlil Bait Wa Huququhum karangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, ms. 130.
46) Maksudnya yang terdahulu masuk Islam.
47) Dari kitab risalah Fadhlu Ahlil Bait Wa Huququhum karangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, ms. 130.
PEMBAHASAN
KESEPULUH
SEKILAS
MENGENAI ILMU NASAB DAN KEDUDUKANNYA DALAM SYARIAH ISLAMIYAH
Berfirman
Allah Ta'ala di dalam Al-Qur'an:
يَا أَيُّهَاالنَّاسُ إِنَّاخَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ
وَّاُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوْا إِنَّ
اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكُمْ...الحجرات:13
"Hai
manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku-suku bangsa, supaya
kamu mengenal satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu
dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertakwa".(Q.S.
Al-Hujurat:13.)
Dari Abu
Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w.: "Manusia ibarat
logam, orang-orang baik di zaman jahiliah adalah orang-orang baik pula di zaman
Islam jika mereka berpengetahuan, manusia mengikuti Quraish dalam perkara ini;
yang muslim mengikuti muslim Quraish dan yang kafir mengikuti kafir Quraish,
kamu akan dapati orang yang paling baik ialah orang yang sangat membenci
perkara ini (kekufuran) sehingga ia selamat dari terjerumus kedalamnya".
(Muttafaqun Alaih menurut lafaz Muslim dalam keutamaan sahabat).
Dari Abu
Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w.: "Pelajarilah olehmu
tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin dengannya tali persaudaraan kamu.
Sesungguhnya menjalin tali persaudaraan itu aka membawa kecintaan terhadap
keluarga, menambah harta, memanjangkan umur dan merelakan Allah".
Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya, Tirmizi dan Al-Hakim
Dengan itu
jelaslah bahawa ilmu nasab adalah suatu ilmu yang agung, berhubungkait dengan
hukum-hukum syarak yang termasuk dalam hukum yang lima. Oleh itu Allah memberi
panduan kepada kita dengan firmanNya di dalam kitab suci Al-Qur'an:
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوْا
إِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكُمْ...الحجرات:13
"Dan kami
jadikan kamu, beberapa bangsa dan suku-suku bangsa, supaya kamu kenla mengenal
satu sama lain, sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu dalam pandangan
Allah ialah yang lebih bertakwa".(Q.S. Al-Hujurat:13.)
Orang yang
mengingkari keutamaan ilmu ini adalah orang jahil, pembangkang dan menentang
Allah dan RasulNya. Mereka meriwayatkan sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w.
yang maudhu' (palsu), katanya: "Bahawa mengetahui ilmu nasab itu tidak
memberi manfaat dan tidak mengetahuinya pun tidak membawa mudarat".
Dengan memalsu hadis ini sesungguhnya mereka telah menghukum diri mereka
sendiri, iaitu mereka menempah tempat tinggal mereka di dalam neraka jahanam,
dengan mengira bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang baik. Sungguh syaitan
telah memperdaya mereka dengan menghiasi amalan mereka.
- Mengetahui
nasab Rasulullah s.a.w. yang mana Nabi s.a.w. bersabda dalam hal ini
katanya: "Aku adalah Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin
Hashim Bin Abdi Manaf Bin Qusai Bin Kilab (nama sebenarnya Hakim) Bin
Murrah Bin Ka'ab Bin Luay Bin Ghalib Bin Fihr (Quraish) Bin Malik (Bin
An-Nadhr) Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Ilyas Bin Mudhar Bin
Nizar Bin Ma'ah Bin Adnan". Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dari
Abdullah Bin Abas.
Siapa yang
meragukan nasab Rasulullah, apakah baginda orang Quraish, Yaman atau Ajam
(bukan Arab) maka ia kafir dan tidak diampuni, melainkan jika ia jahil maka
wajib baginya belajar.
Dari Saad,
katanya: Ketika aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w., siapakah aku ini ya
Rasulullah? Baginda menjawab: "Kamu Saad Bin Malik Bin Wuhaib Bin Abdi
Manaf Bin Zuhrah, siapa mengatakan selain daripada itu, maka baginya kutukan
Allah". Diriwayatkan oleh Al-Hakim.
Dari Amr Bin
Murrah Al-Juhni r.a. katanya: Pada suatu hari aku berada di sisi Rasulullah
s.a.w. kemudian baginda bersabda: "Siapa berasal dari keturunan Maad
hendaklah berdiri", maka aku berdiri tetapi baginda menyuruhku duduk
sehingga tiga kali. Lalu aku bertanya, dari keturunan siapa kami ya Rasulullah?
Dijawab: "Kamu dari keturunan Qudha'ah Bin Malik Bin Humair Bin
Saba". Diriwayatkan oleh Khalifah Bin Khayyat.
- Mengetahui
asal keturunan para Imam (pemimpin) seperti dinyatakan oleh Ibnu Hazm,
"Seseorang wajib mengetahui bahawa Khilafah tidak boleh dipegang
melainkan oleh keturunan Fihr Bin Malik Bin An-Nadhr Bin Kinanah dan tidak
akan diketahui melainkan dengan mengenali ilmu nasab. Oleh itu mengetahui
ilmu nasab menjadi suatu kewajipan secara umum dalam konteks ini".
- Saling
mengenal di antara satu sama lain sehingga seseorang tidak dinasabkan
kepada selain ayahnya atau datuknya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. dalam
riwayat Bukhari yang mana bunyinya: "Seseorang yang mengaku orang
lain sebagai ayahnya padahal ia mengetahui maka ia telah berbuat
kekufuran, dan siapa mengaku kepada nasab bukan nasabnya maka hendaknya ia
menempah tempat tinggalnya di dalam neraka".
Beberapa
perkara yang berkaitan dengan hal di atas ialah:
- Mengetahui
hukum-hukum pusaka, yang mana sebahagian waris boleh melindungi
sebahagian waris yang lain.
- Hukum
para wali dalam nikah, yang mana sebahagian wali diutamakan dari wali
yang lain.
- Hukum
wakaf, jika orang yang mewakafkan itu mengkhaskan kepada sebahagian
keluarga atau kerabat dan tidak kepada sebahagian yang lain.
- Mengambilkira
nasab dalam kafaah suami terhadap isteri dalam nikah menurut Abu Hanifah,
Ahmad dan Syafi'e kerana sabda Rasulullah s.a.w., dari Siti Aisyah r.a.
dalam keadaan Marfuk: "Pilihlah tempat untuk menyimpan air mani
kamu dan kahwinlah orang-orang yang setaraf serta kahwinkan wanita-wanita
itu dengan mereka". Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Daraqutni,
Al-Hakim dan Al-Baihaqi.
Dan dari
Anas r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda: "Berkahwinlah kamu dengan
keluarga yang baik kerana sesungguhnya urat itu meresap", disebutkan
oleh Ibnu Adi dalam kitab Al-Kamil.
- Memperhatikan
nasab wanita yang akan dinikahi, sabda Nabi s.a.w.:
تُنْكِحُ الْمَرْأَةُ ِلأَرْ بَعٍ : لِمَالِهَا، وَلِحِسَبِهَا،
وَلِجَمَالِهَا، وَلِدِيْنِهَا. فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
"Wanita
itu boleh dinikahi dengan empat sebab; kerana hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya, maka utamakan yang memiliki agama nescaya kamu akan
beruntung". Diriwayatkan oleh Syaikhan dan Ahmad dalam musnad.
Adapun yang
dimaksudkan dengan keturunan ialah berasal dari keturunan yang mulia dan hal
itu tidak boleh dicapai melainkan dengan mengetahui nasab.(48)
- Mengetahui
nama-nama isteri nabi yang mana diharamkan kepada seluruh orang Islam
mengahwini mereka, begitu juga mengetahui nama-nama sahabat besar dari
kalangan Muhajirin dan Ansar dan mengetahui orang-orang yang berhak
menerima khumus (seperlima) dari kalangan kerabat Rasul serta mengetahui
orang-orang yang diharamkan kepada mereka sedekah dari keluarga Muhammad
yang mana Ibnu Hazm menganggap perkara-perkara di atas sebagai fardhu
kifayah.
Kemudian
para ulama telah menyusun nasab-nasab seperti yang diceritakan oleh
Az-Zamakhsyari katanya: Nasab itu terbahagi kepada enam peringkat,
pertama dinamakan sya'b yakni puak, kedua kabilah,
ketiga imarah yakni suku, keempat batn yakni perut,
kelima fakhiz yakni keluarga dan yang keenam fasilah
yakni kaum kerabat. Mithalnya kata beliau, puak Khuzaimah, kabilah Kinanah,
suku Quraish, kelompok Qusai, keluarga Hashim dan kaum kerabat Abu Talib.
Berkata
Amirul Mukminin Sayidina Omar Bin Al-Khatab r.a.: "Pelajarilah nasab
kamu supaya kamu dapat menjalin tali kekeluargaan diantara kamu, dan janganlah
menjadi seperti kaum Nabat hitam yang jika ditanya salah seorang dari mereka:
Dari keturunan siapa kamu? Lalu mereka menjawab: Kami dari kampung itu."
Maka demi Allah kiranya ada berlaku sesuatu antara seseorang dengan saudaranya,
andainya ia tahu hubungannya dengan saudaranya itu dari hubungan kerabat
nescaya hal ini akan menghalangnya dari mencerobohnya.
Sebagaimana
orang-orang Arab yang memberi penghormatan terhadap nasab-nasab mereka maka
demikian juga seluruh bangsa Ajam (selain Arab) memberi perhatian terhadap
nasab-nasab mereka dan perkara ini diambilkira dalam syariat Islam dengan
syarat tidak menimbulkan asabiyah atau perkauman dan menimbulkan serewan
jahiliah kerana Islam melarang asabiyah jahiliah seperti dinyatakan dalam sabda
Nabi s.a.w.: "Tinggalkan ia (asabiyah) kerana ia busuk".
Kata-kata baginda diucapkan ketika dua kelompok Aus dan Khazraj sedang bertikai
sehingga berkata satu kelompok, "Mari kita pertahankan Aus" dan
berkata yang lain, "Mari kita pertahankan Khazraj".
Manakala
paderi-paderi Nasrani menanggalkan pakaian kepalsuan mereka dengan mengenakan
pakaian ilmu yang diperoleh dari orientalisme maka sebenarnya mereka telah
meruntuhkan syariat Islam dengan cara meragukan dan membisikkan kepada tali
barut mereka dari kalangan bangsa kita dalam perkara nisbah (keturunan) dan
kepada mereka yang telah terpengaruh dengan adat istiadat mereka dalam segi
akidahnya supaya mereka membantunya dalam meruntuhkan sendi-sendi Islam,
ajaran-ajaran dan akhlaknya. Dan mereka datang dari segenap penjuru dengan
anggapan bahawa cara itu akan memastikan matlamat mereka tercapai dengan
memusuhi Islam serta mereka menginginkan supaya cahaya Allah itu dipadamkan dengan
mulut-mulut mereka namun Allah tetap mahu menyempurnakan cahayanya.
Diantara
perkara yang hendak mereka hancurkan ialah ilmu nasab yang ada pada orang-orang
Islam dan Arab. Mereka itu terdiri daripada orientalis Jerman bernama
Westernfield, pengaran buku 'Aliran Tasawuf Di Selatan Negeri-Negeri Arab Pada
Aabad Ke-12' dan diikuti oleh orientalis Inggeris bernama R.B. Sargent. Mereka
dalam kempennya menggunakan kaedah Ibnu Khaldun(49) dalam
perkara nasab yang bertujuan mencerca nasab Bani Alawi secara khusus dan seruan
ini datang jauh sebelum Tantawi yang kemudian dibantah oleh Al-Allamah pakar
nasab Syed Abdullah Bin Hassan Bilfagih dalam kitabnya 'As-Syawahid
Al-Jaliyah(50) An Mada Al-Khalf Fil Qaedah
Al-Khalduniyah' dimana beliau telah berjaya mengembalikan tipu daya mereka
ke atas diri mereka dan dengan itu gagallah seruan mereka. Firman Allah:
فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا
يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي اْلأَرْضِ...الرعد:17
"Adapun
buih itu hilanglah sebagai barang yang tiada berharga dan apa yang berguna
kepada manusia tinggal tetap di muka bumi". (Surah
Ar-Ra'd:17).
Ilmu moden
sangat mementingkan ilmu warisan dengan menghasilkan beberapa penemuan bahawa
keturunan itu berbeza antara satu dengan yang lain dalam mendapatkan
kelebihan-kelebihan yang diwarisi dan itu sesuai dengan sabda Nabi s.a.w., dari
Abu Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Manusia
bagaikan logam, yang baik di zaman Jahiliah baik pula di zaman Islam jika
mereka memiliki pengetahuan. Manusia mengikuti orang-orang Quraish dalam hal
ini, yang muslim mengikuti si muslim dan yang kafir mengikuti si kafir. Engkau
akan dapati orang yang paling baik adalah orang yang sangat benci perkara ini sehingga
ia terjatuh kedalamnya." Muttafaqun Alaih, menurut lafaz Muslim dalam
keutamaan sahabat.
Maka
terbuktilah bahawa setiap keturunan dari keturunan-keturunan yang ada di alam
hidup ini memiliki kelebihan-kelebihan yang diwarisi dan dengannya ia memperoleh
keistimewaan sama ada alam yang hidup itu berupa tumbuh-tumbuhan, air, haiwan
atau manusia, maka masing-masing keturunan membawa sifat-sifat ayahnya. Siapa
berasal dair ayah yang mulia maka pasti ia akan mewarisi sifat-sifat ayahnya
itu dan sebaliknya orang yang berasal dari ayah yang memiliki sifat-sifat yang
hina dan penyakit jasmani, saraf dan jiwa maka ia akan menurun kepada
keturunannya. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. menganjurkan dalam sabdanya: "Pilihlah
tempat untuk menyimpan air manimu, kahwinilah wanita-wanita yang setaraf
denganmu dan kahwinkan wanita-wanita itu kepada mereka". Diriwayatkan
oleh Ibnu Majah, Daraqutni, Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dari Ummul Mukminin Aisyah
r.a. marfuk.
Dan hadis
riwayat Anas r.a.: "Berkahwinlah kamu dengan keluarga yang baik kerana
sesungguhnya urat itu meresap". Diriwayatkan oleh Ibnu Adi dalam kitab
Al-Kamil.
Maka
sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada kita supaya tidak meletakkan
air mani kita melainkan di rahim-rahim yang berasal dari keturunan yang mulia,
baik dan dari sumber yang baik sehingga anak cucu dan zuriat kita terhindar
dari kekotoran dan suci dari segala kenistaan. Ini tidak akan dapat diketahui
melainkan dengan ilmu nasab. Maka kenyataan yang kita lihat pada hari ini di
Eropah dimana perbuatan keji itu telah bermahrajalela, nasab bercampur-aduk dan
masyarakat Eropah terjerumus didalam jurang yang rendah maka tersebarlah di
sana penyakit-penyakit kelamin, jiwa dan saraf. Oleh kerana sifat dendam yang
ada dalam diri mereka lalu mereka membawa masuk perbuatan keji itu ke dalam
dunia Islam sehingga mereka dapat menghancurkan nasab-nasab penduduknya dan
akhirnya mereka menjadikan dunia Islam terputus hubungan dengan asal usulnya.
Disaat itu mereka merempuh masuk dikala umat Islam telah meninggalkan semua
ajaran-ajaran yang lurus. Dan hanya Allah sebagai pelindung kita dari segala
kejahatan mereka dan Allah yang menggagalkan tiu daya mereka. Firman Allah:
يُرِيْدُوْنَ أَنْ يُطْفِئُوْا نُوْرَ اللهِ
بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللهُ إِلاَ أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ
"Mereka
hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka namun Allah menolak
(dan tidak rela) melainkan menyempurnakan cahayaNya". Maha benar
Allah yang Maha Agung.
Kami memohon
kepada Allah supaya menjadikan usaha ini semata-mata kerana Allah dan demi
mempertahankan satu sendi dari sendi-sendi agama Islam serta memelihara
kesucian itrah Ahlul Bait Nabi yang mulia yang mana orang-orang yang menentang
Allah dan RasulNya ingin merendahkan kesuciannya. Ya Allah seandainya ini benar
maka itu daripadaMu dan jika salah maka itu dari diriku dan dari syaitan. Dan
kami sudahi seruan kami dengan: "Subhana Rabbika Rabbil Izzati Amma
Yasifun Wasalamun Alal Mursalin Walhamdulillahi Rabbil Alamin".
Sekian.
48) Lihatlah
pembahasan kesembilan, bahagian ketujuh, mengenai hukum-hukum yang dikhaskan
kepada Ahlul Bait dalam buku ini.
49) Lihat Al-Qaidah di akhir pembahasan, cetakan Al-Mukhtar Al-Islami, Dar As-Salam, Mesir.
50) Kaedah Ibnu Khaldun: Jika kamu meragukan bilangan ayah dalam nasab kerana sedikit atau banyaknya bilangan itu akan menyesatkannya dan kamu menghendaki kepastian untuk mengetahui sesuatu yang dapat menentukan bilangan mereka dengan ketentuan yang biasanya benar, sedangkan tahun-tahun itu dapat diketahui dengan pasti olehmu, maka untuk membenarkan bilangan nasab mereka pada kunci nasab hendaknya kamu menentukan bahawa tiap seratus tahun mesti ada tiga orang datuk, juka tepat kiraan itu dengan bilangan mereka maka itu benar, tetapi jika kurang satu generasi maka ia salah bilangan mereka kerana terlebih satu. Adapun juka terdapat keraguan pada tahun-tahunnya maka hendaknya kamu kira seperti di atas iaitu dengan membahagikan bilangan tahun kepada bilangan datuk, jika dapat maka itu jawapannya. Kaedah ini bertentangan dengan kenyataan dan telah dibantah dan dipatahkan dengan bukti-bukti oleh As-Sayyid Abdullah bin Hasan Bilfaqih dalam kitabnya As-Syawahid Al-Jaliyah An Mada Al-Khalf Fil Qaidah Al-Khalduniyah dicetak di percetakan Al-Mukhtar Al-Islami.
49) Lihat Al-Qaidah di akhir pembahasan, cetakan Al-Mukhtar Al-Islami, Dar As-Salam, Mesir.
50) Kaedah Ibnu Khaldun: Jika kamu meragukan bilangan ayah dalam nasab kerana sedikit atau banyaknya bilangan itu akan menyesatkannya dan kamu menghendaki kepastian untuk mengetahui sesuatu yang dapat menentukan bilangan mereka dengan ketentuan yang biasanya benar, sedangkan tahun-tahun itu dapat diketahui dengan pasti olehmu, maka untuk membenarkan bilangan nasab mereka pada kunci nasab hendaknya kamu menentukan bahawa tiap seratus tahun mesti ada tiga orang datuk, juka tepat kiraan itu dengan bilangan mereka maka itu benar, tetapi jika kurang satu generasi maka ia salah bilangan mereka kerana terlebih satu. Adapun juka terdapat keraguan pada tahun-tahunnya maka hendaknya kamu kira seperti di atas iaitu dengan membahagikan bilangan tahun kepada bilangan datuk, jika dapat maka itu jawapannya. Kaedah ini bertentangan dengan kenyataan dan telah dibantah dan dipatahkan dengan bukti-bukti oleh As-Sayyid Abdullah bin Hasan Bilfaqih dalam kitabnya As-Syawahid Al-Jaliyah An Mada Al-Khalf Fil Qaidah Al-Khalduniyah dicetak di percetakan Al-Mukhtar Al-Islami.
TAMBAHAN
SENARAI
NAMA-NAMA KELUARGA BANI ALAWI
Tambahan mengenai Keluarga-Keluarga Bani
Alawi Yang Tersusun Dengan Huruf Abjad Demi kesempurnaan pembahasan ini saya
ingin menambahkan satu senarai yang merangkumi nama-nama keluarga Bani Alawi
Bin Ubaidillah Bin Ahmad Bin Isa yang menetap di Hadramaut dan orang-orang yang
berhijrah ke jazirah Arab, timur Afrika, Asia Tenggara dan India yang mana
keluarga-keluarga itu berkisar pada dua tokoh; Tokoh pertama: Al-Faqih
Al-Muqaddam Muhammad Bin Ali Ba'Alawi dan tokoh kedua: Bapa saudara Al-Faqih
Alawi Bin Muhammad Ba'Alawi. Akan kami sebutkan dalam senarai nanti setiap
keluarga yang dikaitkan dengan salah seorang daripada kedua tokoh di atas dan
bagi mereka yang menghendakki tambahan yang lebih luas untuk mengetahui
susur-galur nasab, tempat tinggal mereka dan sebab-sebab gelaran yang mereka
gunakan hendaknya ia merujuk pada kitab Syamsul Dzahirah(51)
yang sudah dicetak, karangan Al-Allamah Abdul Rahman Bin Muhammad Bin Husain
Al-Masyhur dengan komentar dari Al-Ustaz Dhiya' Bin Muhammad Bin Shahabuddin,
dan Al-Mu'jam Al-Latif(52) karangan Al-Ustaz Muhammad
Bin Ahmad As-Syatiri.
Wallahu
Ta'ala A'alam
HURUF
ALIF
- Aal Bin Ibrahim, Al Asseggaf, Al
Alawi Ibnul Faqih
- Aal Ismail, Al Idrus, Al-Alawi Bin
Al Faqih
- Al Bin Ismail Al Asseggaf Al Alawi
Bin Al Faqih
- Al Ala'yun Al Bafaqih Al Alawi
Ammul Faqil
HURUF
BA'
- Al Albar Al Ahmad Bin Al-Faqih
- Al Albar Almasyhur Al-Shihabuddin
Al-Alawi Bin Al-Faqih
- Al Batah Al As-Sheikh Abu Bakar Al
Alawi Ibnul Faqih
- Al Albahr Al Aljufri Al-Ahmad Bin
Al-Faqih
- Al Barahim Al Ahmad Bin Al-Faqih
- Al Barakat Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Barum Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Babtin Al Alawi Ammul Faqih
- Al Abidh Al Ahmad Bin Al-Faqih
KELUARGA
BADAWI
- Bait Hammudah Al Ahmad Abu Bakar
As-Sakran Al-Alawi Bin Al-Faqih
- Bait Sahal Al Ahmad Abu As-Sakran
Al Alawi Bin Al-Faqih
- Bait Aqil Al Ahmad Bin Abu Bakar
Assakran Al-Alawi Bin Al-Faqih
- Bait Qarmus Al Ahmad Bin Abu Bakar
As-Sakran Al-Alawi Bin Al-Faqih
- Bait Muhsin Al Ahmad Abu Bakar
As-Sakran Al Alawi Bin Al-Faqih
- Bait Zain Al Ahmad Abu Bakar
As-Sakran Al Alawi Bin Al-Faqih
- Bait Zahum Al Maula Ad-Dawilah Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Bait Fad'aq Al Alawi Bin Al-Faqih
- Bait Al-Hadi Al Alawi Bin Al-Faqih
- Bait Bu Bakar bin Salim Bin
Abdullah Al Ahmad Bin Al Faqih
- Bait Ar Radini Al Ahmad Bin Al
Faqih
- Bait Al Qutban Al Ahmad Abu Bakar
Assakran Al Alawi Bin Al Faqih
HURUF
JIIM
- Al Ba Jahdab Al Abdullah bin Alawi
Bin Al-Faqih
- Al Jazirah Al Ahmad Bin Al-Faqih
- Al Al Jufri Al Ahmad Bin Al Faqih
- Al Jamalullail Al Ali Bin Al-Faqih
- Al Junaid Al Ali Bin Al-Faqih
- Al Bin Jindan Al Syeikh Abu Bakar
Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Al-Junaidi atau Al-Junaid
Al-Akhdhar Al-Alawi Bin Al-Faqih
- Al Jailani Al Alawi Bin Al-Faqih
HURUF
HA'
- Al Hamid atau Al Bani Hamid Al
Abdullah Bin Alawi Bin Al-Faqih
- Al Hamid Al Syeikh Abu Bakar Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Haddad Al Alawi Ammul Faqih
- Al Ba Hasan Al Abu Bakar Assakran
Al Ali Bin Al-Faqih
- Al Ba Hasan Al Saggaf Assakran Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Ba Hasan At Tawil Al-Alawi Ammul
Faqih
- Al Ba Hasan Jamalullail Maulad
Dawilah Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Ba Husein Al Husein Al Seggaf Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Ba Husein Al Maulad Dawilah Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Bin Husein Al Husein Al Saggaf
Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Hamadun Al Abdullah Bin Al Alawi
Bin Al-Faqih
- Al Hayid Al Syeikh Abu Bakar Al
Alawi Bin Al-Faqih Al Al-Habsyi
HURUF
KHA'
- Al Khirid Al Abdullah Bin Alawi
Al-Faqih
- Al Khamud Al Syeikh Abu Bakar Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Khaniman Al Ahmad Bin Al-Faqih
- Al Al-Khun Al Abdullah Bin Alawi
Ibnul Faqih
- Al Maula Kheilah Al Alawi Bin
Al-Faqih
HURUF
DAL
- Al Maulad Dawilah Al Alawi Bin
Al-Faqih
HURUF
DZAL
- Al Az-Dzahab Al Abdullah Bin Alawi
Ibnul Faqih
- Al Az-Dzi'b Al Syeikh Abu Bakar Al
Alawi Bin Al-Faqih
HURUF
RA'
- Al Ba Raqbah Al Abdullah Bin Alawi
Ibnul Faqih
- Al Rakhilah Al Ahmad Ibnul Faqih
- Al Ar-Rush Al Asseggaf Al Alawi
Ibnul Faqih
- Al Raushan Al Alawi Bin Al Faqih
- Al Ar-Ruda'i Al Aljufri Al Ahmad
Ibnul Faqih
HURUF
ZAI
- Al Az-Zahir Al Bin Shihab Al Alawi
Ibnul Faqih
HURUF
SIN
- Al Ba Sukutah Al Alawi Ammul Faqih
- Al As Seggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al As Seggaf Al Abu Bakar Assakran
Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Bin Semit Al Alawi Ammul Faqih
- Al Bin Semitan Al Maula Dawilah Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Bin Sahal Al Jamalullail Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Bin Sahal Maula Kheilah Al Alawi
Bin Al-Faqih
- Al Seri Al Jamalullail Al Alawi Bin
Al Faqih
HURUF
SYIN
- Al Syatiri Al Ali Bin Al-Faqih
- Al Syatiri Abu Numai Al Abdullah
Bin Alawi Bin Al-Faqih
- Al As-Sybsyban Al Al-Habsyi Al
Alawi Ibnul Faqih
- Al As-Syilii Al Abdullah Bin Alawi
Al-Faqih
- Al Ba Syemeleh Al Asseggaf Al Alawi
Bin Al-Faqih
- Al Syambal Al Ali Bin Al-Faqih
- Al Syihabuddin Al Abu Bakar
Assakran Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Ba Syeiban Al Ali Bin Al-Faqih
- As-Syeikh Abu Bakar Bin Salim
Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Bin Syeikhan Al Al Habsyi Al Ali
Bin Al-Faqih
- Al Syeikhan Al Aqil Bin Salim
Al-Alawi Bin Al-Faqih
- Al Syeikhan Al As Syeikh Abu Bakar
Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Syeikhan Al Maulad Dawilah Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Syeikhan Al Ba Hasan Al Abdul
Rahman Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
HURUF
SAD
- Al As-Safi Al Asseggaf Al Alawi
Ibnul Faqih
- Al As-Safi Al Al-Jufri Al Ahmad
Ibnul Faqih
- Al Ba Sorrah Al Alawi Ammul Faqih
- Al As-Solibiyyah Al Al-Idrus Al
Alawi Bin Al-Faqih
HURUF
TA'
- Al Taha Al Sofi Al Asseggaf Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Tahir Al Alawi Bin Al-Faqih
HURUF
AIN
- Al Ba Abud Al Alawi Ammul Faqih
- Al Al-Attas Al Asseggaf Al Alawi
Ibnul Faqih
- Al Azhmat Khan Al Alawi Ammul Faqih
- Al Aqil Al As-Syeikh Abu Bakar Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Ba Aqil Al Asseggaf Al Alawi
Ibnul Faqih
- Al Ba Alawi Al Ghaidhi Al Abu
Bakara Al-waie' Al Ahmad Bin Af-Faqih
- Al Ali Lala Al Alawi Ammul Faqih
- Al Ba Omar Al Ahmad Bin Al-Faqih
- Al Auhaj Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Idrus Al Abu Bakar Assakran Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Aidid Al Alawi Ammul Faqih
HURUF
GHAIN
- Al Ghazali Al Albaiti Al Asseggaf
Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Ghusn Al Jamalullail Al Ali Bin
Al-Faqih
- Al Ghumri Al Ba Abud Al Alawi Bin
Al-Faqih
- Al Ba Gheit Al Ahmad Bin Al-Faqih
- Al Ghaidhi Al Abu Bakar Al Ware Al
Ahmad Bin Al-Faqih
HURUF
FA'
- Al Fad'ak Al Abdullah Bin Alawi Bin
Al-Faqih
- Al Ba Faraj Al Alawi Ammul Faqih
- Al Buftaim Al As-Syeikh Abu Bakar
Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Ba Faqih Al Alawi Ammul
Faqih
- Al Faqih Al Abu Bakar Assakran Al
Alawi Bin Al Faqih
- Al Al-Faqih Al Al-Attas Al Alawi
Bin Al-Faqih
- Al Bal Faqih Al-Ahmad Bin
Al-Faqih
HURUF
QAF
- Al Al-Qadri Al Jamalullail Al-Faqih
- Al Al-Qadhi Al Asseggaf Al Alawi Bin
Al-Faqih
HURUF
KAF
- Al Al-Kaff Al Al-Jufri Al Ahmad Bin
Al-Faqih
- Al Kadad Al Abu Bakar Al-ware' Al
Ahmad Bin Al-Faqih
- Al Ker Eshah Al Abdul Rahman
Asseggaf Al Alawi Bin Al-Faqih
HURUF
MIM
- Al Al-Mudhar Al As-Syeikh Abu Bakar
Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al-Mudhar Al Abdullah Bin Alawi Bin
Al-Faqih
- Al Madehej Al Abdullah Bin Alawi
Bin Al-Faqih
- Al Musawa Al Abu Bakar Assakran
Asseggaf Alawi Bin Al-Faqih
- Al Al-Masilah Al Abdullah Bin Alawi
Bin Al-Faqih
- Al Masyhur Al Syihabuddin Al Alawi
Bin Al-Faqih
- Al Masyhur Marzuq Al Abdullah Bin
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Musyayyakh Al Abu Bakar Assakran
Al Alawi Bin Al-Faqih
- Al Musyayyakh Al Omar Bin Ahmad Bin
Al-Faqih
- Al Mutahhar Al Madhar Al Abdullah
Bin Al-Faqih
- Al Mu'allim Al Abdullah Bin Alawi
Bin Al-Faqih
- Al Al-Maqdi Al Ahmad Bin Al-Faqih
- Al Muqebel Al Maulad Dawilah Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Maknun Al Asseggaf Al Alawi Bin
Al-Faqih
- Al Al-Munawwar Al Abu Bakar
Assakran Al Alawi Bin Al-Faqih
HURUF
NUN
- Al Abu Numai Abdullah Bin Alawi Bin
Al-Faqih
HURUF
WAU
- Al Al-Waht Al Abd Rahmad Asseggaf
Ala Alawi Bin Al Alawi Bin Al-Faqih
HURUF
HA'
- Al Hadun Al Al-Attas Al Alawi Ibnul
Faqih
- Al Al-Hadi Al Syihabuddin Al Alawi
Bin Al-Faqih
- Al Ba Harun Al Jamalullail Al Ali
Bin Al-Faqih
- Al Ba Harun Al Bin Sahal Jamalullail
Al Ali Bin Al-Faqih
- Al Bin Harun Al Syihabuddin Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Hasyim Al Abdullah Bin Alawi Bin
Al-Faqih
- Al Bin Hasyim Al Ammul Faqih
- Al Bin Hasyim Al Bin Asseggaf Al
Alawi Bin Al-Faqih
- Al Bin Hasyim Al Alhabsyi Al Ali
Bin Al-Faqih
- Al Bin Hasyim Al Bin Tahir Al Alawi
Ammul Faqih
- Al Al-Haddar Al As-Syeikh Abu Bakar
Al Alawi Bin Al-Faqih
HURUF
YA'
- Al Yahya atau Al Bin Yahya Al
Maulad Dawilah Al Alawi Bin Al-Faqih
Penulis: Seggaf Ali Al-Kaff
Tarikh: 3/8/1406H
Bersamaan: 12/4/1989M
Tempat: Madinah Al-Munawwarah
Tarikh Mula: 2 April 1998
Bersamaan: 5 Zulhijjah 1418
Kemaskini: 6 Februari 2001
Bersamaan: 12 Zulkaedah 1421
51) Percetakan Dar Alim
Al-Ma'rifah (pengedaran dan penerbitan).
52) Percetakan Dar Alim Al-Ma'rifah (pengedaran dan penerbitan).
52) Percetakan Dar Alim Al-Ma'rifah (pengedaran dan penerbitan).








